Memaparkan catatan dengan label pesta buku antarabangsa KL 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pesta buku antarabangsa KL 2012. Papar semua catatan

Sabtu, 28 April 2012

Bersih di PWTC

Masih penat...sangat penat
penat minda, penat fizikal...penat perasaan

Pagi-pagi tak berapa nak buta tadi, pekena roti telor
baik punya neskepe kaw kaw kasi celik mata
kemudian melompat-lompat unta (unta melompat ek?)
ke PWTC untuk operasi Bersih 3.0

Sesak sedikit sejak Sri Petaling hingga depan Istana Negara (lama)
kemudian lancar... lepas tu tak lancar sebab tak boleh masuk jalan ke tempat nak tuju
pusing sana sini akhirnya berjaya juga parking atas bumbung Hentian Putra
lalu bermulalah operasi membersihkan poket di Pesta Buku Antarabangsa KL 2012



















Banyak gambar aku rakamkan walaupun tak ada muka aku
rasa nak kongsi dengan semua
terutama kepada yang belum pergi PWTC lagi
boleh dapat hadiah kereta di Pesta Buku KL 2012 kali ni
tak percaya? Jangan lupa pergi ke ITNM ya...

Gambar-gambar yang aku ambil sepanjang hari ni
lain kalilah ya aku tampal kat sini
mungkin Isnin baru sempat muatnaik, dah basi kot masa tu
malam ni kena tidur awal dan rehat cepat sikit kumpul tenaga
esok seharian akan di KL, jangan ada lagi perhimpunan yang
menyekat laluanku sudahlah ya

Novel pertama beli: Travelog Beijing














Kalau kalian nak tengok video sepanjang perhimpunan duduk bersih 3.0
atau gambar-gambar perhimpunan bersih 3.0 kat sini
rasanya tak ada kot
aku tak laratlah nak pergi Dataran Merdeka dan bersesak berpeluh berpanas
serta buka peluang untuk kecederaan kepada diri sendiri
sebab masih banyak tugas lain aku kena buat
aku kena berjuang untuk diri sendiri dulu,
sebelum berjuang untuk orang lain
lagipun corak perjuangan kita berbeza
penatlah bertempik sorak ni, biar aku berjuang diam-diam
tapi kesannya hingga ratusan tahun
walaupun aku sendiripun dah dimakan cacing
macam kata Ustaz Azhar Idrus selalu dok khabor tu hu hu hu


Kepada anda yang nak tengok gambar-gambar bersih 3.0
nak tengok video sepanjang berlangsungnya Duduk Bantah Bersih 3.0
bolehlah tengok di FB Puan Ainon Mohd
tapi...aku sangat kagum dengan satu video tentang
perhimpunan duduk bantah bersih 3.0 di Australia
AMAN je...kenapa kita tak boleh aman di KL?



















selamat malam dunia...poket aku dah BERSIH
hati dah sedih...nak tidur je malam ni
esok hari baru untuk mulakan perjuangan baru
Assalamualaikum.



Jumaat, 27 April 2012

JOM Bersih 3.0 di PWTC Mula Hari Ni Hingga 6 Mei


Bersih 3.0 di PWTC? Gila ke apa?
Hu hu hu jangan terkejut ya…ni operasi bersihkan poket
Jom ramai-ramai kita serbu PWTC
Macam biasalah…bila dah hujung April dan awal Mei
Dah tentunya ada Pesta Buku Antarabangsa KL tahun 2012

Inilah masanya nak punggah buku banyak-banyak
baca untuk setahun, boleh gitu?
tadak duit??????
bukan penjawat awam dah naik gaji ke?
errrrrr aku pun naik sikit je
gaji pokok aku tak berapa nak rimbun
maklumlah tak pernah dapat cemerlang
gajipun cukup-cukup makan ajelah
tak dan nak buat joli pun
namun, Alhamdulillah syukur juga
kalau tak ada kenaikan gaji bermusim macam ni
payah sikitlah untuk orang “macam” aku ni nak ranum gajinya
maklumlah skil aku kat beberapa tempat tu “kureng” sikit
redha ajelah apa yang ada
kalau tak redha…kita jumpa je kat kaunter pertanyaan “sana” nanti

Mmmmm apa tunggu lagi?
Jom kita borong buka ramai-ramai
Membaca membuka minda
beli buku berfaedah ya...


Selasa, 10 April 2012

Seminar Hakcipta Sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2012



Sempena Pesta Buku antarabangsa KL 2012 bakal berlangsung di PWTC
Hujung bulan nanti hingga awal Mei 2012
Jab nak semak tarikh …pada 27 Apr - 6 Mei 2012
Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
…ala tempat biasa tu. Maka DBP telah menganjurkan satu
Seminar Hak Cipta di Pusat Dagangan Putra pada 3 Mei 2012
Yang terbuka kepada semua terutamanya kepada penulis,
penerbit buku dan penerbit filem, tetapi tempatnya terhad dan kena daftar.
Tempat bergantung pada kekosongan yang ada
Rasanya hanya 100 tempat sahaja disediakan
Siapa cepat dia dapat.

Berikut adalah maklumat lanjut kalau ada sesiapa yang minat

TAJUK: 
"Adaptasi Daripada Buku Kepada Skrin: Apakah Hak Penulis?"


Pembentang dan pengerusi seminar
1. Prof. Madya Rohazar Wati Zuallcobley (Pensyarah UiTM)
2. Encik Jakariya Ab. Jalil (Peguam)
3. Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar (Pengerusi/Moderator)

Sila hubungi:
Puan Nor Aida Mohd. Salleh
Telefon : 03-21483005
Faks : 03-21482518
E-mel : noraida2@dbp.gov.my

Puan Nor Afidah Abdul Jamil
Telefon : 03-21481086
Faks : 03-21482518
E-mel : norafidah@dbp.gov.my

Puan Norhabibah Mualip
Telefon : 03-21481108
Faks : 03-21482518


YURAN PENYERTAAN
Peserta : RM100.00/seorang
Pelajar : RM30.00/seorang
Berkumpulan : RM500 (6 orang)
*Bayaran dibuat semasa pendaftaran.

Sila sahkan penyertaan pada atau sebelum 20 April 2012.

Kalau aku pergi bayar RM30 sahaja 
Aku kan pelajar la la la pelajar tua huh u hu