Rabu, 2 Julai 2014

Gambar Terowong Runtuh di Jalan Imbi


Jalan imbi jerlus. Dua lubang besar dan dalam yang terbentuk akibat kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah, berhampiran Time squire.



Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata terowong bawah tanah itu, yang merupakan sebahagian daripada projek laluan bawah tanah Pudu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) runtuh dua kali kira-kira pukul 10.38 pagi dan 12.20 tengahari Rabu.



Seramai 30 kakitangan jabatan dan dua pasukan yang terdiri daripada 20 anggota penyelamat DBKL, polis, dan pegawai-pegawai Prasarana berada di tapak kejadian untuk membantu.





Terowong dalam pembinaan runtuh akibat dua mendapan tanah berhampiran lampu isyarat Jalan Imbi-Jalan Pudu, jam 9.30 pagi tadi. Mendapan tanah pertama sedalam lima meter berlaku kira-kira 9.30 pagi itu manakala satu lagi mendapan tanah seluas hampir 20 meter persegi dan sedalam 10 meter berlaku pada 12.20 tengah hari.



Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata kejadian tanah runtuh di Jalan Imbi itu tiada kaitan sama sekali dengan projek MRT. 



Pihak bomba juga sudah mengarahkan pihak Monorel menghentikan perkhidmatan perjalanan dari Bukit Bintang ke Hang Tuah atas faktor keselamatan berikutan salah satu tiang berdekatan lokasi mendapan.



3 ulasan:

eelobor berkata...

masa baca ulasan di fb tadi, ada yang mengomen nasib baik la dibuatnya runtuh time gini. kalau lah runtuh bila seminggu dilancarkan atau rasmi....kang nanya. sekurangnya sekarang ini macam-macam alasan boleh di buat

Dr K berkata...

nasib baik takde casualty...dan masih dlm peringkat pembinaan

ewanthology berkata...

mujur tiada kemalangan jiwa.