Khamis, 15 Disember 2011

Siapa Dah Boikot Filem Ombak Rindu?

tengah ada gerakan boikot Ombak Rindu ke?

pasal apa nak boikot?
tak kan lah sebab penulis novel kata
bayaran yang Fauziah Ashaari terima tak setimpal,
semua orang dah latah terus boikot.



 


betullah penjelasan orang kuat Alaf 21 tu
memanglah penulis akan dapat royalti kalau novelnya diadaptasi
tapi industri filem di Malaysia  ni bukannya gah manapun
jumlah kutipan tu belum tolak harga kos
biasanya mereka akan bayar langsam kepada penulis
penulis skrip filempun dapat bukannya banyak mana
takat RM12 ribu
(kalau penulis skrip glamer, tak glamer dapat RM2-3 ribu je)
penat berjaga malam buat skrip pun tak lepas

penulis Ombak Rindu akan dapat tengok hasil filem ni
tahun depan baru boleh lihat, bila royalti dibayar nanti
bukannya sekarang (errr Fauziah Ashaari lagi faham pasal benda ni)
lagi pula, bila dah tandatangan kontrak
hanya hakcipta je penulis pegang
hak lainnya penerbit yang ada hak nak buat apa
untuk lariskan novel.

bagi yang belum tahu apa ada dengan Filem OmbakRindu ni
sila telaah dulu ya sebelum masuk panggung
sekurang-kurangnya tahu jalan cerita macam mana
kalau rajin boleh baca novel asalnya,
boleh tengok kat mana berubahnya novel dan filem ni
tak payahlah boikot ya dek non semua
rugi tak tengok Aaron aziz peluk Maya Karin
rugi tak tengok Maya karin berkemban
rugi juga tak tengok pelakon cun melecun comel ayu Lisa Surihani

Opppsss! macam akulah pulak jadi tukang promosi filem ni hu hu hu

sebenarnya, aku jumpa keywords “boikot Ombak Rindu”
masa semak nuffnang minggu lepas
tapi lalai…lupa pulak nak print skrin sebagai bukti
mmmmm tak payah la boikot memboikot ya…
errr…macamlah aku tauke panggung dok risau kalau kena boikot!


11 ulasan:

eelobor berkata...

hihihihi... tinggi sungguh imijenasi demo

gadisBunga™ berkata...

secara otomatik saya dah terkeluar dari geng boikot. layan abes sampai bengkak mata...!!! heheh~

ubipanas berkata...

mmg tak minat cerita2 macam ni. tp x lh sampai nk boikot pula

dina berkata...

cerita bagus nak boikot buat apa? aku ada baca sohseh2 tentang penulis demand...bla..bla.. penerbit pun dpt sket...bla..bla... taktau mana yg betul...kadang media pun lebih emo kan... tapi bagi aku, penulis mesti lebih berhak ke atas karya dia... sebab tu la penulis malaysia ni takat hujung hidung je... cer nengok JK Rowling tu... kalau silap sket je tak ikut novel dia, siap la dia saman... hehehee...

azieazah berkata...

MokYang juga akan menulis pasal Ombak Rindu ini.

Memang dah plan lama. Gambar pun dah ready.

Memang nak tulis juga.

anyss berkata...

eelobor: tang mana tingginya tu?

anyss berkata...

GB: sambil cuci mata ek?

anyss berkata...

kyuubi: filem malaysia baru bertatih, perlukan masa untuk jadi mantap

anyss berkata...

Dina: buka fail untuk saman tu banyak gak pakai kos, tak cukup modal nak saman menyaman ;)

anyss berkata...

Azieazah; cepat! cepat!

thegreateye berkata...

ada tak lampiran c utk sbpa..macam2 aku dengar....susah nk percaya....kalu ade boleh tlg pos tak...thx