Memaparkan catatan dengan label blog banyak komen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog banyak komen. Papar semua catatan

Jumaat, 25 November 2011

Bila Tak Komen, Bukan Bermakna Aku Tak Baca


dunia blogging adakalanya sangat aneh
ramai yang seronok bila folower ribu riban
padahal bukan semua orang yang ikut kita tu
datang setiap hari baca apa yang kita tulis
atau ada juga yang sangat kembang hidung
bila setiap entri dapat komen juta-juta lemon
walaupun catatannya sekadar dua patah kata
mengatakan “sibuk hari ni”
ada juga yang sibuk menarik trafik datang berbondong
setiap hari

kalau kalian mengharapkan
aku sentiasa meninggalkan komen setiap kali menjengah blog
lupakan sahaja dahulu
kerana jarang benar angin ingin menonjol diri menghasut hati
ada masa kalian tak akan tahupun aku jengah
sampaiku tanpa log in pun
hanya dapat dikesan ip adress sahaja
itupun sentiasa berbeza IPnya dari tempat berbeza juga
mana aku ada IP yang tetap hu hu hu
yang utama, daku tahu perkembangan rakan-rakan
biarpun nampak macam skodeng tanpa salam

biarpun tanpa komen
tidak bermakna daku tidak sampai ke blog kalian
ada masa menjadi bisu lebih indah
dari riuh berkicau
ada masa menjadi senyap itu lebih mesra
berbanding menabur bisa sepanjang langkah

Bila tak komen, bukan bermakna aku tak baca
paling utama, khabar kalian daku tahu
andai suatu hari
kalian rasa memerlukan khidmatku
memerlukan pandangan dan bantuan fikirku
usah segan untuk sms (bagi yang ada nombor telefon)
usah takut untuk emel atau tinggalkan pesan di FB
insyaAllah, selagi daku masih temanmu
biarpun hanya di maya alam
takat terdaya akan diusahakan.

Bila tak komen, bukan bermakna aku tak baca blog kalian,
ingat tu!

Selamat berhari Jumaat

PsssT: SEPATUTNYA tengah malam semalam (pagi sebenarnya), kakak, abang ipar dan ibu bapanya sudah selamat tiba di tanahair. Sangat gembira. Kuasa telah kuserahkan semula. Aku dah BEBAS! Yahuuuuuuuuuuuuu! TAPI...tunda. Tak tahu bila tarikh yang pasti. Huh! dah tak sabar sangat-sangat ni!