Orang kita, guitulah. Kalau komplen berbuih mulutpun buat tak taupun. Kalau orang luar yang komplen, baru nak ambil tahu.
aku ajepun dah tiga empat entri...ni yang sempat aku jumpa. nak baca?
Itu belum lagi kisah aku mandi kopi puteh dalam penerbangan...tang mana tah dia ...ok mandi kopi puteh bersauna di udara
Ini kisah Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dikenakan denda kerana tidak memasukkan cukai dan lain-lain caj dalam laman sesawangnya.
Syarikat penerbangan itu didenda A$200,000 di Mahkamah Persekutuan Melbourne hari ini kerana melanggar peruntukan peletakan harga tunggal Undang-Undang Pengguna Australia, kata Australian Associated Press.
Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia berkata kes itu berkaitan dengan tempoh 10 bulan ketika laman sesawang www.airasia.com tidak menunjukkan beberapa harga tambang penerbangan termasuk semua cukai, duti, yuran dan lain-lain caj mandatori "dalam cara yang jelas dan sebagai angka tunggal".
Denda itu membabitkan penerbangan antara Melbourne dan Macau, London, Ho Chi Minh City, New Delhi, Hangzhou dan Chengdu, serta, dari Perth ke Taipei, Phuket, Osaka, London, Ho Chi Minh City dan Hangzhou dan dari Gold Coast ke Ho Chi Minh City.
Bezanya kita dengan orang luar adalah SAMAN. Kalau ikutkan, dah ramaipun rakyat Malaysia menceceh komen itu itu pasal Airasia…namun, selagi kita tak saman, semua cadangan, komen atau aduan tu ada mereka kesah?
Akhirnya kita juga kena mengalah bila ada mulut tak insuran kata “Kalau tak puas hati, tak payahlah guna,”
Mmmm apa-apalah labu!
13 ulasan:
salam tuan rumah ;)
sebab tu lah lain kali kena telus
tidaklah di caj menipu..ni kes dah lama kalau x silap saya dan tak pasti pulak kalau diorang bayar denda ke tak.
Baru ini semasa ke Bandung mmg Air Asia ini bikin banyak masalah; malahan kasi halau rakan rombongan kami masalahnya adalah komunikasi. Tak perasan namanya tercicir dari rombongan sebab masalah jadual penerbangan Air Asia ini KALUT; asyik bertukar pada saat akhir.
Nak jadi ceritera semua barangan kargo dah masuk bonet pun dah duduk dalam kapal terbang baru dapat dikesan sorang menyusup masuk ke K/terbang. Amat cuai/lalainya urusan menaikkan penumpang ini. Namanya sepatutnya naik/terbang lebih awal bagaimana tak boleh dikesan.
Aku memang bercadang nak komplen sebab bayangkan kalau aku yang terkena; manalah reti nak berurusan di saat akhir; pasti aku tertinggallah untuk ikut rombongan. Apa kata pengganas yang menyusup masuk?.
Air Asia mengaku kesilapan mereka; di pihak kami juga mmg ada silapnya tak baca e-mel tentang jadualnya; yg kena halau dari k/terbang tu mmg dah biasa kat Bandung menjadi ketua rombongan. jadi tak timbulkah masalah.
Kami sampai di Bandung sekitar Maghrib.. Dia rakan serombongan yang terkandas hanya sampai ke hotel sekitar 3 pagi.
alamak.. camne neh.. mg depan nak terbang lagi neh.. haissshhh~
Irfa: selamat datang.
Kes mmg dah lama, masa mereka mula2 kenalkan airasia kat sana, tapi ini keputusannya, kena byr USD200 ribu.
sdr Idan: Mereka memang tukar semua perkara ikut suka suki sahaja, saya juga pernah kerna tapi sempat ubah semula selepas "sound" dgn lemah gemalai sbb pergi dgn urusan kerja.
Diana: orang malaysia, melalak je tau...mana ada duit nak saman bagai. sbb tu depa boleh buat apa je hu hu hu
Reben Merah: terbang je...tak libatkan keselamatan, hanya dia orang je kena byr saman.
ikut nasib2 jugak...ada masa tak delay pun, ada ketika 5-6 jam jugak
Bagi depa ada dikisah. Rm200k tu sikit ja bagi Tony yang kaya raya tu tapi mungkin sedikit tergugat perniagaannyalah. Image.
setuju sgt2
Mohon maaf kerana padamkan komen Malaysiakini yang hanya letakkan link sahaja di sini...tadak komenpun. Blog saya bukan tempat sebarkan iklan atau apa2 isu -----> Amaran KERAS ni (dengan muka merah menyala2 bertukar jadi HIJAu macam HULK, mata berapi2...)
JunAina: saya bangga juga dengan orang malaysia yang hebat2 mcm Tan Sri Tony tu...tapi janganlah sampai keutamaan kita yg beri kekayaan kepada kita diabaikan
KA: h hu hu setuju tang mana yang?
Catat Ulasan