Khamis, 20 Disember 2012

Orang Kenamaan Rugi RM2 Juta


Sebuah banglo dua tingkat milik seorang kenamaan di Petaling Jaya, dipecah masuk, malam semalam, dan mengakibatkannya kerugian kira-kira RM2 juta, selain sepucuk pistol dan 62 biji peluru turut hilang.

Mangsa yang berusia 70 tahun berkata, kejadian berlaku ketika beliau dan lima penghuni lain termasuk seorang pembantu rumah keluar menghadiri satu majlis sejak jam 3 petang dan hanya kembali tengah malam tadi.

Ketika tiba di rumah, didapati tingkap dapur terbuka dan selepas masuk ke dalam rumah beliau dapati tiga bilik tidur di tingkat atas diselongkar dan enam utas jam tangan berjenama, barangan kemas, koleksi syiling emas serta wang tunai yang disimpan dalam peti keselamatan telah hilang termasuk juga beberapa gajet elektronik seperti iPad, kamera dan komputer.

Ingatkan RM2 juta tu simpan dalam bentuk tyunai macam kes yang berlaku di Sarawak hari tu. Berjuta-juta mereka ni simpan duit kat bawah bantal ya…apa kata hulur sikit kat kami masyarakat marhaen ni, dah hujung tahun banyak pulak kos kena tanggung kan? Mmmmm musim hujan pulak tu, bumbung pun bocor sana sini…ingatkan tinggal di negeri paling miskin sahaja bocor bumbungnya, berada di negeri paling maju pun masih sama juga huh u hu sila anggap ini catatan penghujung bulan di akhir tahun!

Tahniahlah kepada pelajar-pelajar yang sedang meraikan kegembiraan mendapat banyak-banyak A dalam peperiksaan Menengah rendah PMR yang dah diumumkan keputusannya siang tadi (Nampak sangat entri ni tulis semalam kan?)

Ramai mak dan bapak-bapak yang berdebar-debar mengalahkan anak-anak. Anak-anak Nampak cool je, buat tak tahu dan gembira nak jumpa kawan-kawan…dan makcik ni pulak berdebar-debar juga.

Setiap tahun, anak buah yang ambil peperiksaan akan tahu yang makcik mereka ni akan beri hadiah mengikut berapa banyak nilai A yang mereka dapat. Setiap satu A berjumlah RM100. Bayangkanlah kalau semua dapat A, memang rabak makcik huh u huhu.

Makcik nak menyesalpun tak guna sebab kalau tawaran tu ditarik balik, nanti mereka akan kata “tak adil @ tak aci” sebab yang dah lepas tu boleh dapat. Bila sampai je masa dia orang nak pulun amik periksa, tetiba hadiah dah tarik balik kan? Jadi…dengan penuh istiqamahnya, makcik kenalah bertahan walaupun kali ni dua orang serentak anak buah ambil peperiksaan PMR. Kalau dua-dua orang SCORE A semua…demam tak kebah makcik dia ni…

Errrr…bayaran boleh tunda tak?




7 ulasan:

Cetusan berkata...

orang. Mikin hilang seringgit, selamat dari cukai, ada alsan bayr hutng seposen, hangus,

mama maman aka yana berkata...

kalu org susah cam mama nih hilang seringgit pun tercari2 mana hilangnya.. apatah lg hilang juta2.. huhuhu..

Dr K berkata...

jutawan ni...hilang banyak tu tak rasa apa pun, harta banyak lagi berkoyan koyan...:P

anyss berkata...

ZZ: kalau niat nak lari cukai, mcm2 boleh buat. Paling2 malas pun pi bayar zakat ;)

anyss berkata...

mama maman: org mcm kita, mampu pegang juta rupiah pun dah syukur ;)

anyss berkata...

Daddy Ziyyad: Tu baru bawah bantal...kat bank byk lagi ;)

yusrayunus berkata...

follow me back
http://yusrasuperstar.blogspot.com