Khamis, 10 Julai 2014

Betul Ke Boleh Jimat Sepanjang Ramadhan?


Betul ke tak betul?
Jawapannya: terpulang kepada diri kita sendiri.

Bagi aku yang hidup sensorang di perantauan: semuanya sederhana sahaja. Berbuka puasa cara sederhana  dengan sepiring cekodok bawang pun dah cukup. Sahur nanti makan berat sikit, sesenduk nasi, seketul lauk dan sepinggan besar sayur pun dah cukup untuk guna tenaga siang hari nanti.

Ikutkan cara itu, dah tentu nampak macam jimat. Ya jimat banyak. Sebabnya aku jarang ada hati nak pergi bazar Ramadhan. Malas nak bersesak, susah nak parking. Malas juga nak mengomel bila juadah yang aku beli tu basi sebelum sempat aku makan, ataupun bila masuk mulut…tak rasa apa-apa. Macam lidah aku pula yang bermasalah.

Nak elak semua gangguan rasa, fikiran dan tak puas hati yang adakalanya boleh pula menjadi umpatan, cemuhan atau kejian kerana kita ini juga manusia biasa, makanya sudah pastilah mengelakkan semua perkara itu adalah terlebih baik. Ini sudut pandangan pembeli bazar Ramadhan ya...bukannya peniaga.

Persoalannya: boleh berjimat tak?

Jawapan aku mudah je: Tak ada maknanya boleh berjimat huh u huhu

Walaupun boleh jimat bab makan dua kali sehari itu, dah tentulah perbelanjaan kita akan bertambah kat tempat lain pula.

Bahan mentah akan meningkat harga bila masuk sahaja bulan Ramadhan. Jadinya aku beli seekor ayam di pasar tani (khamis), semoga SEEKOR itu cukup hingga ke akhir bulan nanti. Sayur dan bahan mentah lain juga akan turut naik harga. Nak tak nak, kena juga beli. Kalau tak, nak masak apa?

Perbelanjaan juga bertambah bila persiapan untuk raya juga nak kena beli. Memanglah aku beraya di kampong, namun banyak bahan yang akan digunakan aku beli siap-siap di Bangi. Aku kan balik sensorang je, bonet bukan main luas lagi, tidur baring pun boleh…isi saja apa yang nak bawak balik. Bila dah balik kampong nanti, tak perlulah sangat aku bersesak cari barang kering lagi. Kecualilah Mek hulur senarai barang yang dia nak. Kenalah keluar memborong semula. Namun dah tentulah senarai itu dah pendek berbanding kalau aku tak beli apa-apa untuk bawak balik.

Lagi pula, ada masanya apa yang kita nak tu ada juga tak terjual di kedai runcit. Kami kan negeri paling miskin, kata Tuan PM terhormat itu. Makanya rakyat miskin dan marhaen macam kami hanya makan benda-benda marhaen sahaja. Nak makan benda yang up sikit dari marhaen tu kenalah mencari di pasar raya pulak…fuhhhhh! Malas kemain nak pergi dengan tahap kesesakan luar biasa pada musim perayaan di Kelantan. Takat sejuta dua kereta masuk Kelantan setiap kali musim perayaan memanglah normal tahap penyumbang kesesakan yang luar biasa itu.

Itupun nasib baik baju raya semua dah beli sebelum ni lagi. Mmmmm tetiba terADA baju raya tahun ni (sebenarnya dah pakai pun masa viva tempoh hari), padahal sepanjang lima enam tahun ni tak pernah ada baju raya pun. Namun begitu, mungkin kena juga menyinggah kat mana-mana yang ada buat offer keperluan raya. Nak juga beli sehelai dua baju raya lagi untuk anak buah walaupun tak semua 16 orang tu dapat. Mmmmmm kan mudah kalau bagi je duit raya sepuluh hinggit sorang, lagi rendah kosnya dari beli baju raya. Apa nak buat, makcik ni tak mahu ajar anak buah dia terima duit raya.

Mereka pun dah tahu makcik nan seorang ni tak akan pernah bagi duit raya. Kedekut macam tu pun tetap tak boleh nak berjimat cermat juga. Kalian, macam mana?

Hishhhh! Kereta tak servis lagi ni!


6 ulasan:

norhidana berkata...

rasanyer betul jgk, sbb puasa nih akak msk sndiri je kt umah juadah berbuka, kadang mlm bwk sampai ke sahur, jimat duit dr beli kt bazar... persiapan raya dr awal thn dh beli berdikit2... tp ikut pd org jugak kalu kite nk bersederhana, boleh je, insyallah boleh jmt

JunAina berkata...

Dari segi belanja dapur dan belanja sekolah anak memang jimat. Tiap2 minggu akak akan pergi pasar borong dan harga ikan tidaklah semahal di beli kat kedai runcit.

Perbelanjaan berkurangan tu diimbangi pulak oleh persiapan raya terutamanya belibarangan buat biskut dan perbelanjaan minyak dan tol balik kampung. Perbelanjaan lain2 untuk hari raya memang akak simpan sikit2 khas untuk belanja raya.

Baju raya anak2 memang dah ready sebelum puasa lagi. Untuk anak2 buah pun sama. Duit raya tetap hulur jugak sebab nak happykan dia orang yg bertungkus lumus puasa.

Dr K berkata...

Kalau betul2 kita laksanakan apa yg Baginda SAW suruh ( dlm bab berbuka & sahur), maka mmg boleh berjimat

eelobor berkata...

kami tahun nie lebih banyak memasak dari membeli kat pasar ramadhan. buat kira2 balik....ada la jugak jimatnya

pena rozie berkata...

Thn ni blm jejak kaki kat param lg. walau blk rmh mak param seberang jln jer. Biase gatal2 gak g usha. Dan daku salah seorg yg suka menyesakkan negeri termiskin itu... Daku suka kelek kg.... Hahahaha

Unknown berkata...

Sebenrnya boleh save sebab kita makan mqlam je..minyak pon save sbb xperlu ke kedai makan