Isnin, 14 Julai 2014

Bila Kereta Mati Tengah Jalan


Selasa lepas besday Cik Bintang. Sehari sebelumnya besday adiknya si Cimin. Aku cadang untuk pergi awal ke Nilai, kononnya hari masak-masak dan makan-makan dengan meriah ketika berbuka puasa. Ikutkan plan, aku perlu ambik kek dan muffin dengan Kak Nor NorDessert jam 1.30 tengahari, kemudian ke Nilai beli ikan siakap dan sayur, jam tiga jumpa seorang rakan untuk amik kek lain di Salak Tinggi. Lepas tu bolehlah masak-masak meriah untuk besday gurl. Siakap 3 rasa menu utama. Itu perancangannya.

Perancangan Allah itu lain. Selepas ambil kek dan muffin dengan kak Nor di Shell Sungai Ramal, kereta buruk aku mati di lampu isyarat berhampiran warta. Mati ketika tengah bergerak. Kalau ikut pengalaman kereta lama, ada masalah pendawaian, kereta buruk ni tak tahulah macam mana.

Nak tak nak, aku keluar dari kereta. Pasangkan lampu kecemasan dan berdiri tepi jalan. Nak tolak tepi dah tentulah tak ada daya upayanya. Apa yang aku boleh buat hanyalah tengok ajelahlah. Masa tulah aku boleh tengok macam-macam ragam manusia. Kalau nak tips apa nak kena buat bila kereta rosak tengah jalan, sila baca entri di blog ondscene. Sebenarnya, hanya satu perkara je aku sempat ingat apa nak buat bila berlaku kerosakan kereta di tengah jalan macam tu, iaitu keluar dari kereta dan pergi ke tempat selamat. Yang lain semua LUPA padahal aku selalu dok ingat semua tips tersebut.

Ada yang hon kuat melengking sepanjang-panjangnya. Marahlah tu kan, aku dah buatkan berlaku kesesakan yang tak adalah sesak manapun. Ada yang tekan minyak menderu-deru mengaum bak rimau lapar walaupun kereta dia pun bukannya besar mana atau bukanlah baru manapun. Ada juga yang sabar aje ubah haluan kereta walaupun kereta depa baru berkilat memancar-mancar dari jenama terkemuka.

Aku memang dah agak akan ambik masa yang panjang bila kereta mati tengah jalan macam ni. Tak mahu rakan yang buat kek di sepang tu tertunggu-tunggu, aku telefon dia beritahu kereta mati tengah jalan dan aku tak sempat sampai seperti dijanjikan pada jam 3. Aku mintak dia simpan dulu kek itu, malam nanti aku akan ambil atau paling lambatpun esok paginya, iaitu hari Rabu. Aku juga telefon beberapa bengkel, tak ada satupun angkat. Telefon agen takaful dan minta nombor untuk tunda kereta juga.

Tadah sahaja telinga dengar orang hon, pandang ajelah dengan macam-macam gelagat orang bila kereta sendiri mati tengah jalan macam tu. Namun, hanya seorang sahaja adik hensem yang bersedia untuk tolak kereta yang mati tu ke tepi agar tidak halang lalu lintas. Tengah panas terik dengan puasa pula, Allah datangkan dia berwajah bersih itu membantu.
“Akak masuk dalam kereta pusingkan stereng, biar saya tolak…” katanya. Dan kereta itu berjaya dialihkan ke tepi dalam masa tak sampai seminitpun. Terima kasih banyak-banyak adik hensem.

Aku masuk dalam Warta cari kesejukan ekon sambil kosongkan kepala sekejab fikir apa nak buat bila kereta mati tengah jalan macam tu. Beli top up, risau habis kredit…susah nak buat panggilan pula. Lenguh berdiri lama tepi jalan tadi, pinggang pun dah mula lenguh, (nasib baik fisioterapi kena buat hari Rabu, sempatlah betulkan semula saraf esok harinya tu)…aku minta izin adik dalam KFC untuk duduk dalam premies mereka. Masa tu aku telefon Encik Suid yang gagal aku dapat masa telefon tepi jalan tadi. Alhamdulillah, dapat.


Hampir setengah jam kemudian Encik Suid dan pekerjanya sampai. Ikutkan aku, memang gerun nak memandu semula walaupun enjinnya dah hidup. Risau kalau-kalau mati semula. Dan, memang mati sekali lagi di lampu isyarat. Aku memang sentiasa percaya deria ke 6. Kalau rasa tak sedap hati maknanya akan jadi sesuatu. Tapi sebab dia memang pakar, encik Suid ada cara tersendiri untuk buatkan kereta itu hidup semula dan berjaya parking di hadapan perpustakaan Bandar Baru Bangi. Kat sini baru dapat kesan rupanya tangki air dah kosong dan kering kontang.Ikut kata En. Suid, kereta jenis ni akan mati secara automatik bila suhu dah panas bagi elak dari terbakar. Okey jugak gitu, kalau tak...aku yang rentung dulu!

Isi penuh-penuh tangki air, kemudian gerak ke bengkel en. Shuid di syeksen 7 bandar baru bangi;



Walaupun dah tahu ada kebocoran, tapi tak dapat kesan bocornya tang mana. Se jam juga adik-adik kat bengkel tu mencari dengan gigih. Dalam dok mencari tu…depa terjumpa kotak kek dan muffin dalam kereta.

“Nanti cair kek akak ni…akak simpan dulu dalam peti ais,” cadang adik hensem tu. Tapi sebab kek tu hanya kek mable biasa dan tak akan cair, makanya kotak itu aku biarkan aje dalam kereta. Namun mereka tahu aku akan gerak ke Nilai bila siap nanti. Sempat lagi depa dok mengusik kereta tak sempat siap. 




Akhirnya berjaya jugak kesan bocor paipnya itu. Macam terhakis kena asid je. Acara seterusnya kena tunggu alat ganti. Masa tu dah jam 5 petang, jalan dah tentulah banyak kenderaan. Bila sampai je, terus dia orang kerumun kereta tu gotong royong buat bagi siap cepat. Enam suku petang baru siap, terus aku pecut ke Nilai. Masa tu bateri telefon yang nyawa-nyawa ikan terus padam habis bateri.

Ingatkan waktu sebegitu lebuhraya aku je yang ada, rupanya ramai jugak penggunanya. Sampai rumah Cik Bintang dah jam tujuh suku malam. Benda pertama aku buat, terus caj telefon. On sahaja telefon, dapat masej kek dan muffin yang sepatutnya aku ambil jam 3 petang tadi dah dijual kepada orang lain. Yaaa…dah kena jual. Maaflah, aku memang tak mampu nak sampai jam 3 petang.

Aku tahu aku salah. Aku tak sempat sampai jam 3 petang. Salah aku juga sebab aku tak mampu beli kereta baru yang tak mati tengah jalan. Lagi aku salah sebab aku malas nak buat sendiri kek mable tu. Lagi besar salah aku bila semua kejadian tu berlaku pada hari lahir kawan baik aku. Yaaaa, aku bukan sahaja tak sempat masak ikan siakap tiga rasa, tapi aku juga tak mampu sampai awal dengan senyuman paling manis melainkan dengan lelah yang panjang. Maaf, cik bintang! Maaf Cimin…kek hang tadak tahun ni hu huhuhu tahun depan ambo buat sendiri ya, janji! Ambo tak malas lagi!

Pengajaran yang aku dapat adalah:
  1. Sila buat sendiri kek jangan nak harapkan orang buat.
  2. Sila beli kereta baru yang tak akan mati tengah jalan.
  3. Dan sila insaf diri bahawasanya, orang dari negeri miskin ini tak mampu nak bayar dua biji kek mable. Kalau orang nampak aku mampu nak bayar dua biji kek, dah tentulah tak kena jual kan?
  4. Kek murah macam kek mabel tu layak untuk rakyat marhaen macam aku je…pi la kepuk sendiri, tak berbaloi nak tempah dengan orang. Itupun tak mampu nak bayar!
  5. Silalah kejar dunia sikit…jangan dok buat penampilan macam makcik klener. Court memon kan ada untuk berutang banyak-banyak, barulah orang tau kau tu mampu bayar dua biji kek. Akupun tak tau apa kaitan aku dengan kot memon tuh dalam ini cherita!
  6. Pengajaran paling utama: sila kecoh-kecoh di FB walaupun benda kecik, barulah orang nampak besar. Kalau benda besarpun dok dendiam je tak kecoh, orang anggap kecik je. Takat telefon, sms atau PM sahaja, siapa nak percaya kecuali Cik Bintang. Patut benarlah namanya Bintang sesuai benar dengan letaknya tinggi di langit…

Kesimpulannya: inilah ujian; Ujian hati, ujian mental, ujian fizikal, ujian keikhlasan. Aku rasa aku dah gagal dalam ujian ni. Susah juga rupanya jadi OKU kan…baru nak sedar diri!

Silalah tokok tambah cerita ini sesedap rasa supaya jadi lebih menarik, itupun kalau rasa nak merangkak cari aku kat padang mahsyar. Aku ada buka kaunter pertanyaan kat sana nanti. Okeh, itu ayat bongkak dan angkuh. Sila jangan jadi macam aku!

Okeh, aku dah melalut! Baik letak titik cepat sikit sebelum jadi novel baru. Aminnnn. 


6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik hanya baca dan membayangkan kakcik berada di tempat Anyss. Itu je... Tak nak tokok tambah. :)

azieazah berkata...

Allahuakbar... sedihnya.

Takpa. Sabar. Sabar. Orang yang sabar, didtatangkan nya orang yang baik budi membantu.

Syukur. Ada hikmahnya wpun hati sangat pedih dan sedih.

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Kasihannya kereta mati tengah jalan. Sabar akak yea.

anyss berkata...

kakcik: terima kasih sudi membaca blog marhaen ni

anyss berkata...

Azieazah: Dia maha tahu

anyss berkata...

Pokok manggis: kereta mati bukan masalah yang besar pun...