Macam dah jadi tabiat pulak baca akhbar online tiap
hari
tambah lagi semalam ada berita tentang kebocoran
gas ammonia
di Kerteh, risau jugak kalau adik aku termasuk
dalam senarai
tapi bila semak senarai nama pekerja yang terlibat
alhamdulillah, tidak tersenarai
tak puas hati, aku sms jugak tanya tapi memang sah
dia tak terlibat…kilang depan katanya.
Ikut kan laporan akhbar 50 pekerja nyaris maut terhidu gas
ammonia tu
Bukan sikit, mana tak risaunya aku walaupun buat-buat
tak tahu
Ikut beberapa akhbar tempatan kejadian dipercayai
berlaku jam 8.15 malam
100 pekerja sebuah syarikat kontrak di kawasan
industri petrokimia petronas
dekat kerteh sedang melakukan kerja-kerja teknikal
pekerja tiba-tiba sesak nafas, pening, loya dan muntah,
malah pengsan
mereka dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka, Klinik
Kesihatan Rantau Petronas
dan Hospital Dungun dengan ambulans dan kenderaan persendirian
Seorang di hantar ke HNSZ kerana mengalami simptom
yang serius
Setakat ni, punca kejadian masih dalam siasatan
pihak bomba percaya gas ammonia tersebut bawaan
angin,
Petronas juga menafikan kejadian pelepasan ammonia
berpunca dari
mana-mana lojinya di Kompleks Industri Petroleum
Petronas di Kerteh
adik aku kata, dia orang pun tak tahu mana
datangnya benda tu
mmmmm namapun gas, bukan mudah nak cari mana dia datang
tak ada warna, nasib baik ada bau…tau jugak dah
bocor
Errrr…Cik Bintang, sila check gas kat dapur tu,
tang mana bacornya. Pening kepala nak pikir macam
mana nak buat
2 ulasan:
anak saudara saya berada d tmpt kejadian..Alhamdulillah Allah sisih dia, x kene..
Ank saudara sy brda kat tmpt kejadian..Alhamdulillah allah sisih dia x terhidu..sbb brda tmpt lg tggi sikit
Catat Ulasan