Ini hanya khabar angin yang sentiasa
sahaja bertiup kencang
Asal sahaja berkaitan kenaikan gaji
Atau pemberian bonus kepada Penjawat
Awam
Cepat aje beritanya tersebar
Padahal kesahan atau kesahihannya belum
lagi dibuktikan.
Tapi, kalaulah betul pokok yang
bergoyang tu angin yang tiup
Bukannya ada kera bergayut
Syukur Alhamdulillah. Aminnn. Doa-doalah
ya reramai.
Kalau ikut kata Perdana menteri beberapa
hari lepas
Semakan semula SBPA terutama tangga gaji
akan berlangsung selama tiga bulan
iaitu hingga April 2012 barulah
diketahui apa yang jadi
namun kalau rajin berjalan di dunia maya
pelbagai spekulasi, khabar angin dan
rumus dah tersebar luas
aku pun tak pasti mana mereka dapat
semua cerita ni
kononnya kenaikan gaji penjawat awam
berganda-ganda lagi
berbanding yang dah diberitahu naik awal
bulan Januari lepas
betul ke tidak, aku memang tak ada
jawapannya
tunggu sahaja keputusan semak semula
tangga gaji SBPA itu nanti
Namun, yang aku nak sentuh kat sini
adalah:
Walaupun gaji penjawat awam belum lagi
naik
[dahulu katanya akan naik bulan januari
2012,
Kemudian tangguh hingga Februari 2012,
Sekarang aku tak tahulah pula bila
tarikh barunya]
Tidakkah kita semua sedar bahawa
Harga barang dah melambung-lambung naik
di pasaran
Sedar tak? Perasan tak?
Ada kesan tak kat kalian?
Siang tadi aku menyopingkan diri kat
belakang rumah tu
Satu raga penuh je pun…raga ya, bukan
guna troli
Tak belipun beras ya…
Antara isinya adalah: biskut, yogurt,
roti Gardenia, megi tomyam
[aku baru nak belajar makan megi sejak
harga barang naik
Namun, Nampak gayanya harga megi juga
tidak murah ya…]
Neskepe [baru je nak cuba GOLD punya],
pembersih muka,
Twisties dan mr potato [untuk kunyah
masa berjaga]
Pewangi bilik [yang paling murah RM5.90]
Keseluruhannya hampir RM100
Fuyoooooooooooooo terkejut badak, gajah, unta, zirafah, kancil, badak air,
Rimau, Serigala jadian, Landak, tikus hutan, ayam serama AKU!
Fuhhh…tengok betapa banyak jenisnya
terkejut aku tu!
Disebabkan aku hanya pakai selipar getah
yang layak diguna untuk masuk jamban je
agak terketar-ketar jugalah tangan aku
nak membayarnya
nasib baik aku tak ambil troli kemudian
angkut
beras, gula, tepung, kicap, sos bagai
gamaknya, laku tak selipar getah tu
untuk tebus bayar semua barang
yang aku terlebih ambil tu sebab tak
berapa nak cukup duit dah
Ohhhhh! Rasanya aku dah layak untuk
mendaftar
di Jabatan kebajikan Masyarakat sebab
ketidakmampuan hingga tahap begitu
cuba kita tanya sedara Eelobor kelayakan
untuk memohon kat situ
Sila buat entri ya Eelobor!
Adakah ini hanya fonomena biasa musim perayaan,
ada harapan tak harga barang akan turun selepas Chinese New Year ni?
ke akan terus melambung-lambung naik macam belon gas yang terlepas?
PSSSST: Berita tengahari tadi kata:
Gaji bulan Februari masih lagi dibayar guna sistem SSM
gamaknya bila gaji SBPA boleh dapat ek?
Ada tunggakan tak? hu hu hu jangan baling aku dengan selipar Jepun ya
tanya jauh dari sudut hatiku hu hu hu
Gaji bulan Februari masih lagi dibayar guna sistem SSM
gamaknya bila gaji SBPA boleh dapat ek?
Ada tunggakan tak? hu hu hu jangan baling aku dengan selipar Jepun ya
tanya jauh dari sudut hatiku hu hu hu
6 ulasan:
Bila gaji naik .. harga barang pun turut naik walaupun dah sekat macam². Kalau naik sikit tak apa la. Nie berganda² dari gaji yang dapat. =(
www.anastasyea.com
Betul tu...nak beli syamfu pun semua mahal. Ramas daun bunga raya dengan asam jawa je lah lepas ni...
Anastasyea: Hu hu hu tetiba gaji belumnaik-naik lagi...barang2 dah lama melambung2 naik tak henggat donia hu hu hu
CKLah: Ranaplah semua pokok bunga raya selepas ni...tinggal ranting je hu hu
salam kenal,,memang betul..sebelum merasa gaji baru semua barang dah mencanak naik..air kat pasar malam dari rm1 dah naik rm1.5 huhu,nk senarai mmg tak terlarat walaupun menteri kata akan pantau!
ramai tak sabar nakkan kenaikan gaji SBPA tu tapi dalam masa yang sama tokei2 kedai pun tak sabar nak naikkan harga barangan..
Catat Ulasan