Isnin, 30 April 2012

Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta 2012


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
telah mengumumkan gaji minimum pekerja swasta malam ni
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sempena Hari Pekerja
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
berharap pengumuman gaji minimum ni
tidak mencetuskan tekanan ke atas harga barang
[macam tak logik je harapan tu…]

PM telah mengumumkan Gaji Minimum Sektor Swasta seperti berikut:
1. Gaji minimum sektor swasta ini meliputi semua pekerja di Malaysia kecuali untuk sector domestik seperti orang gaji, tukang kebun dll
2. Kadar di Semenanjung adalah RM900 sebulan, manakala Sabah dan Sarawak RM800 sebulan.
3. Tarikh mula: Enam Bulan daripada tarikh perintah Gaji Minimum diwartakan, manakala bagi syarikat kecil @ mikro interprise pula diberi tempoh 12 bulan.

Walau bagaimanapun, tempoh ini tidak meliputi firma professional seperti sektor pergigian, guaman, arkitek dll.

Nak tahu lagi?
Mmmm tunggu je lah berita kat akhbar esok
Aku ngantok dah…penat belum habis lagi ni…




Polis Akan Tayang Rakaman Video Perhimpunan Bersih 3.0


Ramai yang pergi Demostrasi Duduk bantah Bersih 3.0 kan?
Ramai yang rakam gambar Demostrasi Duduk bantah Bersih 3.0kan?
Ramai yang rakam video Demostrasi Duduk bantah Bersih 3.0o  kan?
Ramai yang share Demostrasi Duduk bantah Bersih 3.0 jugak kan?
Ada sesiapa pergi Bersih 3.0 di PWTC tak? Bersihkan poket di PWTC!
Aku? Dah tengok macam-macam gambar, macam-macam video
Dah tau apa patutnya jadi
Ada juga tak sangka banyak benda boleh terjadi

Hari ni, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
pihak polis akan memaparkan rakaman video apa yang berlaku
masa perhimpunan Bersih 3.0 sekitar ibu negara Sabtu lepas.
Errrr….lambatnya! Kerja banyak tu…tak sempat nak tayang awal-awal
Mmmmm kalau bagi kat stesen TV je, kan cepat huh u hu

PM kata tayangan tu penting supaya insiden itu tidak dieksploitasi
Untuk mempengaruhi pendapat awam yang dipaparkan melalui media sosial.
Ikut kata PM kita yang terchenta itu, polis akan paparkan apa sebenarnya berlaku
Dan tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku oleh anggota polis sendiri
Baguslah macam tu kan…nanti tak payah kita penat
Dok tuduh sana tuduh sini siapa yang bersalah
Di KL tu kan merata CCTV, tak kan tak boleh nak kumpul semua
Tayang kat TV pun tak apa…teruja jugak aku nak tengok ya
Orang kata, rakaman video terus dari tempat kejadian ni
Tak mampu untuk menipu ya kecualilah…kena edit! La la la

Kita tunggu je lah nanti ya tayangan tu
Kalau polis guna TV3 ka, RTM ka untuk tayang keseluruhan perhimpunan tu
Jangan tertinggal satu saat pun…walaupun nanti akan ambil masa selama sehari dua
Aku sanggup je tengok…tak kesahlah walaupun selepas 3 hari peristiwa
Walaupun dah jadi sejarah…
Sama-samalah kita tunggu tayang tu ya
Teringin juga nak tahu kisah di sebalik kereta polis di terbalikkan di Sogo
Polis dipukul dengan kayu di Arked Mara
Atau siapa sebenarnya cetuskan provokasi hingga perhimpunan
yang sepatutnya aman itu dah jadi tak aman

Errrr terpanjanglah pulak entri ni…tunggu je lah nanti
Senang cerita!

Sabtu, 28 April 2012

Bersih di PWTC

Masih penat...sangat penat
penat minda, penat fizikal...penat perasaan

Pagi-pagi tak berapa nak buta tadi, pekena roti telor
baik punya neskepe kaw kaw kasi celik mata
kemudian melompat-lompat unta (unta melompat ek?)
ke PWTC untuk operasi Bersih 3.0

Sesak sedikit sejak Sri Petaling hingga depan Istana Negara (lama)
kemudian lancar... lepas tu tak lancar sebab tak boleh masuk jalan ke tempat nak tuju
pusing sana sini akhirnya berjaya juga parking atas bumbung Hentian Putra
lalu bermulalah operasi membersihkan poket di Pesta Buku Antarabangsa KL 2012



















Banyak gambar aku rakamkan walaupun tak ada muka aku
rasa nak kongsi dengan semua
terutama kepada yang belum pergi PWTC lagi
boleh dapat hadiah kereta di Pesta Buku KL 2012 kali ni
tak percaya? Jangan lupa pergi ke ITNM ya...

Gambar-gambar yang aku ambil sepanjang hari ni
lain kalilah ya aku tampal kat sini
mungkin Isnin baru sempat muatnaik, dah basi kot masa tu
malam ni kena tidur awal dan rehat cepat sikit kumpul tenaga
esok seharian akan di KL, jangan ada lagi perhimpunan yang
menyekat laluanku sudahlah ya

Novel pertama beli: Travelog Beijing














Kalau kalian nak tengok video sepanjang perhimpunan duduk bersih 3.0
atau gambar-gambar perhimpunan bersih 3.0 kat sini
rasanya tak ada kot
aku tak laratlah nak pergi Dataran Merdeka dan bersesak berpeluh berpanas
serta buka peluang untuk kecederaan kepada diri sendiri
sebab masih banyak tugas lain aku kena buat
aku kena berjuang untuk diri sendiri dulu,
sebelum berjuang untuk orang lain
lagipun corak perjuangan kita berbeza
penatlah bertempik sorak ni, biar aku berjuang diam-diam
tapi kesannya hingga ratusan tahun
walaupun aku sendiripun dah dimakan cacing
macam kata Ustaz Azhar Idrus selalu dok khabor tu hu hu hu


Kepada anda yang nak tengok gambar-gambar bersih 3.0
nak tengok video sepanjang berlangsungnya Duduk Bantah Bersih 3.0
bolehlah tengok di FB Puan Ainon Mohd
tapi...aku sangat kagum dengan satu video tentang
perhimpunan duduk bantah bersih 3.0 di Australia
AMAN je...kenapa kita tak boleh aman di KL?



















selamat malam dunia...poket aku dah BERSIH
hati dah sedih...nak tidur je malam ni
esok hari baru untuk mulakan perjuangan baru
Assalamualaikum.



Isnin Hari Akhir Hantar Borang Cukai LHDN


Dah hantar borang cukai?
pakai manual atau e-filing?
aku belum lagi…manual je sebab aku ni manusia purba huh u hu
isi pun belum lagi, esok lusa nanti isi
hari isnin (hari akhir akan pergi hantar)
masukkan dalam kotak je kat LHDN di hentian Kajang tu
tak payah pos, lambat
sebabnya, pejabat pos satu bangunan je dengan LHDN
He he he mesti lambat sampai kan sebab dekat sangat

Ramai pembayar cukai guna system e-filing
Lebih separuh dari 2.5 juta pembayar cukai lakukan online
Errrr 2.5 juta je bayar cukai? Biar betul?
Sebegini ramai makhluk di Malaysia ni…banyak tu je bayar cukai?
Adusssss patutpun jalan di kampong aku tak sempat buat baru
Tak sempat sampai rupanya huh u hu

Perangkaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setakat Rabu lepas
seramai 1,621,647 telah memfailkan cukai secara dalam talian
kira-kira hampir 75 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Errr tolak aku lah ya…aku ni kan cara manual, kayuh pelan-pelan
Wajibkan e-filing baru aku buat
Hanya 107,712 failkan borang BE cara konvensional @ manual
dan menghantarnya ke pejabat LHDN berhampiran.

Tarikh akhir untuk e-Filing dilanjutkan kepada 15 Mei tahun ini.
pemfailan secara manual ditetapkan pada 30 April
ini SANGAT TIDAK ADIL!...errr aku pinjam kata-kata P.Ramlee je!

Jom! Isi borang cepat-cepat!
tak kesahlah online ke offline…e-filing ke manual
pokok pangkalnya, sila buat sebelum kena denda
tak pasal-pasal hilang tiga ratus dek denda
kalau beli NYKY Aple dah pun boleh wangi setahun la la la

Gambar Sekitar Perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka

Aku kutip semua gambar sekitar perhimpunan bersih 3.0
yang diadakan secara tanpa permit sekitar Kuala Lumpur
sejak tengah malam tadi di Dataran Merdeka
kalau siang pun cantik...sebab tu jadi tumpuan ramai
bukan pelancong sahaja

semua gambar ni aku ambil dari Utusan Online

Siang 27 April 2012: Sedia Berkhidmat...




Bila malam...












Ramai tak anggota PDRM sana?
Aku rasa macam suka pulak kalau ada kat sana sebab:
bila ramai anggota keselamatan, bermakna kita akan lagi selamat kan?
patutnya lah!



segak bergaya mereka ni...cantikkan Dataran Merdeka pada waktu malam?
dah lama aku teringin nak ambil gambar kat sini
waktu malam...mesti menawan, Dataran Merdeka tu yang menawan,
bukan aku...nasib baik cepat sedar diri kan?













Lampu kat belakang tu yang buatkan aku teruja sangat
nak ambil gambar kat sini waktu malam...

Dengar cerita, kawasan Dataran Merdeka jadi tumpuan sejak jam 9 malam
lebih kurang 300 orang banjiri kawasan cantik ni
walaupun kawalan keselamatan sentiasa berjaga-jaga

nak tengok gambar-gambar selepas jam 9 malam di Dataran Merdeka?
silalah ke FB Ainon Mohd...banyak gambar kemeriahan suasana Dataran Merdeka
sempena Duduk Bantah Bersih 3.0 malam tadi
tak boleh nak tampal kat sini sebab hak persendirian...
selamat tengok!



Jumaat, 27 April 2012

Apa Dah Jadi Dengan FB Aku?????


Beginilah rupanya FB aku sejak semalam;

















Kalau jadi kat kalian, bengang tak?
sakit hati tak? ke SUKAAAAAA??????

kenapa ya? KenapAAA????
yang jadi masalahnya, nak offline pun susah
nak baca masej rakan-rakan pun tak dapat
hanya boleh baca baris bawah tu je...yang lain kena selubung
entah macam mana boleh ada butang "search" kat atas tu
aku pun tak tahu

Ada sesiapa pandai buat magik tak?
Boleh tolong kembalikan FB aku ni ke kedudukan asal tak?
ke nak kena buka akaun baru?
ke ada orang dah hack aku punya Facebook? Ohhhh!
tiba-tiba aku perasan popular macam Fasha Sandha
yang terlupa ajak aku ke majlis perkahwinannya dengan Jejai
Aku menderita, Fasha!
dikau lupakan aku bila dah dapat Jejai!
errrrr....tu tandanya aku tengah stress tak dapat tampal status
di Facebook hu hu hu
Selamat pengantin baru Jejai
selamat pengantin baru, Fasha Sandha

Alahai....
Panasssssssssssssss!


Hari Panas, Hati Panas…semuanya PANAS!!!!!



Fuhhhhh!!! Masih juga panas
Hari yang panas, hati lagi panas…
Ekon pulak kena 24 darjah je, tak boleh lebih
Kalau lebih karang, jadi Jebat Derhaka pulak...melanggar titah
Ingat tu, walaupun penjawat awam dah dapat kenaikan gaji baru
Ekon kalian kena tetap 24 darjah jugak-jugak pada musim panas menyengat ni
Lagilah panas hati kan…siap melekit segala kat mana sempat peluh tu
Aduyaiii…bertambah lagi kos kena beli perfume
Dah tak boleh pakai perfume cap ayam serama dah
Karang bau tengik ketiak hangit pulak!
Tak pepasal keluar pekeliling baru penjawat awam perlu sentiasa wangi!

Pepagi tadi ada la pulak mamat ni
Berebut parking dengan aku kat Hentian Kajang
Hangin satu badan! Masuk LHDN nak hantar borang BE
Alih-alih pak guard tak berapa nak hensem tu suruh masuk kaunter
Jumpa pegawai depa la pulak
Macam tak ada kerja je dia orang ni nak jumpa aku
Macamlah aku ni Fasha Sandha…errrr
Fasha Sandha dah berinai kecil ek semalam?
Hari ni kan nak nikah…ke dah nikah?
Haikkk…Fasha Sandha nikah dengan Jejai lah
Siapa lagi…
Schawal mana nikah lagi…baru tunang pun
Alaaa siapa tu…Scha Al-yahya, dah gabung dengan Awal Ashaari
Jadilah Shawal…mmmm tiap hari tu hari Raya untuk mereka he he he
cantik kan gambar pra perkahwinan Scha dan Awal ni...
terserlah bahagianya tu...

Mmmmm sila abaikan apa yang tak patut kat atas
Kepala tengah mamai kena sambal belacan tadi
Terkejut badak pun ada juga sebenarnya
Ye lah…Hattan dah pun bergelar Datuk
Teringinlah pulak aku nak jadi Datinnya
Aduhhhh! Usah terpedaya dengan ayat tu
Biarlah Hattan sendiri cari Datinnya
Daku ni pemalu, tak pandai nak bawak diri kalau jadi datin
Kang orang meluat pulak aku asyik tutup muka
Bila jurugambar hala moncong kamera he he he

Ok sambung balik tang kena jumpa pegawai LHDN tu
Walaupun hanya 10 nombor hadapan aku tetapi
Sangat lambat bergerak sebab setiap orang memang lama di kaunter
Maklumlah nak semak bagai
Nasib baik ramai yang dah cabut tak tahan menunggu
Jadi beberapa nombor tak ada orang, cepat sikit giliran aku

Sampai kaunter, pegawai dia orang yang kononnya nak jumpa aku tu
Tak tengok pun borang manual yang aku isi
Selamba badak je dia cakap “masukkan dalam peti pungutan”
Habis tu, untuk apa aku buang masa merasa dinginnya ekon pejabat mereka?
Ini sudah menaikkan darah!
Kan tadi aku nak sumbat dalam peti tu
Si pak guard yang tak berapa nak hensem tu mintak masuk kaunter
Dah masuk kaunter buang masa bagai
Suruh je masuk peti pungutan?
Bengang tak? Sakit hati tak? Panas tak? Hangin satu badan tak?
Hari Jumaat tau...banyak-banyak bersabar ya!

Terima kasih, kak Mai…belanja hari ni
Kurang sikit panas hati ni…
Sempat jugak aku balik rumah mandi sekejab
Kurangkan PANAS!!!! Apa yang ada
Jom, nak pergi kerja pulak…banyak lagi dating ada hari ni
Errrr…meeting, salah taip pulak!

PssssTT: Tak apalah Fasha Sandha kahwin dengan Jejai pujaan hati Malaya tu,
doakan mereka hidup bahagia dan kekal abadi dunia akhirat
kalau Allah dah kata jodoh mereka, lari macam mana pun
tetap akan kahwin juga...
Norman Hakim kahwin dengan Memey, Abby Abadi redha je
(pepandai aku pulak kata dia redha...)
bila Jejai kahwin dengan Fasha Sandha, peminat kenalah redha ya
Nora Danish pun tak kata apa kan...tak perlulah kita pulak yang latah lebih
errrr....ke aku yang latah ni?
Fuhhhh! Jom pi keja!
Neskepe ais SATU!!!!!! Fuhhhhh! meme panas!




JOM Bersih 3.0 di PWTC Mula Hari Ni Hingga 6 Mei


Bersih 3.0 di PWTC? Gila ke apa?
Hu hu hu jangan terkejut ya…ni operasi bersihkan poket
Jom ramai-ramai kita serbu PWTC
Macam biasalah…bila dah hujung April dan awal Mei
Dah tentunya ada Pesta Buku Antarabangsa KL tahun 2012

Inilah masanya nak punggah buku banyak-banyak
baca untuk setahun, boleh gitu?
tadak duit??????
bukan penjawat awam dah naik gaji ke?
errrrrr aku pun naik sikit je
gaji pokok aku tak berapa nak rimbun
maklumlah tak pernah dapat cemerlang
gajipun cukup-cukup makan ajelah
tak dan nak buat joli pun
namun, Alhamdulillah syukur juga
kalau tak ada kenaikan gaji bermusim macam ni
payah sikitlah untuk orang “macam” aku ni nak ranum gajinya
maklumlah skil aku kat beberapa tempat tu “kureng” sikit
redha ajelah apa yang ada
kalau tak redha…kita jumpa je kat kaunter pertanyaan “sana” nanti

Mmmmm apa tunggu lagi?
Jom kita borong buka ramai-ramai
Membaca membuka minda
beli buku berfaedah ya...


Khamis, 26 April 2012

Zahida Rafik Saman Ahli Parlimen Ampang???


Lagi-lagi entri pasal retis…macam tak ada cerita lain ya tak?
tak apa…cerita pasal hiburan tak payah nak pikir banyak
ingat mudah ke nak tulis entri…yang segar dari ladang
kena menyangkul berhuma bagai tau!

Fuhhhhhhhhh tarik nafas jab
Bukan sikit 1.5 juta…rupiahpun payah nak cari apa lagi RM
jangan saman aku banyak tu ya…bagi tak apa
aku ambik je, boleh rembat preve sebijik dua
errrr tak kan tak mampu kot ambik jazz kalau dah ada banyak tu
takat tu je kot impian aku dalam hidup ni…jazz je?
nampak sangat mata duitan aku ni taklah tinggi sangat
hu huh u

Pelakon Zahida Mohamed Rafik, yang dituduh menerima wang
sebanyak RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah,
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telahpun menghantar surat saman
kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Saman itu antara lain menuntut Zuraida (Ketua Wanita Keadilan)
berhenti membuat kenyataan media, menarik balik kenyataan terdahulu
dan memohon maaf dalam masa tujuh hari.

Ahli Parlimen itu bagaimanapun akan bawa hal ini ke
SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan beliau
tidak takut dengan saman tu…tapi aku TAKUTTTTT…tadak duit mau bayar!
jangan saman aku!

Zuraida sebelum ini mendedahkan kepada pihak media di lobi Parlimen
mendakwa seorang pemandu pelakon tersebut iaitu Noor Azman Azemi
telah membuat laporan polis bertarikh 13 Mac 2012 mengatakan
Zahida telah menerima wang berjumlah RM1.5 juta daripada Mohd Shafie Apdal.

Dalam kebanyakan akhbar hari ini melaporkan
Zahida Rafik menafikan telah berkahwin dengan Mohd Shafie
dan menganggap tuduhan itu adalah fitnah semata-mata.
Hingga kini dia masih lagi solo dan tidak berkahwin dengan mana-mana lelaki
termasuklah dengan menteri berkenaan.

Komen aku: tak ada nak komen apa-apa pun
Dunia artis memang macam tu
Memang terdedah dengan gossip, skandel dan fitnah
Sebab tu dunia tu tak sesuai untuk aku yang tak berapa nak jelita ni
Hu huh u tau sedar diri jugak tu! Mengaku ajelah pakej tak ada!
bukan mudah jadi orang terkenal sama ada artis atau
menteri…dua golongan ni memang mudah kena tempias
baik macam Dato’ Siti Nurhaliza pun orang dok mengata juga
sekejab kata kat dia
sekejab lain mengata pulak Datuk K kahwin Rozita Che Wan
kahwin tak umum macam watie elite kahwin, atau
nikah tak ada kenduri macam Natasha Hudson pun orang kata
melamar secara langsung di TV macam Awal Ashari dan Scha pun tak kena jugak
kenduri Kahwin besar-besaran macam Mawi Ekin tetap orang kata
pendek kata, kalau namanya artis
buat apapun orang tetap kata
kalau nak jadi artis memang kena kebal
telinga kena tebal, muka pun kena tebal
kalau pemalu macam aku…sila lupakan ajelah nak jadi artis!

Sekarang ni musim pilihanraya ke 13 tengah panas
Zahida Rafik kenalah tahan hadapi dugaan
lepas pilihanraya nanti sejuk balik kot

Fuhhhhhhhhhhhh! Kata banyak kerja
Dan lagi buat entri pasal hiburan ya?
Hiburkan hati…sambil-sambil
Lagipun, tulisnya masa rehat…set je bila masa nak siar
Mudahkan? Mmmmm manfaatkan teknologi ;)


Hari Katak Sedunia?


Hari Katak Sedunia? 
Berapa ramai yang tahu wujudnya hari katak ni?
Hu hu hu aku baru je tahu
Tak sangka juga boleh wujud hari katak
Satu dunia pulak tu pakat sambut
Caluk mesti bangga ni

Hari kata sedunia di sambut pada setiap 28 April
Pi la google sendiri kalau nak tau

Rabu, 25 April 2012

Boleh Semak Kesahihan Gelaran Atas Talian


Orang ramai boleh merujuk laman sesawang
Bahagian Istiadat di Jabatan Perdana Menteri ( www.istiadat.gov.my)
Kalau nak menyemak gelaran kebesaran digunakan seseorang tu sah atau temberang

Lepas ni dah tak ada masalah lagi pasal penyalahgunaan gelaran kebesaran
mengikut dasar dan peraturan semasa, hanya penganugerahan oleh
Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja bagi negeri-negeri bersultan
atau beraja serta Yang Dipertua Negeri akan diiktiraf
kalau Raja Gopal yang bagi anugerah kat kedai mamak mana-mana tu
tak kira ya…tak diiktiraf. Tu datuk yang ada cucu huh u hu

kalau sesiapa mengaku dia dapat datok bagai…sila semak ya


Kalau Macam Ni Setiap Tahun Pilihanraya Pun Tak Apa

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini
mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih
Pasar Siti Aishah, Jelawat selepas mengadakan lawatan mesra di sekitar pasar tersebut.
Peruntukan itu untuk membesar dan memodenkan pasar
sekali gus memberikan keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung
kerana sekarang ni keadaannya yang terlalu uzur dan kecil.

Dengar cerita PM kita akan ke Gua Musang nanti
Agaknya apa orang Gua Musang dapat pula ya?
errrr….bila pulak mereka nak pergi kampong aku?
sejak penubuhan malaysia hinggalah kita merdeka puluhan tahun
mereka tak pernah sampai kampong aku
gamaknya pilihanraya tahun ni mereka sampai tak?
mereka akan jejak tak ke gubuk kecil kami?
mereka akan tar tak jalan kampong kami?
susah tau aku nak balik kampong
jalannya berlopak dan berlubang…kat mana helicopter aku
nak mendarat tu…huh u hu sejak bila tah helicopter guna jalan raya
aku pun tak tahu…
ni semua gara-gara tengok Mr. Bean bawak heli
dalam Johnny English Reborn…pernah tengok tak?

Kalau ginilah gayanya, asal jejak je bumi mana-mana
Mencurah penduduk dapat peruntukan
Setiap tahun ada pilihanrayapun aku suka
Biasanya…entah berpuluh tahun baru nak muncul
Biasanya…kita hanya nengok mereka kat TV je
Biasanya…macam luar biasalah pulak bila musim tertentu je
Kita rakyat marhaen ni boleh dapat kemudahan
Bukan sepatutnya sepanjang tahun ke?
Errr sama macam tiap-tiap tahun kita bayar cukai
Mmmmm baru teringat belum isi borang cukai lagi
Adussssssssssssssss! Isnin depan tarikh akhirnya ya
Sila hantar cepat-cepat…nak lagi cepat guna je e-filing
Tapi aku…lebih suka manual. Kuno betul!

PppSSSsssT:

1. 30 buah sekolah di Kelantan akan dilengkapi penapis air
2. Pembinaan landasan berkembar Gemas-Tumpat sedang dipertimbangkan
3. BN sediakan manifesto khas untuk Kelantan
4. Lagi???? tu je? Jalan kat kampong aku bila nak turap?
5. Geretok bila nak tukar?
6. Perpustakaan awam bila nak buat?
7. perkhidmatan bas masuk dalam kampung bila nak ada?
8. Huihhhhh! boleh tahan jugak TAMAKnya aku kan? hu hu hu


Selasa, 24 April 2012

Datuk Seri Shafie Apdal Nafi Beri Zahida Rafik Wang Sebegitu Banyak


Inilah namanya dunia artis dan dunia politik
Bukan semua orang boleh hadapi
Sebab tu awal-awal lagi aku tak jadi artis @ masuk politik
Kang tak pasal-pasal aku mengamuk bila keluar cerita
Macam-macam…2 golongan ni memang jadi tumpuan

Sejak minggu lepas heboh cerita tentang artis Zahida Rafik
Dikatakan hidup mewah ditanggung VIP
Korang lagi tahu pasal semua gossip segala tu
Tapi aku sangat teruja bila Datuk Seri Shafie Apdal
Nafikan semua cerita yang mengatakan beliau "beri wang begitu banyak"
kepada artis Anak Mami tersebut
Errrr....sikit bagi tak? Sila percaya ya kata beliau
jangan pandang serong kat orang, tak baik...
Berikut aku petik tentang penafian beliau;

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal semalam mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang kepada seorang artis, Zahida Rafik.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau:

Saya mengikuti rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. KP. 740214-14-6237) no repot AMPANG/007017/12 bertarikh 13hb Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik.

Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebar luaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

Opsssss! report polis pun boleh buat main ek?
Mmmm siap no IC lagi disebarkan merata alam
Tetiba je si Noor Azman tu popular glamer mengalahkan artis
Errrrr…sebenarnya entri ni bukannya pasal skandal mewah artis tapi...
aku nak tulis pasal kejadian pelajar UPSI yang terjatuh
dari tingkat 5 bangunan e-learning, meragut nyawanya dua hari lepas
macam skandal artis pula, macam-macam spekulasi timbul
laporan akhbar pun berbeza-beza juga
kalau baca kat blog, lagi macam-macam yang ada
macam mereka pun ada kat tempat kejadian
Aduhaiiii….tak tau nak kata apa

sama-samalah kita sedekahkah alfatihah
kita tak tahu apa yang berlaku sebenarnya
usahlah tuduh dia bunuh diri ke, sengaja terjun ke,
atau kita menghukum arwah...hanya Allah yang maha tahu

Peluang Mohon Semula BR1M


Ikut kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein:
Tempoh rayuan BR1M dilanjutkan sehingga hujung bulan ini
manakala tarikh sah laku baucar BR1M ditetapkan sehingga 15 Mei,

Pemohon yang gagal mendapatkan bantuan kewangan
program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
masih ada peluang untuk membuat semula
Permohonan yang gagal antaranya kerana permohonan bertindih,
maklumat pemohon, pasangan dan tanggungan tidak lengkap,
pendapatan isirumah melebihi RM3,000 serta
pemohon atau pasangan termasuk dalam kategori pembayar cukai pendapatan

BR1M diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira kaum,
Agama, latar belakang politik
hampir 207,383 nama yang disenarai di bawah e-Kasih,
isirumah yang menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
Orang Asli yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli masih belum memohon
Hingga 17 April, BR1M melibatkan peruntukan RM2.1 bilion
dan memanfaatkan 4.3 juta isi rumah atau 66% jumlah isi rumah

Masa balik kampong bulan lepas aku ziarah pakcik belah Mek
yang tak sihat…maklumlah usia pun dah lebih 70 tahun
dukacitanya, dia gagal dapat BR1M, entah mana salahnya
bila semak semula, rupanya orang yang tolong isi borang untuk dia
buat dia ada pendapatan…RM400 sebulan
padahal, orang tua tu nak langkah bendul pun gigil-gigil lutut
aku pun tak faham macam mana cikgu yang isi borang untuk dia
boleh nyatakan dalam borang tu dia ada pendapatan,
entah siapa yang bagi orang tua tu gaji
itulah jadinya kalau minta tolong orang yang buat
ada masa kepala otak orang kita tak tahu ada jambul ke tidak
nak kata tak cerdik…kerja gomen lagi tu

kepada yang ada masalah untuk dapatkan BR1M ni walaupun sebenarnya layak
bolehlah buat permohonan semula
masih ada masa beberapa hari lagi
mana tahu masih ada rezeki…


Isnin, 23 April 2012

Reen Rahim Juara Pilih Kasih Musim Ke Tiga

Reen Rahim telah diumumkan sebagai juara rancangan Pilih Kasih Musim ke 3
satu rancangan realiti TV lakonan di RTM

Reen meraih peratusan undi SMS tertinggi bawa pulang RM10, 000 tunai
sijil simpanan premiun bernilai RM25,000
barang kemas dan baucer percutian ke Bali
(Nak ikuttttttttttttttttt!)


tempat kedua: Hakim Yazid (Selangor)
dan ketiga: Marina Jose (Sarawak)


selama sepuluh minggu rancangan ini berlangsung
akhirnya keputusan diumumkan malam ni dengan empat kategori hadiah
tempat pertama, kedua dan ketiga serta anugerah khas TM


Ahad, 22 April 2012

Berita Palsu Bob Kuman Meninggal Tersebar


Aku memang tak pernah terlepas ikuti beberapa blog
tiap kali mereka kemas kini blog dengan entri baru
sibuk sangatpun, paling tidak aku aku baca seminggu sekali
gali semuanya sekali harung
biasanya akan terjah tiap hari

Sejak seminggu ni, sdr Mazidul kerap kemaskini
tentang status dan keadaan kesihatan terkini artis Bob Kuman
Husni Mohd Rawi, 41, baru-baru ni dapat rawatan di hospital
dan terlantar di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara.

Hingga semalam, alhamudillah kesihatan Bob makin baik
lebih ceria dan sihat walaupun dibantu alat pernafasan
tahap kesihatan Bob kini sentiasa dipantau
oleh pembantu perubatan di rumahnya.

Malah, ramai juga insan prihatin membantu meringankan beban Bob
termasuk orang politik, pusat zakat, sinar harian dll
semuanya mengharapkan agar dia cepat sihat
malangnya, masih ada juga orang kita
menjadi penyebar fitnah secara maya
menulis khabar angin mengenai kematian pelakon dan pelawak ni
melalui beberapa laman social

Aku pun tak tahu apa motif orang yang Tak Bertamadun ni
belum kena kepala sendiri, bolehlah buat hal kan
jangan kata benda sama tak kena kat dia nanti
hidup kan umpama roda, sekejab je kat atas
dah turun ke bawah nanti, barulah tahu.

Tak payahlah bergurau bersenda tentang hidup dan mati orang
kelak orang bergurau canda pulak pasal hidup mati kita
apa nak jawab nanti?


Sabtu, 21 April 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG PENOLONG AKAUNTAN


Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang diperlukan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan : Penolong Akauntan
Gred : W27
Kumpulan : Sokongan
Taraf Jawatan : Sementara selama setahun (boleh dipendekkan atau dilanjutkan berdasarkan prestasi semasa kakitangan)

Cara Memohon
Bagi calon-calon warganegara Malaysia yang berminat untuk jawatan di atas, sila lengkapkan borang permohonan yang disertakan. Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dikemukakan bersama dengan 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berserta resume lengkap dengan menyatakan 2 atau 3 orang referee di dalam resume tersebut.

Borang permohonan dan kesemua dokumen tersebut perlu dihantar melalui emel kepada farlizaz@ppukm.ukm.my atau secara pos ke alamat berikut:

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal,
Pusat Perubatan UKM,
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Farliza Zakaria di talian 03-9171 8461 ext 103.

Tarikh tutup permohonan : 11 Mei 2012 (Jumaat)


Sila baca sendiri Iklan penuh kerja kosong sebagai Penolong Akaun dan maklumat lanjut.




Jumaat, 20 April 2012

Keputusan Permohonan Matrikulasi diketahui 25 April 2012

Kepada adik-adik lepasan SPM yang sedang menunggu dengan penuh debaran
Keputusan permohonan ke Matrikulasi tahun 2011/2012

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
pengumuman keputusan keputusan permohonan ke matrikulasi sesi 2011/2012
pada 25 April, semua calon boleh menyemak keputusan mereka
di laman web KPM di www.moe.gov.my.
Pendaftaran pelajar untuk program matrikulasi akan diadakan pada 28 Mei
pelajar yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran,
panduan pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan
borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Calon yang tidak Berjaya boleh buat rayuan di laman web KPM yang sama
mulai 25 April hingga 13 Mei 2012

Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM & SKM Program TEVT/ILKA



Kepada adik-adik lepasan SPM & SKM yang telah memohon
Program TEVT/ILKA mesti dah tak sabar-sabar nak tahu
Berjaya tidaknya permohonan untuk meneruskan pengajian
Semakan panggilan temuduga lepasan SPM & SKM program TEVT/ILKA
boleh disemak melalui laman web :

ILJTM
IKBN/IKTBN
CIAST

Selamat menyemak!

Sesi Temuduga bagi AMBILAN SEPTEMBER 2012
akan bermula pada 23 April 2012 (Isnin) - 26 April 2012 (Khamis).


Kucing Untuk Didermakan


Ada sesiapa suka kucing tak?
sayang kucing? gemar bela kucing?
jika anda tergolong dalam kategori itu
sila baca entri ini hingga habis

Aku sebenarnya tak selesa dengan kucing
sebab geli dengan bulu dia
lagi tak suka kalau kucing tu suka melingar berbelit di kaki
salah hari secara refleksi aku akan tersepak
tak ada niat nak sepak tapi memang secara tak sengaja
kaki akan tersepak kucing…kesian kucing tu
sebab tu kalau aku nampak kucing
aku jauhkan diri cepat-cepat
tak nak aniaya haiwan
tapi masalahnya, kucing memang suka kat aku
suka datang kacau aku
suka lompat duduk atas riba aku
suka masuk rumah aku
suka juga berak depan rumah aku
melepas dalam pasu bunga aku juga
sekali dengan depan pintu pagar pun dia boleh melabur
adussssssssssssss!

Sebulan dua dulu jiran bujangan sebelah bela kucing
kucing tu pulak suka sangat cari aku
asal aku balik, terus terkam pintu pagar
macam aku pulak tuan dia
tu belum kira jadikan pasu bunga aku tu toilet
bengkak je hati…tapi aku sabar je

Ahad lepas, masa basuh cawan kat sink
sink kat rumah tu kat luar pintu dapur
walaupun masih lagi dalam grill
tetiba je ada 5 ekor anak kucing yang sangat comel
2 hitam, 2 oren dan seekor kelabu belang-belang macam mak dia
mengigau manja tegur aku
Fuhhhhh! Tarik nafas sekejab.

Kucing-kucing ni sangat comel dan manja
aku sangat percaya mak kucing ni kucing parsi
selalu aku tengok kawasan rumah aku tu
tengok bulunya yang gebu tu memang geramlah
tapi bila bayangkan dia akan manja besar nanti
akan lompat-lompat panjat duduk riba
melingkar melilit kat kaki yang akan secara tak sengaja
aku pasti TERsepak dia
Opssss! Jangan aniaya haiwan, berdosa tau!

Jadi, ada tak sesiapa yang sudi untuk ambil 5 ekor anak kucing tu
untuk bela dan jaga dengan baik
kalau nak aniaya dan buat tak tentu baik tak payah
aku nak derma kucing ni kepada orang yang sayang kucing
orang yang suka kucing,
orang yang akan jaga kucing tu elok-elok
sebab, aku tak mampu nak buat semua tu

ada tak sesiapa sudi terima anak kucing tu?

Sebenarnya aku tulis entri ni Ahad lepas lagi
siap google semua tempat yang boleh pergi letak 5 ekor anak kucing tu
siap telefon dan tanya sesiapa yang rasa suka bela kucing
semuanya tak berjaya...bila balik rumah Isnin petang
tetiba je semua anak kucing tu dah tak ada
sampai sekarang tak ada lagi
agak-agak dia merajuk tak?
aku bukan tak sayang dia, bukan tak suka
tapi...aku tak mampu nak jaga
dari dia teraniaya bawah jagaan aku
baiklah aku serahkan kepada orang yang mampu
mmmmmmmmmmmmm...sedihnya Sob! sob! sob!



Khamis, 19 April 2012

Pengalaman Ngeri Dalam Pesawat Rosak Enjin


kalau ada yang baca mstar semalam
seorang blogger Ahirudin Attan dikatakan
menceritakan pengalaman cemas dalam pesawat MAS
Malaysia Airlines (MAS) MH002 yang berhadapan dengan masalah enjin
ketika baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
ke London malam Isnin dalam blognya, Rocky's Bru

anda boleh baca pengalaman cemas berkenaan bawah tajuk
Penumpang Cerita Saat-Saat Cemas Dalam Pesawat MAS

Pesawat berkenaan berlepas jam 11.40 malam telah patah balik
ke KLIA semula dan melakukan pendaratan kecemasan jam 2.05 pagi
setelah dua jam berlegar di ruang angkasa KLIA untuk buang bahan api
sebagai langkah keselamatan bila mendarat
dalam kejadian ini 351 penumpang dan 21 anak kapal selamat.
Alhamdulillah. Trauma dengan kejadian itu
dah pasti akan ambil masa untuk pulih

Cuti sekolah lepas, anak buah aku Siti Hajar
gembira nak balik kampong dengan kapal terbang
bila dah naik…takut pula dia tang memecut naik
dan mendarat…ada gegar sikit sampai trauma budak tu
mengigau-ngigau beberapa hari

Terdiam juga aku beberapa saat bila tengok berita perdana
Mungkin bagi orang lain, itu cerita biasa
Tapi kalau kita pernah alami, walaupun boleh kata
“perkara biasa” namun hakikatnya hati tetap kecut
Gegar sikit langgar awanpun dah bergegar jantung

Percaya tak kalau aku kata aku pernah alami peristiwa macam ni?
Masa awal-awal kerja dulu, aku banyak buat tugasan luar
Boleh kata setiap hujung minggu
MAS tu dah jadi macam bas, naik bas pun tak sekerap naik MAS
Hingga sampai tahap dah tak boleh masuk kabin lagi
Dah tak tahan dengan bau pewangi udaranya
Hingga aku pernah cadangkan dengan MAS supaya
Tukar pewangi udara yang lain…kalau tak, aku muntah
Ada MAS nak dengar cadangan aku, tak ada punyalah!
Lainlah kalau aku ni permaisuri mana-man sultan
Hu huh u perbandingan yang sangat melampau kan?

Satu kali aku diarahkan ke Kota Bharu
Bukan senang untuk aku dapat Kota Bharu dan balik kampong
biasanya orang lain dah rembat awal-awal
entah macam mana kali tu giliran aku
jadi aku balik awal sehari dan balik kl lewat sehari
dapatlah dua malam kat kampong
masa penerbangan balik KL aku sengaja pilih awal malam
jam 7.45 tak silapnya, taklah lewat untuk keluarga datang hantar
sampai KLIA pun tak lewat sangat, sedang elok sahaja.

Petang tu hujan. Masa pesawat bergerak ke landasan utama
hujan masih lagi gerimis, landasan basah
belum sampai landasan utama tiba-tiba rasa hentakan kuat
terus kapal terbang terhenti kat situ
senget sikit aku rasa. masa terhentak tu
pramugari sedang tunjukkan langkah-langkah keselamatan
hampir terlentang dek berhenti mengejut itu

Masa tu aku kat tepi tingkap
walaupun gelap boleh nampak suasana dah kelam kabut kat luar
kat dalam pesawat tak ada orang tahu apa yang jadi
tapi hati aku rasa tak sedap
akhirnya penumpang diarahkan ke terminal semula
bila turun pesawat baru nampak enjin dah cecah tanah
pesawat memang senget, tayarnya terbenam dalam tanah
masa ni masih lapangan terbanbang sultan Ismail yang lama tu

Walaupun ada pesawat ganti lain jam 12 tengah malam
diri yang sangat penat menunggu tetap rasa tak selesa
macam-macam terbayang macam-macam
faham ajelah imaginasi aku ni bukan dekat, jauh memanjang
macam-macam sangkut kat kepala otak
risau tetap ada kalau-kalau jatuh
kalau-kalau angin kuat
kalau-kalau yang macam-macam
itu baru kemalangan yang berlaku di bumi
perasaan terbawa-bawa hingga awan juga
apalagi bila mereka terpaksa tunggu berjam-jam di atas sana
perasaannya lagilah berkocak sebab tak boleh jangka
setiap saat berpeluh, boleh sakit jantung…
belum kira apa akan berlaku bila mendarat nanti

dalam dok risau macam-macam tu
dok gagah jugak tak telefon kampung
kalau telefon, kang dapat arahan balik KL dengan bas
padahal Isnin dah nak kerja...

kalau tak jumpa dan rasa pengalaman sebegini
ramai yang lalai dan lupa
betapa bererti dan mahal harganya nyawa itu…

Rabu, 18 April 2012

CEBAR tu Apa Dia?


Chong Wei Olahragawan Kebangsaan 2011



Lee Chong Wei yang berada tangga teratas dalam rangking dunia
Selama 40 bulan telah dinobatkan sebagai olahragawan kebangsaan 2011
Manakala Pandelela Rinong (terjun) sebagai olahragawati Kebangsaan
Mengalahkan kedudukan mantap Nicol David sebelum ini

kejayaan Lee Chong Wei dari sukan badminton
sebagai Olahragawan Kebangsaan 2011 memang dah jangka
ingatkan ratu skuasy Negara kita yang comey lotey
Nicol Ann David merebut anugerah Olahragawatinya
Aku pulak yang kechiwa bila ramalan tidak tepat
Namapun ramalankan, memanglah tak tepat
Jangan nak dok meramal acap sangat ya

Tahun ni hadiah bagi pemenang Olahragawan dan Olahragawati
Telah dinaikkan 100 peratus. Pemenang kedua-dua kategori
akan menerima RM20,000 berbanding RM10,000 tahun sebelumnya.
kategori Pasukan Lelaki Kebangsaan dan Pasukan Wanita Kebangsaan,
juga dah dinaikkan kepada RM20,000 atau RM3,000 seorang,
sebelum ni dapat RM10,000 atau RM1,500 seorang sahaja

Iklan Kekosongan Jawatan di UKM


Kepada anda yang layak dan berminat untuk kerja di UKM ni
Bolehlah mohon sekarang
Dah lama UKM tak keluarkan iklan untuk kekosongan jawatan baru
Tahun lepas hanya iklankan kenaikan pangkat untuk kakitangan sahaja
Iklan berkenaan adalah seperti berikut;

Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Sains C41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Pegawai Keselamatan Kp41
4. Pegawai Penyelidik Q41
5. Pegawai Pergigian U41
6. Penolong Jurutera J29
7. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
8. Penolong Pegawai Sains C27
9. Penolong Akauntan W27
10. Pereka B17
11. Juruteknik Komputer Ft17
12. Juruteknik J17
13. Pelukis Pelan J17
14. Pembantu Keselamatan Kp17
15. Pembantu Tadbir (P/O) N17
16. Penyelia Asrama N17
17. Pembantu Setiausaha Pejabat N17
18. Pembantu Perpustakaan S17
19. Pembantu Pembangunan Masyarakat S17
20. Pembantu Pembedahan Pergigian U17
21. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
22. Pengawal Keselamatan Kp11
23. Tukang K3 R9
24. Pembantu Am Pejabat N1


Iklan kerja kosong di UKM http://ewarga2.ukm.my/eiklan/peluangkerja.cfm

Mohon online di http://www.ukm.my/ejob

Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Tarikh tutup permohonan: 30 April 2012


Selasa, 17 April 2012

Dah Dapat Wang Kertas Baru?


wang kertas Malaysia siri baru dah berada dalam edaran mulai semalam
ada sesiapa yang dah dapat wang kertas baru tu?
teruja nak tengok versi baru wang kertas malaysia
dengarnya wang kertas baru tu bertemakan 'keunikan malaysia'
terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100
Wang kertas RM50 dalam siri ini telahpun berada dalam edaran
sejak bulan Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran
jadi tak payahlah nak tunggu yang ni
kita tengok yang lain ya…

harapnya, bila wang kertas baru beredar di pasaran
tak timbul masalah dengan macam-macam mesin yang selalu kita guna
jangan pula jadi macam wang syiling baru tu pulak
errrr sampai sekarang pun belum semua syiling baru
sampai ke tangan aku
yang dua puluh sen dan lima send ah tengok
yang lain tu belum lagi

agaknya, berapa lama nak tunggu
baru wang kertas baru tu boleh sampai kat aku ya?
Errrr….lupa pulak, aku ni kan jarang shooping
Lambatlah gamaknya!

Hari tu umumkan edarannya bermula semalam
alih-alih bagi tahu semula edarannya bulan Julai depan
hu hu hu tersentap jap mimpi aku nak tengok wang kertas baru
Alahaiiii!
Lambatnya Julai nak datang kan?

Cikgu Lisa Surihani Akui Kerjaya Guru Sekarang Lebih Mencabar Berbanding Dulu

Pelakon Lisa Surihani mengakui kerjaya guru kini
berdepan dengan cabaran berganda berbanding 9 tahun lepas
masa Lisa Surihani pernah jadi cikgu sandaran

Lisa Surihani dan suami terchenta Yusry Abdul Halim
antara selebriti menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week'
mereka memainkan peranan sebagai guru
di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya, Klang

aku pun nak masuk tingkatan 1 semula kalau Cikgu Yusry & Cikgu Lisa yg ajar


memang tak mudah jadi cikgu, tapi…
kalau cikgu Lisa Surihani atau Cikgu Yusry yang menajar
aku sangat pasti masalah ponteng dan tidur dalam kelas
dah berjaya diselesaikan sebahagiannya hu hu hu boleh gitu?

PssssT: kalau Tanya aku pasal adik-adik kita yang bina khemah
Di Dataran Merdeka dan lakukan demo untuk mansuhkan PTPTN tu
Aku hanya akan jawab:
Dik, masa cuti dah habis. Baliklah kampus sambung belajar semula,
siapkan semua assignment dan siap sedia
untuk masuk dewan peperiksaan.
Dapatkan CGPA 4.0 dulu sebelum nak berdemo
Akuilah, dunia memang tak adil sebab tu ada Hari Pembalasan
untuk balas semua baik dan buruk kita buat di dunia
tapi jadilah kuat dan miliki sesuatu
Sebelum berjuang kerana kalau adik-adik “mati katak”
Siapa nak perjuangkan golongan seterusnya?
Siapa nak berjuang untuk keluarga kita?
Nak berjuang kena ada strategi…kena ada kuasa
Cari kuasa dulu, sebelum dapat kuasa kena ada ilmu
Dah ada ijazah, ada kerja, ada kuasa…dah jadi Perdana Menteri
sambunglah perjuangan itu semula
kot masa dah ada semua tu...lupa pulak nak berjuang
sibuk dok ukur hutan balak mana nak pergi teroka hu hu hu
Boleh gitu?
Aku tahu ramai tak setuju, tapi usah terlalu fikirkan diri sendiri
Fikirkanlah ibu bapa dah tua letih dah dok hadap batang getah
Yang selalunya murah harga, kadang-kadang je naik harga
Tu pun kalau ada ladang sendiri…kalau pawah,
Sampai tumbang pokok kita torehpun
Tak akan kaya!


Isnin, 16 April 2012

Pak Mat Tempe Si Tukang Urut


Kebelakangan ni memang tak sempat langsung nak baca akhbar
akhbar online pun jelling sekilas je
walaupun aku tahu perkembangan semasa
memang sangat perlu untuk tahu
maklumlah, macam-macam hal tak masuk akal
kita boleh jumpa dalam akhbar sekarang ni
sekali fikir memang pening
buat tak tahu ajelah tapi tetap kena ambil tahu
karang macam katak bawah tempurung kaca
yang ditutupi kotak diletak hujung kampong pulak
huh! Berbelit! Sila jangan pening!

Bila baca cerita tentang Makanan atas ‘badan’
di Harian Metro, kepala otak aku yang berjambul ni
mulalah kementot jambulnya
lelaki yang berasal dari Timur Tengah dan berwajah kacak
gaya tak payah katalah…sekali pandang macam Amir Dieb
sanggup dibayar RM600 dan kita boleh dilakukan apa sahaja
terhadap mereka, termasuk melihat ‘anu’ Fuhhhhhhhhhhhhhh!
Biar benar ni! Kalau lelaki tempatan RM75 je
Errrrr murah sikit huh u hu boleh cari di pusat urut

Dulu-dulu aku ingatkan pusat urut tu
Tempat perempuan baru bersalin pergi berurut
Pusat refleksology tempat urut kaki
Opsssss! Nak buat macam mana kepala otak aku tak cukup jambul
Bila dah banyak sangat keluar cerita kat berita dan TV
Lama-lama aku rasa takut pulak nak lalu depan urut dan spa ni
Kesian kepada mereka yang buat urut, refleksologi dan spa yang betul

Ikut berita yang aku baca kat metro tu
Pakej mereka boleh termasuk perkhidmatan urutan secara bogel
dan urutan badan ke badan (B2B) sesama lelaki.
Errrr dulu-dulu selalu jugak tengok ayah berurut
Tak ada pun pakej macam ni
Mmmm lupa pulak, takat bayar RM10 kat Pak Mat Tempe
manalah adanya pakej B2B dan bogel bagai huh u hu
yang aku tak fahamnya bila ditulis:
“Ketika itu kami menempah 10 lelaki dari Timur Tengah
dan semuanya dibaringkan dalam satu bilik tanpa seurat benang
dengan makanan diletakkan di atas badan mereka”.

Minta maaflah ya, kepala aku ni kan tak cukup jambul
Jadinya kurang pikup sikit progressnya
Memori hanya 2GB je kot huh u hu
Jadinya aku tak faham macam mana boleh letak makanan?
Tak panas ke? Ada selera ke nak makan?
Hu huh u mentol aku memang dah PADAM kot


PsssT: Tahniah kepada artis jelita yang baru bertudung, Natasha Hudson
Selamat diijabkabulkan @ berkahwin dengan Carleed Khaza,
di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta
dikhabarkan tiada majlis resepsi dibuat
Tahniah diucapkan buat Natasha dan Carleed.
Semoga rumahtangga mereka diberkati dunia akhirat.


Geran MGA RM2 juta



Kalau bab juta-juta aku memang buka mata luas-luas
Mata duitan nak buat macam mana lagi kan
Bila PM Najib Razak umukan geran sebayak RM2 juta
Terus je aku lompat baca
Nak jugak tahu MGA tu apa ke bendanya
Sebelum ni tak pernah tahupun!

Geran berjumlah RM2 juta untuk Persatuan Golf Malaysia (MGA)
bagi program pembangunan melahirkan lebih ramai pemain bertaraf dunia.
Ohhhhh GOLF! Nak kena mula main golf lah ya

Perdana Menteri kata dana akan membangunkan pemain
peringkat akar umbi dengan memastikan pelan pembangunan sistematik,
kejurulatihan dan peluang untuk bermain.
supaya lebih ramai pemain Malaysia mampu bangkit ke tahap lebih tinggi

Errrr aku setuju je…makin ramai orang Malaysia pandai main golf
makin bagus, tau kenapa?
hadiah untuk sukan golf ni bukan calang-calang
kalau tak percaya cuba Tanya Harimau Kayu
Errrr Tiger Wood, tengok…entah berapa billion dia dah kumpul
hanya dengan main golf sahaja

Mmmm jom kita reramai main golf!

Ahad, 15 April 2012

Blogger Femes di TV al-Hijrah


Ni cerita tengahari semalam sebenarnya:

Dah lama tak tengok TV al-Hijrah sebenarnya
hari ni sambil mengadap kerja nak kena buat
sambil dengar TV Al-hijrah huh u hu hambek kau! Dengar TV tu!

Lupa pulak rancangan apa tapi kupasannya sangat menarik
tentang Manfaat facebook, twitter dan blog; mana yang lebih popular?
beberapa orang blogger telah dijemput
yang aku kenal hanya Yuyu Zulaikha dan Cik Epal je
kalau Yuyu Zulaikha dan Cik Epal tak perasan retis lagi
tak tahulah nak kata apa sebab aku ni memang payah nak kenal
orang-orang glamer ni kecuali Aaron Aziz dan Zed Zaidi
tu pun sebab mereka saling berkasih sayang di twitter masing-masing
opsssss! Baru hari ni aku tahu Cik Epal tu namanya Nur Munirah
teruk tak aku? Nasib baik nama sendiri aku tahu huh u hu

selain dua orang retis comel cantik jelita ayu rupawan
mengalahkan Rozita Che Wan tu, ada juga My amesthyst
dan seorang blogger kacak hensem macam Maher Zain
masa nyanyi lagu terbarunya Number One For Me
errr namanya Mohd Azhar Roslan tapi aku tak tau blogger mana satu
bila Tanya Enche Google yang hensome macam Datuk K tu
tetiba aku dapat maklumat ni pulak:

“dipetik dari Sinar Harian edisi Terengganu bertajuk
Curi kabel generator, bertarikh 15 March 2012:
Seorang pemuda dipenjara selama dua bulan dan
didenda sebanyak RM2,000 kerana memecah masuk serta
mencuri kabel generator milik sebuah hotel
oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Hukuman terhadap tertuduh, Mohammad Azhar Roslan, 27,
yang berasal dari Jalan Panji Alam di sini,
bermula dari tarikh sabitan dan turut berdepan dengan hukuman
penjara selama dua bulan jika gagal membayar denda.
tertuduh bersama seorang lagi yang belum dituduh
pada 11 Mac lalu, kira-kira jam 2 hingga 2.30 pagi,
telah memecah masuk stor dan mencuri satu kabel generator
di Hotel Ibai Inn, Jalan Tok Adis, di sini dan dituduh
mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan”

Huih! Bukan orang ni masih dalam penjara ke?
semuanya adalah kebetulan
maklumlah semua orang berpeluang untuk jadi retis
pada zaman teknologi tinggi ni
dunia kan tanpa sempadan jadi bukan sahaja kita yang celik IT
boleh jadi glamour di alam maya
orang buat salahpun turut jadi retis walaupun bukan dia
yang retiskan diri sendiri
jangan salah orang kita cari ya

Tahniahlah kepada para blogger yang dah jadi retis
Dan glamer merata alam ni
Mohon maaflah kepada blogger Mohd Azhar Roslan
Sebab tak dapat nak terjah blog dia
Tak kenal muka dia walaupun dia dah glamer sakan
sesiapa yang kenal blogger ni, bolehlah bagi tau blog dia yang mana satu ya
nak juga baca blog dia

Kemaskini:
terima kasih kepada Kak Ayu tuan punya Citarasa Rinduan
 sebab dah pecahkan kebuntuanku
mencari gerasan si blogger hensem tu
rupanya blog dia Erti Kehidupan
Azfar ya...bukan Azhar hu hu hu tengok satu huruf dah bezakan banyak benda
macam Hang Tuah jugakan, kalau letak B dah jadi Hang Buah
hu hu hu

Sabtu, 14 April 2012

Lebih Ramai Pelajar Antarabangsa Pada 2015


Bila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mensasarkan
150,000 pelajar antarabangsa akan menuntut di Malaysia pada 2015,
KPT dah buka pusat promosi di Dubai,
Jakarta, Bandar Raya Ho Chi Minh dan China
kepala otak aku yang berjambul ni tetiba je
terfikirkan benda lain
akan bertambah lagikah kebejatan sosial di negara ini
bila dikerumun warga Afrika terutama Nigeria
yang gunakan pas pelajar tapi datang untuk menyamun dan menipu
namun semua tu boleh kawal kalau
pihak berkuasa kita ketatkan permohonan mereka
dan pantau semua kegiatan pelajar-pelajar ni
sistem kan dah canggih, dah boleh buat online pun

Sehingga hujung tahun lepas, seramai 96,000 pelajar antarabangsa
sedang belajar di Negara kita. Kalau di IPTA masih boleh kontrol
tapi bila di IPTS tak terkemuka atau kolej-kolej yang tetiba je muncul
tanpa berdaftar dan diiktirafpun
rasa macam pelik je macam mana boleh wujud tetapi memang ada begitu
itu yang pening

Malaysia dah jadi tumpuan pelajar asing sejak peristiwa 11 September 2001
pelajar dari asia Barat tak boleh belajar di Eropah dan US
jadi mereka datang Malaysia tambah pula yuran kat sini
jauh lebih murah berbanding Negara lain
usaha mempromosikan Malaysia sebagai tempat pilihan pelajar antarabangsa
juga jadikan meningkatkan lagi kedatangan mereka
memang untung bila ramai pelajar asing ni datang
boleh jadi sumber pendapatan negara
masalahnya, ada yang ambil kesempatan dengan kelonggaran
penguatkuasaan di negara kita
tengoklah berapa ramai yang datang dari China kerja di rumah urut
berapa ramai lagi dari Nigeria yang datang tipu wanita tempatan kita

Aku hanya harapkan pihak berwajib
mempunyai cara tertentu untuk memantau pelajar asing secara lebih telus
supaya mereka yang datang ni memang betul-betul nak belajar
bukannya nak kaut untuk dan rugikan kita pulak
kalau kita telus dan pantau macam Negara maju lain
seperti US, UK, New Zealand ke…masalah ni tak timbul sebenarnya
bukan nak puja cara Negara mereka buat tapi
kalau memang baik apa salahnya kita tiru
tengoklah betapa ketatnya mereka menapis pelajar kita
kita pulak lepas pelajar asing semudah itu
hingga mereka boleh kaya raya buat jenayah
rosakkan Negara kita, warga kita, wanita kita pulak


Pijak Anak Berusia 2 Minggu hingga Mati?



Pijak bayi berusia dua minggu hingga mati?
hanya sebab kena tegur dek adik ipar yang tak tahan
tengok kakak dan anak buahnya diabai dan dipukul
setiap kali dia bertengkar dengan isterinya
tak puas hati, dia berang dan serang adik iparnya dengan parang
hingga cedera ringan di telinga dan jari kaki kirinya.
kejadian di Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam itu
babitkan lelaki berusia 40-an

Alahai…


Jumaat, 13 April 2012

Video Kes Sri Wani “Isteriku Seorang lelaki”


Ekoran kisah seorang bekas Dekan, Dr Baharom Sanugi
menfailkan bubar perkahwinan dengan Sri Wani Choo Abdullah
kerana mengesyaki isterinya itu seorang lelaki
Sri Wani akhirnya menggunakan saluran yang sepatutnya
memohon injunksi menghalang madu-madunya membuat fitnah kepadanya

laporan polis berkaitan gangguan terhadapnya seperti
diekori wartawan dan gangguan lain termasuk fitnah akan dibuat sama
dengar ceritanya, Sri Wani akan kemukakan saman RM6 juta
terhadap individu tertentu yang sedang merosakkan reputasinya
dan reputasi perniagaannya

Berikut adalah video pendek tentang hal ni
Jujurnya, aku boleh nampak betapa cantiknya dia…


Sri Wani terkenal sekelip mata apabila suaminya
failkan kes di Mahkamah Syariah Gombak Timur,
kerana mengesyaki jantina isteri ketiga yang dikahwininya pada 19 Ogos 2009 itu
Walau bagaimanapun, ibu saudara Sri Wani, Connie Chee,
Mengesahkan bahawa beliau adalah perempuan
Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian

Keputusan mengenai permohonan DNA akan diumumkan
Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 April ini.
kena tunggu minggu depanlah ya keputusannya. Sila bersabar!


sebuah akhbar tempatan telah menyiarkan gambar tempat tinggal
dan premis perniagaan Sri Wani tanpa kebenaran.
Dah tentu jejaskan maruah keluarga dan bahayakan keselamatan Sri Wani.
hingga ada yang berani ekori Sri Wani ke rumah,
belum kira lagi panggilan dari orang tidak dikenali
nak berkenalan, ajak kahwin dan macam-macam.
Ajak kahwin????? Gila ke apa…dia masih bini oranglah!
tak tau hukum betul itu punya olang huh u hu

sejak kisah ini diketahui umum, dia terpaksa sembunyi di rumah
kerana diburu media, dan individu tidak dikenali.
Sri Wani memerlukan sedikit masa untuk membuat pindaan afidavit
sebelum diserahkan bersama afidavit asal sebagai rujukan
Sri Wani turut memfailkan injunksi ‘ex parte’ (sebelah pihak)
terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan
mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Sri Wani memeluk islam pada 2001 dan berkahwin pada Ogos 2009
di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.
Menyedari isterinya seorang lelaki,
Bahrom membuat aduan di Jabatan Agama Gombak dan
diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.
sebelum prosiding selesai atas alasan perkahwinan diragui.
Kes ditetapkan untuk perbicaraan bermula 17 Mei ini.

Bagi aku, tak payahlah nak komen apa-apa terutama berkaitan
hal yang kita tak tahu apalagi bila ada kaitan tentang hukum hakam agama
biarlah orang yang lebih arif dan mahkamah kita tentukan
tak payahlah mempertikaikan mengapa selepas lebih setahun kahwin
baru sedar dan memfailkan faraq (pembatalan perkahwinan)
dah tentu banyak sebab banyak alasannya
bukan mudah untuk kita putuskan sesuatu tindakan terutama
bila kita orang ada nama ada pangkat
bukan sahaja kena jaga muka sendiri, nama tempat kerja kena jaga
maruah keluarga, isteri dan anak-anak juga kena pertimbangkan
belum kira lagi pandangan masyarakat terutama blogger
dan berjuta alasan lain yang kita tak tahu

Bagi aku juga, bila berlaku sesuatu yang sebegini
libatkan nama baik dan maruah orang lain
tak payahlah kita nak latah lebih-lebih sebab kita memang tak tahu apa-apa
tuan empunya diri yang lebih tahu
tak payah buat spekulasi dan tambah rumitkan lagi keadaan
tambah buruklan lagi situasi yang ada
Kenapalah kita tak fikirkan sejenak dan cuba untuk berada
dalam keadaan mereka semua

bila ada masalah (apapun) kita memang stress
orang keliling juga stress, jadi kita yang tak terlibat ni
tak perlulah ulas dan tambah kusutkan lagi masalah tu
patutnya kita turut bagi sokongan dan kekuatan kepada mereka
Sri Wani contohnya perlu kekuatan untuk diri sendiri
kena kuat untuk teruskan perniagaan, kuat nak jaga air muka
kuat untuk keluarganya, nak berdepan dengan masyarakat lagi
si suami pula nak kuat untuk diri sendiri,
kuat berdepan dengan isteri-isterinya yang lain,
kuat berdepan dengan anak-anaknya
keluarganya, kawan-kawan, masyarakat malah rakan sekerja
sejauh mana kita pernah terfikir tentang ini
atau sebenarnya kita hanya lepaskan komen tanpa fikirkan apa-apa?
sentiasa anggap kita je yang betul
kita je yang pandai...orang lain semua tak betul, tak pandai

Hanya orang yang pernah hadapi ujian berat sahaja
akan lebih faham bagaimana kesukaran mereka

mungkin ramai tak suka pendapat aku, aku tak kesahpun
namun bagi aku yang pernah terduduk dengan ujian besar sebegini
(kes je berbeza, ujian tak sama namun perlukan kekuatan besar juga)
untungnya kes aku tak masuk muka depan akhbar
dan jadi jutaan entri para blogger, yang aku sedar adalah:
bila kita diuji, bukan hanya kita sahaja terima ujian itu
namun semua orang di sekeliling kita
ibu bapa, pasangan, anak-anak, adik beradik, kawan-kawan
malah masyarakat juga
ada kala kita memang mampu untuk berdepan semua kesukaran
namun orang-orang di sekeliling kita yang gagal
dan kita, akan lebih mengenali siapa yang benar-benar
mampu kita harapkan
ada masa memang kita perlukan mereka bantuan kewangan
kalau tak mampu tolong, maknanya mereka tak ada duit
walaupun ada juga yang tak mahu tolong
namun kegagalan yang paling besar adalah
bila mereka juga gagal untuk mempercayai kejujuran kita
dan terpedaya dengan kata orang lain
bukan susah sangatpun sebenarnya
kita hanya nak minta mereka percaya sahaja
“sila percaya aku!” tak payah pakai modal apa
namun inilah yang paling sukar dan mahal
dan andainya kalian jumpa seseorang yang sangat percayakan kita
biar apapun keadaannya, maka itulah orang yang tidak patut untuk diabaikan 
dalam hidup ni sebab orang sebegini sangat sukar untuk kita jumpa
sangat kita perlukan untuk beri kekuatan kala kita goyah
dengan segala ujian kehidupan.

Biar apapun yang berlaku antara Sri Wani dan suaminya
dan madu-madunya atau anak-anak tirinya
hanya mereka yang tahu hanya Allah yang tahu
usahlah kita tambah luka yang ada dengan perahan limau
berikan mereka masa untuk selesaikan dan kita sama-sama doa
agar semuanya berakhir dengan sesuatu yang sepatutnya
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang kita jarang nampak
namun aku sangat percaya itu sebagaimana aku jumpa
sebegitu banyak kasih sayang Allah dan hikmah tersembunyi
yang Allah nak tunjuk. Sebelum tu aku buta
bila Allah beri peringatan, putaran hidup aku sangat berubah
namun aku syukurinya kerana kini Dia telah tunjukkan
apa yang aku tidak pernah tahupun sebelum ini.
Jadi, sama-samalah kita berfikiran positif.

Bila jadi kes seumpama ini
Aku dapat ilmu baru tentang undang-undang keluarga Islam
Sebelum ni tak tahu sangat, sekarang celik mata sikit tentang:

“Mana-mana individu sama jantina yang berkahwin boleh didakwa mengikut Seksyen 11 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan jika sabit kesalahan, mahkamah berhak membatalkan perkahwinan tersebut,”

Betul! Aku tak pernah ambil tahupun tentang ni
sebelum ini…biasanya aku tahu tentang hal-hal berkaitan diri je
walaupun kadangkala terbabas juga ilmu tak berkaitan
tapi ilmu ni ilmu baru bagi aku
kena ucapkan terima kasih juga dengan kes ni

Wahhhhhhhhhhhh panjangnya entri hari jumaat petang ni
walaupun sebenarnya hanya nak tulis
"selamat balik kampong Cik Bintang,
sila memandu dengan berhemah di lebuh raya"


Video Gempa di Aceh 12 April 2012

Kalaulah kita sendiri yang berada di sana
tidak tahu entah bagaimana kita
sempena hari jumaat ini aku kongsikan beberapa video
tentang kejadian gempa pada rabu lepas

Berita awal tsunami di malaysia


Di banda, Aceh: Panik. Tak tahulah kalau aku ada sama kat sama


Di Padang: perkarangan hospital dan jalan raya


Laporan TV …semasa goyangan gempa


Rakaman amatur wilayah Ulele



gempa 8.8sr kawasan banda aceh.. wilayah ulele..
(kawasan ni adalah kawasan yang musnah dibadai tsunami 2004,
Berhampiran pantai)
orang orang panik.. dan melarikan diri.
air laut sempat kering (surut dengan cepat )...
tapi 3 jam kemudian air kembali normal. Suasana tetap waspada..

Laporan TV di Nias


Di Danau Toba


Pengumuman Gabenor Indonesia di TV


Tiba-tiba aku terkenangkan Pak Sani dan keluarga mereka
di sana…harapnya semua baik-baik sahaja

Yuna dalam Program Conan TV US


Bangga dengan artis comel molek manis jelita Yuna
Diundang dalam Bual Bicara dikendalikan Conan O’Brien di TV US
Yuna buat persembahan nyanyi lagu Live Your Life dalam salah satu
Rancangan Paling popular di Amerika Syarikat.

Bangga tak? Bangga tak?
Banggalah jugak sebab aku memang dah tahu
aku ni tak akan muncul kat TV US tu macam Yuna huh u hu sedar diri gak aku ni

Yuna Performs "Live Your Life" - CONAN on TBS


Muncul sebagai Penyanyi Wanita Popular semasa ABPBH 2011
memang tak hairanlah kalau Yuna mampu pergi jauh
di peringkat antarabangsa sekalipun
sebelum ni pun banyak pencapaian dia
bukan sahaja jadi duta Canon
Duta Samsung galaxy note juga

Seronok juga menonton satu program TV…lupa dah program apa
Tengok Yuna bawa keluarga melancong Eropah
Pergi Paris dan Itali lagi tu…
Hu huh u tetiba terkenangkan kebab sedap kat lorong belakang Notre Dame
Masa yang sama dia ambil kesempatan buat penggambaran
projek MHbuddy Greets The World Travelogue,
untuk siaran di laman sosial penyanyi ini.
Kerjasama dengan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
MHbuddy Greets The World Travelogue
Promosikan percutian mmmmm MAS taja percutian Yuna dan keluarga rupanya
Bilalah pulak MAS nak taja percutian aku ya?





Khamis, 12 April 2012

Rita Rudaini Aidil Zakuan Bercerai?



Bulan lepas heboh dan meriah dengan kisah percintaan
pertunangan, perkasihan, perkahwinan dan bulan madu artis
Fasha sandha dan jejai, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya,
Lisa Surihani dan Yusry, Liyana Jasmey, …Kisah-kisah manis semuanya,
tetiba masuk bulan ni
bukan sahaja seminggu dua lepas geger gegak
dengan isteri ke tiga bekas dekan USIM Sri Wani yang comel
diragui status jantinanya lelaki atau perempuan
dalam fail permohonan pembatalan perkahwinan
atau yang paling popularnya tentang
perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai pada 27 April nanti
Errrr…aku kena jemput tak?
Kalau ada yang jawab ya tu…memang nak kena ketuk kepala
Hu huh u aku bukanlah sesiapa di hati Jejai untuk dia jemput

Merebak juga tentang tawaran hadiah RM100 ribu
jika berjaya membuktikan memang benar
ketika kehangatan ABPBH 2011 di Genting Higlands
malah kemenangan Aaron Aziz sempat dipertikaikan
berlanjutan pula dengan kemelut Zed Zaidi dan Aaron Aziz
saling berbalas tweet hingga aku pula yang migrin
pelakon luar bagi Zed Zaidi hanyalah macam pembantu rumah
huh u hu boleh bayangkan apa reaksi
peminat Aaron Aziz pelakon kacak itu?
sakit kepala setiap hari dengan kekalutan dunia
yang macam-macam peel belum masuk peel aku

hangat betul dunia ni dengan macam-macam cerita
belum campur dengan cemasnya bila Aceh dilanda gempa
dibimbangi berulang semula tragedi tsunami besar 2004.

Cerita retak menanti belah rumahtangga artis jelita
pelakon cantik ayu manis Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
dah lama tersebar, boleh kata sepanjang usia perkahwinan mereka
hingga dikurniakan dua orang cahaya mata
tak pernah tenang dengan gossip dan khabar angin
namun masih jua bertahan walaupun macam-macam cerita timbul
termasuk hubungan Rita dan Ayu Raudah
Rita Rudaini dan Aidil Zakuan dah cerai ke?
belum cerai tetapi dalam permohonan bercerai.

Aku tak nak  komen banyak pasal perkahwinan mereka
atau kisah permohonan cerai mereka
itu kisah mereka yang hanya mereka sahaja patut tahu
yang aku nak nyatakan kat sini adalah:
anak-anak mereka masih kecil
sangat perlukan kasih sayang dan perhatian
sangat perlukan pengisian emosi
jadinya, utamakan mereka dari diri sendiri