Selasa, 6 Disember 2011

Poligami: Bila Bertanya Kepada Lelaki


aku tahu isu ini sensitif, mohon diluaskan pintu fikir

seseorang pernah memanah hatiku, katanya
awak tak akan kahwin sampai bila-bila
kalau tunggu lelaki yang single
ohhhhhh! diakah lebih tahu tentang percaturan hidup ini?
mahu sahaja aku tanya
usianya nanti tamat saat umur berapa?
atau matiku nanti, tinggalkan harta berapa juta?

jadinya, dia berkata:
terima sahaja mana-mana lelaki yang mendekat
poligami bukan isu besar
bukan juga haram di sisiNya
tak salahpun terima

ya, aku akuinya: poligami tidak haram
poligami itu halal diamalkan mana-mana lelaki yang mampu
namun, entah kenapa aku tak mampu menerima
(buat masa ini, kala entri ini anda baca,
esok lusa belum tentu lagi
Allah itu Maha Perkasa, mampu balikkan hati
dalam sesaat masa, aku tak mahu takbur
mendabik dada tentang sesuatu yang bukan dalam kawalanku)
aku ini tamak…SANGAT TAMAK
tak mampu untuk berkongsi dengan orang lain

bila mohon pendapat dari rakan berjantina lelaki, mereka menyokong.
mereka minta aku teruskan
bagi mereka, poligami tak salahuntuk kebaikan ummah juga
jadinya, tak salah untuk aku terima poligami
bermakna, tidak menjadi kesalahan untuk aku
berkahwin dengan lelaki yang sudah berkeluarga.
yaaa...poligami itu tidak pernah salah
hanya orang yang berpoligai itu kerap menyalahguna


pendapat lelaki  paling bernas tentang poligami pernah diberikan seseorang;
cuba dulu, kalau serasi teruskan
Opppssss! cuba? ingat pampes pakai buang?
kalau tak serasi??????


Ohhhhh aku tahu....aku memang selalu fikirkan hal-hal negatif juga
itu langkah keselamatan, plan tindakan masa kecemasan kalau betul-betul jadi
masa tu, aku lebih waras bertindak kalau apa dirancang
tak seperti jangkaan jadinya
tak salah ada langkah kecemasan kan?

6 ulasan:

JunAina berkata...

tepuk dada tanyalah hati, kuatkah kita utk menghadapi poligami...sesabar mana pasti akan terdetik sesekali akan terluah walaupun nampak bahagia derita dihati siapa yang tahu...:)

Tieah Madian berkata...

Uik.. Poligami??? Baik single sampai tua.. Oh, cakap lebih kang takut termakan kata diri sendiri.. Tapi aku rasa, aku jenis perempuan yang tak bisa bermadu.. Masa kapel kalo bf ada skandal pun mahu bergaduh sampai nak putus gitu.. Inikan pula alam perkahwinan.. ERmmmmmmmmmmmmmmmmmm.. Kena fikir sedalam2nya..

eelobor berkata...

ambo kopi peh dari pesbuk;

Ustadzah: "Saya tdk pernah tolak hukum poligami."

Jamaah: "Wah, hebat Ustadzah!"

Ustadzah: "Saya tdk pernah melarang para suami nikah lagi."
...
Jamaah: "Wah, benar2 top Ustadzah."

Ustadzah: "Yang penting..."

Jamaah: "Yang penting...adil eh Ustadzah?"

Ustadzah: "Bukan. Yang penting...bukan suami saya!!!

p/s : jenggg :P

anyss berkata...

JunAina: tanya sama hati

anyss berkata...

d_tieah: statement tu dari semua wanita, errr kalau yang lain sikitpun sama macam komen Eelobor tu hu hu hu

anyss berkata...

Eelobor: Tepat sekali