setelah lebih 40 hari mengubah
alunan hidupku
dengan pelbagai kerenah dan songeh
budak-budak tu
adakala rasa macam tak waras dibuat
dia orang
ada ketika sangat letih dan rasa nak
balun orang
bila mereka buat perangai hingga
menguji tahap sabar seorang aku
pemberontakan mereka aku atasi
dengan kuasa diktaktor
ohhhhh aku pengamal aliran Nazi
sejak berzaman,
bukan tahun ini sahaja
ada juga rasa puas biarpun penat
memasak
apa sahaja yang terhidang akan licin
kena bedal
biarpun komen yang keluar dari mulutmereka buatkan bertimbun rasa geram
namun mangkuk sebesar itu tetap
kosong juga kemudiannya
dah tentulah bukan sebab aku memasak
dengan sangat sedap
namun, mereka tak ada pilihan lain
kecuali terpaksa makan
geram memang sepanjang masa akan
timbul
tak siapa akan tahan dengan gelagat
mereka ni
diakui oleh ramai orang termasuk mak
bapak mereka sendiri
namun, bila mereka kata “lapar” dan
“belum makan”
hati mudah benar cairnya
penatpun tetap juga aku masak
tak sampai hati pula bagi makan roti
je
sebab aku tahu benar “bagaimana rasa
lapar tanpa makanan”
atau hati tersentuh kala sedari mereka terasa dipinggirkan
tetiba je salahkan ayah sebab tak bawa berkubang dalam sungai
syahdu tau!
bila segalanya kembali normal
aku masuki dan diam kembali dalam
corak hidupku semula
hanya qada tidur yang tidak begitu
cukup sebelumnya
sambil bermalas-malas
baru terasa seperti hidup dan
syukuri apa yang aku ada
ya…aku ada sangat banyak masa untuk
diri sendiri
berbanding 40 hari sebelumnya
nak syampu rambutpun tak sempat
(hingga kini kegatalan di kepala
menjadi masalah yang perlu diatasi
dek tak sempatnya menyental rambut)
nak sapu losyen muka sebelum
tidurpun tak dan,
apalagi losyenkan satu badan bak
puteri menadah jatuhnya embun ke kulit pipi
asal letak sahaja kepala ke bantal
entah ke alam mana nyawa merantau
nasib baik kembali ke badan semula
hu hu hu
kini, biarlah aku manjakan diri
seketika
walaupun masa dah sangat suntuk
biarlah aku qada tidur sehabisnya,
losyenkan muka kembalikan keremajaan
18 tahun
losyenkan badan tambah tegangkan
tiap inci kulit
atau kemudiannya ke salun manjakan
kulit kepala
cuci, urut kepala atau potong pendek
rambut
yang sudah mengerbang bak pontianak
menyundal tika malam
aku hanya ingin nikmati tiap detik
dalam hidup ini sebaiknya
aku hanya ingin selami indahnya
perjalanan waktu
sebelum bergerak dengan gear lima
TURBO semula.
ya…gear TURBO. Lima plus, perlu
memecut dengan momentum paling laju
hingga tesis itu siap sepenuhnya.
aku dah abaikan dia lebih 40 hari.
moga-moga halangan kali ini mampu
aku hadapi
moga-moga rintangannya nanti aku
berjaya tangani
doakan aku juga ya…hanya ini perkara
terakhir yang aku kejar
untuk bekalan dunia
selebihnya, daku mahu bersedia untuk
alam yang lain pula
dah habis isi dunia yang aku nak
kejar
kerna ferari atau vila agam itu
hanya hiasan duniawi
kalaupun aku mahu, bukanlah dari
peluh yang kutitikkan
melainkan…PERCUMA dianugerahkan.
ada sesiapa sudi nak derma tak? Tanpa
apa-apa syarat semestinya!
mmmm usahlah buang masa bermimpi
siang hari oiiiii!
sesekali berangan memang boleh
kerap sangat berangan, buang masa
juga
baik isi dengan tulis blog
betul tak?
6 ulasan:
SALAM,
MENDOAKAN KEJAYAAN DAN KETENANGAN. LF DAPAT MEMAHAMI.
KITA SEBANDAR .... DATANG LE PADA 18 DIS NANTI .... BOLEH LAH NANTI LF DENGAR CERITA TESIS TU !
LP: dato', terima kasih. Mohon maaf, saya tiada di Bangi pada tarikh tersebut.
Sape yang sudi hadiahkan ferari dan rumah agam tanpa syarat kalau tidak dengan usaha sendiri.....
alaa....anyss pun boleh belila.....
Arizakiah: hu hu hu manalah daku mampu...tongkat langitpun belum tentu dapat. Lagipun...tak elok membazir ;) ----> alasan orang dah malas nak kejar dunia la la la
Pertama, agak kesal dan sedih juga bila ANYSS tiada di Bangi pada tarikh 18 Dis nanti. Lama dah tak jumpa.
Sekarang, kembali mendapat rutin yang asal. Tak terasa kehilangan kah?
Pasti ada sesuatu yang dapat dijadikan renungan... sekurang2 harga sebuah kerinduan. kan?
Azieazah: 18 malam baru landing, itupun tak pasti jam berapa jejak bumi. insyaAllah panjang umur dapat jumpa. Boleh je caling caling manja ;)
Mereka dekat je, 20 minit dah boleh jumpa. Lagi pula terlalu banyak benda terbengkalai nak kena siapkan, badan dah letih, tak sempat nak menung berangan merindu berduka nestapa. Teruk tak makcik?
Sangat banyak hal boleh belajar, maklumlah, orang lain dapat anak seorang demi seorang...sempat asah kemahiran dulu. Saya dapat 4 pakej serentak yang dah pandai menjawab hu hu hu secara pribadi, jaga baby lagi mudah hu hu hu
Catat Ulasan