Khamis, 26 Januari 2012

Hanya RM70 Ribu Untuk Jadi Wanita?


Terbeliak sekejab biji mata aku masa tengok muka depan Metro Ahad lepas
Maaflah ya…kisah dah basi hu hu hu

Aku memang akui golongan “Wanita Jadian”, Nyah ataupun pondan ni
Ramai yang lebih cantik dari wanita tulin
Lagilah kalau nak bandingkan dengan aku yang sentiasa berserabai
Malas nak melawa dan menyeksikan diri
Memang dah tahu sangat akan kalah

Dulu aku pernah tinggal di Taman Medan, Petaling Jaya
Alaaa tak kan lupa kot, kat tempat yang berlaku rusuhan kaum tu
Sekejab sahaja aku tinggal situ, tak sampai empat bulanpun
Tetapi banyak perkara yang aku belajar
Termasuklah aku menyaksikan dan mengagumi seorang nyah ni
Sekali pandang, aku yang perempuan ni pun tak berkelip mata memandang
Apa lagi lelaki saying oiii tak payah nak tunjuk baik kata tak akan pandang
Sebab aku pandang dia sampai dia hilang dari selekoh

Kalau ikut madah pujangga dulu dulu, dikatakan;
Betisnya yang putih melepak itu bunting padi
Panjang melangkah bak model dengan lenggok punggungnya
Bergetah tergoyang kiri dan kanan dek lantunan kasut tumit
Kulit mulusnya bak artis k-pop [apa ke jadahnya tetiba k-pop keluar kat sini?]
Dan senyum manisnya bagaikan
mentari pagi yang malu-malu memunculkan diri
belum kira semerbak baunya yang terheret di kaki malam
fuhhhh pendek kata [panjang tak kata apapun]
memang lupa dunialah sekejab.
Itu aku yang perempuan, kalau lelaki memang boleh lari iman!

Aku juga pernah jumpa golongan ini yang
Sopan ayu manis mulus berbaju kurung segala
Siap bertudung litup lagi
Ingatkan gadis pingitan mana, tetapi
menyedarinya bila mereka bersuara

jadi, saingan perempuan sekarang ni bukan sahaja dengan perempuan
bukan sahaja dengan janda, tetapi juga…golongan ini
sila berhati-hati ya, lelaki…aku tak reti nak jawab
andai bunga yang dikau puja itu
durinya menikam dada la la la

Berbalik dengan skop Metro Ahad lepas;
kos RM70 ribu untuk tukar jantina termasuk
melakukan pembedahan menukar alat sulit,
membesarkan payudara dan pelbagai rawatan susulan.
lebih murah berbanding sebelum ini [RM100,000]
hanya untuk melakukan dua pembedahan terpenting itu sahaja.
Thailand, Taiwan dan Singapura menjadi pilihan
kerana memiliki kemudahan dan kepakaran serta murah
Seronok sangat ke jadi wanita?

Sila jawab! Sila jawab!
Apa-apapun, aku bersyukur jadi perempuan asli
Walaupun tak mampu sediakan kos RM seribu sebulan
Semata-mata untuk kelihatan cantik
RM50 untuk facial sesekali tu pun dah rasa sangat mahal
Maklumlah, tak ada orang sponser
Ada sesiapa nak sponser tak? FREE tanpa apa-apa syarat ya…
Amal jariah semata-mata la la la

6 ulasan:

Zulfadly berkata...

mereka lebih cantik dari wanita, tapi selalunya senang je nak cam, kalau bidang dia lebar semacam, cantik mcm mana pon, dah tau jantan, moga mereka berubah satu hari nanti

eelobor berkata...

sponsor free tanpa apa2 syarat2? huhuhu.... mano nok cari kak weiiii. paling2 kure pom tukar nga woh duye

azieazah berkata...

Terus teringat seniwati Sarimah pernah menjawab bila ditanya rahsia kecantikan, “wuduk itulah yang menjadi penyeri wajah.”

anyss berkata...

Zul: Ramai juga yang saya jumpa susah nak cam...halkum pun tak ada. Nasib baik suara masih lagi GARAU

anyss berkata...

EElobor: Tu maknanya dugaan iman sejauh mana nilai ikhlas hu hu hu la la la

anyss berkata...

Azieazah: itu penyeri yang beri cahaya tanpa mampu dibeli walaupun ada banyak duit...