aku pun nak masuk tingkatan 1 semula kalau Cikgu Yusry & Cikgu Lisa yg ajar
memang tak mudah jadi cikgu, tapi…
kalau cikgu Lisa Surihani atau Cikgu Yusry yang menajar
aku sangat pasti masalah ponteng dan tidur dalam kelas
dah berjaya diselesaikan sebahagiannya hu hu hu boleh gitu?
PssssT: kalau Tanya aku pasal adik-adik kita yang bina khemah
Di Dataran Merdeka dan lakukan demo untuk mansuhkan PTPTN tu
Aku hanya akan jawab:
Dik, masa cuti dah habis. Baliklah kampus sambung belajar semula,
siapkan semua assignment dan siap sedia
untuk masuk dewan peperiksaan.
Dapatkan CGPA 4.0 dulu sebelum nak berdemo
Akuilah, dunia memang tak adil sebab tu ada Hari Pembalasan
untuk balas semua baik dan buruk kita buat di dunia
tapi jadilah kuat dan miliki sesuatu
Sebelum berjuang kerana kalau adik-adik “mati katak”
Siapa nak perjuangkan golongan seterusnya?
Siapa nak berjuang untuk keluarga kita?
Nak berjuang kena ada strategi…kena ada kuasa
Cari kuasa dulu, sebelum dapat kuasa kena ada ilmu
Dah ada ijazah, ada kerja, ada kuasa…dah jadi Perdana Menteri
sambunglah perjuangan itu semula
kot masa dah ada semua tu...lupa pulak nak berjuang
sibuk dok ukur hutan balak mana nak pergi teroka hu hu hu
Boleh gitu?
Aku tahu ramai tak setuju, tapi usah terlalu fikirkan diri sendiri
Fikirkanlah ibu bapa dah tua letih dah dok hadap batang getah
Yang selalunya murah harga, kadang-kadang je naik harga
Tu pun kalau ada ladang sendiri…kalau pawah,
Sampai tumbang pokok kita torehpun
Tak akan kaya!
|
6 ulasan:
orang berjuang apabila dirinya rasa tertindas... @ bila kepentingan peribadi muka goyah..
sbb tu Pak Menteri kita tak rasa tertindas..
mereka juga asalnye memperjuangkan bangsa... tp bila dah senang.. lupa daratan...
biasa la tu...
aku pun kalau dah senang.... gamaknye lagi teruk dari tu kot.... huhuhuhu
hmm..pasal ptptn tu. walau saya bukanlah pembayar tegar, ada gak skip skip, tapi saya tak tergamak mintak hutang tu dimasuhkan. kalau mintak caj pentadbiran tu dimansuhkan tu saya sokonglah.
huhuhu...kalaulah cikgu lisa ngajar ambo dulu2... huhuhu, tok terkata weiiii
dotblogspot: Selamat datang. terima kasih kerana sudi baca entri.
Hu hu hu jangan jadi kambing hitam untuk perjuangan orang lain dah la ya...
nak berjuangpun kena cerdik juga...kalau melalak tepi bukit, bukit tu tak runtuhpun. Kan snediri jugak yang sakit tekak ;)
GB: saya rasa pelajar yang buat demo tu sendiripun tak faham apa yang mereka nak hu hu hu
Kalau mansuhkan caj perkhidmatan tu masuk akallah juga ;)
PsssT: Tahniah, GB bayar dah PTPTN...wajib bayar tau, kang hidup tak berkat ;)
Eelobor: hu hu hu ambo pong seeero lagu tu jugokk
Catat Ulasan