Selasa, 18 Disember 2012

Wanita Malaysia Ramai yang Curang?


Kalau baca Mstar hari ni, akan terjumpa artikel yang mengulas tentang 39 Peratus Wanita Berkahwin Curang Terhadap Pasangan seperti didakwa media baru-baru ni. Namun begitu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan laporan itu.

Soalnya benarkah 39% golongan wanita kini berlaku curang kepada pasangannya? Soalnya juga, benarkah peratusan itu tidak benar sama sekali?

Ikutkan kata Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) mendapati kecurangan pasangan bukan merupakan punca utama pembubaran perkahwinan atau perceraian; 41.8 peratus kes perceraian kerana tiada persefahaman, pasangan curang dan enggan dimadu sebanyak enam peratus, dan tidak bertanggung jawab 11.4 peratus.

Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam ke atas 3,312 pasangan pada tahun 2005 pula mendapati kurang dua peratus daripada jumlah pasangan yang berkahwin mengaku berlaku curang kepada pasangan masing-masing.

Bagi kes kaunseling, punca utama perceraian disebabkan; kurang perhatian daripada pasangan, tiada persefahaman, penyalahgunaan media sosial, pengaruh rakan, pergaulan bebas serta lemah tenaga batin.

Siapa nak mengaku curang? Cer angkat tangan!
Mak Menteri kata, curang bukanlah faktor utama penceraian. Mmmmm ada sesiapa TERniat nak curang tak??? Ish! Ish! Ish! tak baik tauuuuuu!

Beliau juga berkata kecanggihan Internet serta laman sosial yang pesat berkembang ketika ini menjadi kebimbangan kepada keharmonian institusi kekeluargaan apabila kecurangan dan hubungan sulit sukar dikesan pasangan.

Pegangan agama sangat penting tak kira zaman mana kita hidup. Selagi kuat pegangan agama, banyak perkara tak elok seperti curang, skandal atau hubungan terlarang dapat dielakkan. 









11 ulasan:

Dr K berkata...

zaman sekarang ni, lelaki ke, pompuan ke, sama aja level curang nya

JunAina berkata...

Apa yang penting hati...

Irfa berkata...

test market mana tahu masih laku
mintak jauh dr kita semua

anyss berkata...

Daddy Ziyyad: betul...setuju sangat2. Tambah lagi dunia dah tak ada sempadan.

anyss berkata...

JunAina: Hati itulah yang sukar di cari ;)

anyss berkata...

irfa: hu hu hu sendiri rosakkan kepercayaan n hukum sebab keseronokan bersifat sementara. Sangat risau bila dah makin melarat hingga libatkan maruah pula

citarasa rinduan berkata...

nk curAng dgn anysss

sbb nk geng org lain..
aci??

anyss berkata...

Ayu citarasa Rinduan: la la la ...x kesah dikau curang, asalkan tak lupakan asam pedas utkku hu huhu ----> melantak aje ingatnya ek?

eelobor berkata...

berebut lah payung2 emas wahai isteri dengan menandatangan borang dengan ikhlas..... hahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

not for KA lah

perjalanan pulang berkata...

curang tu apa ? Orang lelaki selalu kurang faham. " saya tidak dituntut untuk mentaati wanita "