Semalam balik ofis lambat, sambung buat kerja sekolah. Itupun dah nyorok bawah meja sekejab tarik bantal. Dah bangun, kepala ringan sikit, matapun terbuntang luas.
Sambil-sambil buat kerja, buka facebook, sambil tu juga buka youtube dengar lagu-lagu merdu yang jiwang mendayu-dayu, dengar zikir terapi Hafiz Hamidun, dengar juga ceramah Ustaz Azhar Idrus yang kelakar dan lucu, namun pada masa yang sama terkena ke muka sendiri. Gelak memanglah gelak, tapi gelakkan diri sendiri.
Dengar juga Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dewan Jubli Perak Istana Negeri Kubang Kerian Kelantan 2012 semasa program Qiam With Me. Program ni dijalankan Ramadhan yang lalu, jadi…daku kongsikan kat sini ya untuk sama-sama dapat manfaatnya;
Alhamdulillah. Sama-sama kumpul manfaat untuk jadi panduan hidup.
2 ulasan:
Dok tengok kat Astro tu pun jenoh dok gelak. Dalam lawak ada sinis yang kompom kena tepat batang hidung!
Azieazah: hu hu hu kalau tak gelak, mmg x sah ;)
Catat Ulasan