Sedang melayan FB di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS, BUKAN PAS tau!), aku disapa seorang cik adik manis.
Adik manis: dari UKM ek? [Tanya dia sambil jelling fail aku yang ada lambing UKM. Blurr sekejab aku tapi angguk ajelah].
Adik manis: Saya master untuk Metafizik Sains Penomboran
Akak tak berapa nak jelita (aku ler tu): Oooooooo [tak tahu nak kata apa sebab dok kusyuk berFB, tetiba kena ganggu…]
Adik manis: cuba tulis nama, ic dan nombor telefon…
[Dia hulur kertas kosong ke depan aku. Aku pandang muka dia. Semudah tu aku nak bagi maklumat diri? Minta maaflah!]
Adik manis: Mmmmm …ok, bagi no kereta... [Tau pun bukan mudah nak dapat maklumat tu dari aku]
Akak tak berapa nak jelita: Maaflah…saya bab-bab nombor ni memang lupa.
Adik manis: habis tu, datang dengan apa?
Akak tak berapa nak jelita: kalau lupa nombor kereta, tak boleh datang dengan kereta ke?
Dia terdiam sekejap.
Adik manis: Peliknya. Tak pernah jumpa orang pelik macam ni.
Akak tak berapa nak jelita: Hari ni dah jumpa kan? Bertuahnya anda! [aku boleh kesan dia tengah blur!]
Adik manis: Semua nombor tak ingat? No telefon sendiri?
Akak tak berapa nak jelita: Saya bukan nak telefon diri sendiripun, buat apa nak ingat nombor telefon sendiri? [Dia lagi blur]
Adik manis: Habis tu macam mana nak telefon mak ayah?
Akak tak berapa nak jelita: Buat apa beli telefon mahal-mahal kalau semua nombor kita kena ingat.
Adik manis: Anak nombor berapa ya? [Dia cuba alih persoalan]
Akak tak berapa nak jelita: setiap kali anda sebut pasal nombor, anda tau tak saya sedang stress? Saya elergic dengan nombor…dunia ni bukan hanya ada nombor sahaja.
[Sekarang dia pulak stress. Aku tahu dia tengah cari cara macam mana nak promosi dia punya pakej seminar harga ratus-ratus tu].
Sebenarnya, masih panjang lagi dialog yang berlaku. Lebih kurang lima belas minit juga dia curi masaku berFB di perpustakaan. Namun, banyak perkara yang aku belajar dari perbualan itu antaranya;
1. Elakkanlah terlalu tinggi keyakinan diri. Bukan semua situasi perlukan keyakinan yang melampau-lampau hinggakan keyakinan itu menenggelamkan realiti. Yakin diri sangat perlu, namun bila TERLALU yakin yang melampau-lampau menyebabkan kita tidak mampu untuk berdiri dalam dunia realiti.Kita dah memperkecilkan orang lain.
2. Hanya kita yang betul? Hanya kita je yang hebat? Itu bongkak namanya!
3. Bercakap tentang fakta yang dihafal dari buku rujukan itu sangat berbeza dengan bercakap tentang pengalaman. Bukan semua fakta dalam buku hafalan kita tepat kepada semua orang. Cerita tentang hidup ini berbeza-beza warnanya. Teori dalam buku itu ciptaan manusia yang nak diaplikasikan kepada semua makhluk ciptaan Allah? Fuhhhhh!
Maaflah. Aku tak mudah dedahkan maklumat peribadi kepada seseorang yang baru aku kenal empat saat lepas. Aku juga tidak perlukan consaltan untuk bina semula hidup aku yang pernah runtuh. Kalau kaunselor pun tak mahu jadi kaunselor aku kerana yakin dan percaya aku mampu tangani semua masalah dunia dalam hidupku, tak kanlah aku pula boleh tak yakin kan?
Katanya, dia boleh baca keperibadian orang berdasarkan nombor. Kali ini aku dapat lihat betapa dia sedang berpura-pura berfikiran positif tentang cerita hidup ini. Dikau belum hadapi lebih banyak sepak terajang kehidupan, namun usahlah terlalu menonjolkannya dengan cadangan yang boleh buat aku mahu ketawa.
Adik manis: Dalam hidup ni, tak boleh paksa-paksa.
Akak tak berapa nak jelita: Kalau tak paksa, sempat tak saya tamatkan sekolah ni sebelum mati?
Opssss! Aku memang pakar mematikan hujah orang, terutama orang yang perasan dia bagus.
Aku tahu aku masih lagi belajar, tapi mempunyai status sebagai pelajar tidak bermakna aku gagal menilai jerangkap samar yang dipasang semata-mata nak kaut sara hidup anda. Jangan jadi macam penjual MLM yang sanggup sembunyikan fakta semata-mata nak jual barang.
Adik manis: Masalah kena luahkan, kalau tak kita yang bermasalah…kalau dah berat kepala, ceritalah dengan mak.
[aku akuinya. Namun, perlu ke cerita semua masalah kita kepada semua orang, termasuk orang yang baru kita kenal lima saat lepas?]
Akak tak berapa nak jelita: Mak kita tu dah terlalu tua untuk fikir pasal dunia lagi. Bagilah peluang dia aman dengan tekanan dunia dan beribadat dengan selesa…bukannya nak kena fikir apa metodologi kajian keduniaan kita…
Maaf, entri ni dah jadi panjang!