Memaparkan catatan dengan label berkahwin dengan suami orang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berkahwin dengan suami orang. Papar semua catatan

Khamis, 14 Februari 2019

Benarkah Lelaki Menyokong Poligami, dan Wanita Menolak Poligami?


Masih lagi berkaitan tentang Suami Orang Ajak Kahwin.  Ni kira latihan mengundi sebelum buat praktikal dalam Pilihanraya Kecil Semenyih nanti.

Berikut adalah keputusan undian rakan-rakan di facebook ambo;

Jumlah Rakan FB: 101, tak pasti pulak berapa ramai yang aktif dan tak aktif. Haaaaa boleh dah semak semula mana-mana yang tak aktif tu, kita rehatkan sementara.

Ambo ni hanya terima rakan-rakan yang tertentu sahaja. Yang tak kenal jarang ambo terima jadi kawan, kecuali sebelum tu dah saling berkomunikasi di tempat lain. Kira malas dah nak terima orang-orang yang sekadar nak menambah bilangan kawan di FB tetapi tak tau ke mana hala, like tak pernah, komunikasi tak pernah, apalagi nak komen atau share. Tau lah tidak saling mengenal, namun itulah peluang untuk kenal. Sesekali tu perlu jugak ada komunikasi. Mula-mula memanglah segan, dah lama nanti akan rasa akrab.

Ramai jugak orang yang jadi kawan di FB je awalnya, tetapi boleh jumpa dan ngeteh dan saling bertanya khabar. Bukan sokmo nak jumpa ponggg, ya dak? Gitulah caranya nak jadi kawan FB dengan orang tak bermasyarakat macam ambo ni. 

Jumlah yang mengundi: 22

Kalau dalam pilihanraya betul, hanya 22 peratus sahaja yang mengundi. Jadi tak boleh nak bentuk kerajaan baharu. Tak dapat 2/3 undian kannnnnnnn. Ingat senang PH nak bentuk kerajaan, itu pasal gabung sana sini carca marba macam rojak pasemboQ tu...mmmm sedapnya rojak pasemboQ. Lama dah tak makan.

Jumlah Undian “terima je suami orang yang katanya baik tu”: 8 undi. 50 peratus daripadanya adalah wanita. Wahhhhhh! Siapa kata wanita tolak poligami? Siapa kata wanita anti poligami? Wanita zaman sekarang ni dah boleh terima poligami rupanya. Dah tentulah wanita boleh terima poligami asalkan bukan suami dia yang poligami opssss! Nak poligami kena betul caranya tau...

Jumlah Undian yang “menolak untuk kahwin suami orang”: 14 undi. Dannnnnnn terdapat satu undi daripada lelaki. Haaaaaaaaa rare tak lelaki itu? Rasa nak interview je lelaki ni ini huhuhuhu 

Sebenarnya dalam hidup ambo ni agak kerap jugalah jumpa lelaki yang tidak menyokong poligami. Pesannya kat ambo, kalau boleh elak, elaklah...tapi kalau tak boleh elak, tak jadi kesalahan kerana Islam haruskan poligami dalam kes tertentu. Cuma, caranya kena betul. Lagi sekali, berkaitan CARA. Bagaimana poligami itu bermula kena betul caranya, bukannya lari kahwin ke Siam, balik sini daftar perkahwinan pun takkk....ehhh ni yang nak bebel ni!

Apapun undi yang anda buat, anda ada alasan yang tersendiri, seperti mana pendirian ambo jugak yang berada pada satu titik pegun; tunggu dan lihat sehingga benar-benar yakin. Bukan tak yakin dengan poligami tu, memang yakin pun poligami selesaikan banyak masalah, tetapi kalau cara tak betul poligami boleh undang lagi banyak masalah. Ambo kena yakin dulu calon yang nak berpoligami tu dahulu, kemudian boleh hormati dia. Tak ada 2 perkara ini tak adalah pemula kepada kisah seterusnya. Bukan mudah nak hormat orang apalagi kena ugut libatkan hal poligami.

Kesimpulannya, poligami itu tak salah. Yang salah dalam banyak kes poligami adalah orang yang berpoligami itu sendiri. Kemampuan bukannya diukur dari sudut kebendaan, banyak duit pun kalau berat sebelah pun tetap dikira tak adil. Mampu berlaku adilpun kalau tunggu isteri-isteri sahaja yang berkerja, tetap juga dianggap tidak adil. Timbangannya dari banyak sudut.

Nak terjebak dalam konflik poligami ni bukan susah. Untuk kes ambo, ini bukan kes pertama, tapi paternnya tetap sama. Kepada yang bercadang untuk poligami, tanyalah diri, mampu tak bahu memikul di dunia, mampu tak kepala menjunjung di akhirat?. Kalau fikir yang ni...tak ramai akan putuskan untuk berpoligami.

Kepada wanita yang memutuskan untuk berkahwin dengan suami orang, tanyakan semula kepada diri, mampu tak jeruk hati sendiri menahan rasa? Mampu tak terima kesengetan suami yang tidak mampu berlaku adil? Mampu tak bersendirian ketika kita sakit dan perlukan suami di sisi tetapi suami tak ada?  Atau…berupaya tak kita uruskan keluarga dan anak sendiri macam tak ada suami kerana suami kita itu tetaplah juga suami orang. Lagi-lagi kalau perkahwinan tersebut berlaku di Siam dan dirahsiakan dari semua orang. Ingat seronok ke rampas suami orang. Tapi...lagi susah nak elak bila suami orang mula mengejar.

Ehhh! Panjang pulak aku bebel pagi ni…nak bebel lagi sebenarnya, tapi kerja belum siap. Buat kerja dululah! Lain kali sambung nyembang topik hangat ni sambal nyirup kupi.

Selasa, 6 Disember 2011

Poligami: Bila Bertanya Kepada Lelaki


aku tahu isu ini sensitif, mohon diluaskan pintu fikir

seseorang pernah memanah hatiku, katanya
awak tak akan kahwin sampai bila-bila
kalau tunggu lelaki yang single
ohhhhhh! diakah lebih tahu tentang percaturan hidup ini?
mahu sahaja aku tanya
usianya nanti tamat saat umur berapa?
atau matiku nanti, tinggalkan harta berapa juta?

jadinya, dia berkata:
terima sahaja mana-mana lelaki yang mendekat
poligami bukan isu besar
bukan juga haram di sisiNya
tak salahpun terima

ya, aku akuinya: poligami tidak haram
poligami itu halal diamalkan mana-mana lelaki yang mampu
namun, entah kenapa aku tak mampu menerima
(buat masa ini, kala entri ini anda baca,
esok lusa belum tentu lagi
Allah itu Maha Perkasa, mampu balikkan hati
dalam sesaat masa, aku tak mahu takbur
mendabik dada tentang sesuatu yang bukan dalam kawalanku)
aku ini tamak…SANGAT TAMAK
tak mampu untuk berkongsi dengan orang lain

bila mohon pendapat dari rakan berjantina lelaki, mereka menyokong.
mereka minta aku teruskan
bagi mereka, poligami tak salahuntuk kebaikan ummah juga
jadinya, tak salah untuk aku terima poligami
bermakna, tidak menjadi kesalahan untuk aku
berkahwin dengan lelaki yang sudah berkeluarga.
yaaa...poligami itu tidak pernah salah
hanya orang yang berpoligai itu kerap menyalahguna


pendapat lelaki  paling bernas tentang poligami pernah diberikan seseorang;
cuba dulu, kalau serasi teruskan
Opppssss! cuba? ingat pampes pakai buang?
kalau tak serasi??????


Ohhhhh aku tahu....aku memang selalu fikirkan hal-hal negatif juga
itu langkah keselamatan, plan tindakan masa kecemasan kalau betul-betul jadi
masa tu, aku lebih waras bertindak kalau apa dirancang
tak seperti jangkaan jadinya
tak salah ada langkah kecemasan kan?