Isnin, 31 Disember 2012

Kita Bebas Untuk Memilih


Kita (akulah tu!) tak mampu untuk memaksa orang lain mengikut citarasa kita (akulah tu!). Bila kita (akulah tu!) suka bau lavender, tak semestinya orang lain juga suka kecuali dia memang sukakan lavender sama macam kita (akulah tu!). Bila kita (akulah tu!) suka durian tahap gaban, tak bermakna semua orang sukakan durian segaban itu juga.

Apa yang kita (akulah tu!) tak suka, tak semestinya tidak digemari juga oleh orang lain. Bila kita (akulah tu!) tak suka cendol, bukan bermakna orang lain juga perlu ikut sama tak suka. Setiap orang ada pilihan dan citarasa sendiri.

Bila masing-masing ada pilihan sendiri, maknanya…biarlah daku dengan pilihan sendiri juga. 


Makcik Diistiharkan Muflis Kerana Jadi Penjamin.Makcik kakitangan kerajaan ni baik hati sangat jadi penjamin, akhirnya dia yang diistiharkan muflis;




Banyak masalah perlu dilalui bila diistiharkan muflis.

Moral dari kisah ini: Sila kedekut untuk jamin pinjaman orang lain. Bila dah muflis, tak ada siapa nak tolong kita pun.





12 ulasan:

Dr K berkata...

saya tak suka rosmah mansor, tapi ramai yg suka dia..~bahahaha

Yunus Badawi berkata...

Oh anyss tak suka cendol ke? Patutlah semalam mengundur aje masa bergambar tu .... huhu

Yunus Badawi berkata...

Ada sebab ke utk suka RM tu Daddy Ziyyad? Ramai yg takde sebab nak suka dia ... ngeeee

Kakcik Seroja berkata...

Kita tetap kita walau apupun label yang cuba diletakkan oleh orang lain... :)

anyss berkata...

Daddy Ziyyad: Daku cuba untuk suka semua orang & sedang mencuba utk suka semua orang ;) namun ada masa, suka itu berubah perlahan2...

anyss berkata...

YB: Tak suka habis bermangkuk2, kalau suka entah berapa baldi gamaknya kan?

anyss berkata...

YB:
RM tu tak sama dengan Ringgit Malaysia ka? kalau yg tu ...saya sangat2 suka ;)

anyss berkata...

Kakcik: semoga dilabelkan yg baik2 aje oleh orang lain kan?

JunAina berkata...

Tak tolong org kata bila tolong org lupa. Meh habaq kat kita sapa yg tak mo bayo hutang tu, kita angkat gengster KKA gi serang...

Adik beradik sendiri pun susah nak buat kira inikan pulak org luar yg tak der kena mengena so bila nak tolong berpada2 (ingatan utk diri sendiri juga). Tpkan...apa boleh buat hatiku cepat cairrrr...

anyss berkata...

JunAina: benda dah lepas...biarkanlah berlalu. Allah hanya satu, kalau di dunia dia lepas, di sana tak akan dapat lari dah

Cetusan berkata...

sama sama, saya tak suka U

Unknown berkata...

baik hati sangt..sekarang ni sapa2 pun tak boleh dipercayai..