aku tahu isu ini sensitif, mohon
diluaskan pintu fikir
seseorang pernah memanah hatiku,
katanya
awak tak akan kahwin sampai
bila-bila
kalau tunggu lelaki yang single
ohhhhhh! diakah lebih tahu tentang
percaturan hidup ini?
mahu sahaja aku tanya
usianya nanti tamat saat umur
berapa?
atau matiku nanti, tinggalkan harta berapa juta?
jadinya, dia berkata:
terima sahaja mana-mana lelaki yang
mendekat
poligami bukan isu besar
bukan juga haram di sisiNya
tak salahpun terima
ya, aku akuinya: poligami tidak
haram
poligami itu halal diamalkan
mana-mana lelaki yang mampu
namun, entah kenapa aku tak mampu
menerima
(buat masa ini, kala entri ini anda
baca,
esok lusa belum tentu lagi
Allah itu Maha Perkasa, mampu
balikkan hati
dalam sesaat masa, aku tak mahu
takbur
mendabik dada tentang sesuatu yang
bukan dalam kawalanku)
aku ini tamak…SANGAT TAMAK
tak mampu untuk berkongsi dengan
orang lain
bila mohon pendapat dari rakan
berjantina lelaki, mereka menyokong.
mereka minta aku teruskan
bagi mereka, poligami tak salah, untuk kebaikan ummah juga
jadinya, tak salah untuk aku terima
poligami
bermakna, tidak menjadi kesalahan
untuk aku
berkahwin dengan lelaki yang sudah
berkeluarga.
yaaa...poligami itu tidak pernah salah
hanya orang yang berpoligai itu kerap menyalahguna
pendapat lelaki paling bernas tentang poligami pernah diberikan seseorang;
cuba dulu, kalau serasi teruskan
Opppssss! cuba? ingat pampes pakai buang?
kalau tak serasi??????
Ohhhhh aku tahu....aku memang selalu fikirkan hal-hal negatif juga
itu langkah keselamatan, plan tindakan masa kecemasan kalau betul-betul jadi
masa tu, aku lebih waras bertindak kalau apa dirancang
tak seperti jangkaan jadinya
tak salah ada langkah kecemasan kan?
pendapat lelaki paling bernas tentang poligami pernah diberikan seseorang;
cuba dulu, kalau serasi teruskan
Opppssss! cuba? ingat pampes pakai buang?
kalau tak serasi??????
Ohhhhh aku tahu....aku memang selalu fikirkan hal-hal negatif juga
itu langkah keselamatan, plan tindakan masa kecemasan kalau betul-betul jadi
masa tu, aku lebih waras bertindak kalau apa dirancang
tak seperti jangkaan jadinya
tak salah ada langkah kecemasan kan?
6 ulasan:
tepuk dada tanyalah hati, kuatkah kita utk menghadapi poligami...sesabar mana pasti akan terdetik sesekali akan terluah walaupun nampak bahagia derita dihati siapa yang tahu...:)
Uik.. Poligami??? Baik single sampai tua.. Oh, cakap lebih kang takut termakan kata diri sendiri.. Tapi aku rasa, aku jenis perempuan yang tak bisa bermadu.. Masa kapel kalo bf ada skandal pun mahu bergaduh sampai nak putus gitu.. Inikan pula alam perkahwinan.. ERmmmmmmmmmmmmmmmmmm.. Kena fikir sedalam2nya..
ambo kopi peh dari pesbuk;
Ustadzah: "Saya tdk pernah tolak hukum poligami."
Jamaah: "Wah, hebat Ustadzah!"
Ustadzah: "Saya tdk pernah melarang para suami nikah lagi."
...
Jamaah: "Wah, benar2 top Ustadzah."
Ustadzah: "Yang penting..."
Jamaah: "Yang penting...adil eh Ustadzah?"
Ustadzah: "Bukan. Yang penting...bukan suami saya!!!
p/s : jenggg :P
JunAina: tanya sama hati
d_tieah: statement tu dari semua wanita, errr kalau yang lain sikitpun sama macam komen Eelobor tu hu hu hu
Eelobor: Tepat sekali
Catat Ulasan