Ahad, 7 April 2013

Nasib Baik Tak Kena Rempuh!

Jumaat lewat petang, Acu tunda acara sarapan bersama pagi Sabtu sebab belum begitu sihat. Masa tu kat ofis lagi, jadi daku memutuskan untuk bermalam sahaja di ofis konon-kononnya nak siapkan kerja.

Malam tu lelapkan mata jam 4 pagi, celik mata jam 6.30 terus sambung kerja selepas bersiram segala dan teguk kopi puteh bersama oat.

Tengahari balun pizza, malas nak keluar cari makan. Sekali ngap je melantak habis sebiji pizza sederhana besar tu. Tak cukup sebenarnya. Masih lagi terasa lapar. Maklumlah, malam semalam hanya mengadap kopi putih dan biskut sahaja.

Balik petangnya selepas maghrib. Singgah di Tat Nasi ayam, bungkus satu set untuk makan malam. Kononnya balik awal nak kemas rumah. Lantai dah melekit untuk dipijak. Semak samun penuh satu rumah.

Masa di lampu isyarat, aku terlupa nak gerak masa lampu hijau hingga lampu bertukar merah semula. Semua kereta kat depan dah hilang dari pandangan, aku sensorang je dok kat tengah jalan tu…tak gerak-gerak. Nasib baik tak ada kenderaan lain di belakang.

Nasib baik lampu isyarat sebelumnya juga merah, kalau dah hijau…memang sangat pasti kena rempuh dari belakang sebab kat depan (lebih kurang 5 kenderaan) dah lama berdesup tekan minyak ke depan. Tinggal aku sorang je kat situ!

Elly Mazlein - Sabarlah Hati (With Lyrics)



Sebenarnya, apa jadi dengan aku? Kenapa otak tetiba sahaja jem untuk berfikir waktu tu?

Mungkinkah dah terlalu lama menafikan masa untuk rehat, buatkan biological badan dah jadi tak betul?

Kenapa jadi waktu maghrib begitu?

Sebenarnya, terlalu banyak persoalan dan kemuskilan terapung dalam minda, tapi tak tahu nak Tanya siapa, tak tahu nak Tanya ke tidak.




13 ulasan:

Amin A. R berkata...

Adakah ketika tu mamai @ khayal @ tak sedar?

macyhumaira berkata...

haaa fikir ape tu..
penat kot. rehat k jangan fikir macam2..

Tie HT berkata...

misteri tu ??

Nina Mads berkata...

nasib baik semuanya selamat

Cetusan berkata...

patutnyz tat nasi ayam kena mamah tiga bungkus

Cetusan berkata...

lain kalu demam tidur,,,cari penyakit memamndu buat apa..apalllllaa itu pun yak leh fikirr

JunAina berkata...

Itu tandanya badan dan otak perlu rehat. Haaaa...nasib baik tunda coz masa on the way balik dari Tasik Cempaka tiba2 teringat Acu dan Anyss yg ajak sarapan.

anyss berkata...

Amin: entahlah...itu yg misteri. Terlelap pun tak tau

anyss berkata...

Humaira: mungkin juga bdn sgt penat. Fokus hilang

anyss berkata...

Tihara: sampai skrg terus jd misteri

anyss berkata...

Amanina: alhdlh

anyss berkata...

Zz: acu yg demam, bukan saya...

anyss berkata...

Junaina: masa tgk status tu, daku di opis. Kalau kat umah mmg dah kena terjah ;)