Jumaat, 23 September 2011

Selamat Tinggal Kipas Udang!


Hah! apa dah jadi?
semalam pergi cari barang dapur di econsave
tak jumpa pun kicap kipas udang
punggah sos lain yang semuanya dah berbaki dalam botol
yang tak boleh tak ada selain kicap
dah tentu sos black paper dan sos tiram
tak ada dua jenis sos ni
rasa macam tak lengkap je masak
cewaaaaaaaaahhhhh tukang masak tersohor tak heranpun pasal benda ni
aku je dok kalut kalau tak ada
macam rasa dah lari sikit

hujung minggu depan
anak buah kepada adik ipar aku bakal tumpang bermalam di rumah
beras dah berbaki dalam bekas
cukup untuk dua kali tanak je lagi
huh! 5kg jugak aku makan sepanjang puasa lepas
hujung minggu meriah je berbuka dengan adik dan adik ipaQ
siap masak untuk sahur sekali
segan pulak kalau jadi macam hari tu
adik kepada adik ipaQ datang rumah
masa lunch lauk dah siap segala tapi beras tak cukup
kalut kerah adik ipaQ pi beli beras belakang rumah

memanglah dekat ajepun
tapi segan jugak dengan tetamu
jadinya, tak mahu bersesak hujung minggu beli barang
maklumlah masih ramai buat rumah terbuka
hingga bersesak econsave atau Giant
makanya aku pergi malam semalam
ingatkan kuranglah orangnya
rupanya ramai jugak
huh! habis tu tak kan nak balik semula
beli je lah apa yang patut macam dalam senarai
tapi hingga akhirnya...kicap manis kipas udang tak ada

siang tadi, masa balik kerja
singgah Giant nak skodeng kicap kipas udang
dan beberapa barang lain yang belum beli
namun akhirnya,
aku balik dengan membawa botol kicap manis Jalen
Yup! Dina dah letak status di FB dulu
kenaikan harga kicap kipas udang yang melambung-lambung
mengalahkan harga Dinar Emas
ada ka patut botol kecil RM5.69
botol besarnya RM7.99
kicap ke apa ni?

Selamat tinggal kicap manis kipas Udang
aku hanya golongan marhaen yang suka makan kicap manis
dengan telur goreng mata kerbau
kalau harga dah cecah hampir RM6
aku memang tak mampu
selera nak makan kicap pun dah padam

Selamat datang ke dalam hidupku Kicap Manis Jalen
inilah kedua kalinya aku makan kicap Jalen
harapnya akan setia sampai bila-bila
selagi harganya tak melambung macam Dinar Emas!

9 ulasan:

eelobor berkata...

kipas udang ok lg, jangan kipas majikan... huhuhu... kipas sebab kepanasan makan woh duyan lg ok

Arizakiah berkata...

Memang pun....mummy pun agak terkezut dengan kenaikan harga kicap kipas udang.....gula naik sikit je....kacang soya mahal sangat ke....alih2 harga kicap naik sekali ganda.....tapi mummy tetap juga guna kicap kipas udang.....

azieazah berkata...

Rumah MokYang ni yang hantu kicap ialah My Toklaki. Wajib ada. Lauk kuah apa pun, waima Gulai Kuning, Kari or anything, semua nak siram kicap.

Mujur stick dgn Kicap Tamin! (cap Ayam). Pun tak murah youuuuuu...!

anyss berkata...

Eelobor: guna ekon sejuk skit kot hu hu hu

anyss berkata...

Arizakiah: Selamat datang, mummy. Selamat hari raya aidilfitri juga. Terkena kejutan budaya kejab nengok harganya. Dengar ceritanya, depa punya teknologi baru tukar, lebih canggih...kos tinggi.

Masih juga kagum dengan pengusaha bumiputera yang maju gitu...hanya, daku rakyat marhain...tak mampu dah. Kang tak pepasal kena masuk TB program BersamaMu la la la

anyss berkata...

azieazah: semua rumah mesti ada kicap kan...rumah kami kat kg tu, tadak kicap menderita jadinya. Semua sukamkn telur mata kerbau tuang kicap hu hu hu

fitrihayon berkata...

salam.... aku mmg bekas penguna kicap jenama utama. di sebabkan harga die melambung setinggi gunung, aku telah diberi cadangan untuk cuba kicap baru oleh promoter kat pasaraya. Bole tahan sedapnye. Tgk label org Islam punye. Harga pun masih mampu untuk dibeli. RM3.50 sebotol 430ml. Lepas kira2... 1ml=RM0.008 (RM3.50 bahagi 440ml, dapat la 1 ml = RM0.008) Korang kira la sendiri kicap lain. Kicap nie mmg murah gile rupenye... bentuk die je besar. tp harga murah. aku suggest 100% beb... Kicap ENAQ nama dia... Bole ushar2 kat website dia. www.enaq.com.my

Muhamad Zaki Ibrahim berkata...

wah..dah tukar kicap Jalen! tahniah, welcome to the club! hehe.
saya pun pengguna kicap Jalen juga..tapi saya lebih suka makan pakai Kicap Lemak Manis Jalen..yang label warna oren.Rasanya hampir sama dengan kicap lemak manis kipas udang tu.Memang terbaik la! Ada orang rekomen, kalau pengguna kipas udang yang nak bertukar ke kicap jenama lain, boleh cuba kicap lemak manis JALEN.rasanya hampir sama dgn kipas udang, tapi taklah 100%. yang penting SEDAP dan harga lebih murah..hehe

Muhamad Zaki Ibrahim berkata...

wah..dah tukar kicap Jalen! tahniah, welcome to the club! hehe.
saya pun pengguna kicap Jalen juga..tapi saya lebih suka makan pakai Kicap Lemak Manis Jalen..yang label warna oren.Rasanya hampir sama dengan kicap lemak manis kipas udang tu.Memang terbaik la! Ada orang rekomen, kalau pengguna kipas udang yang nak bertukar ke kicap jenama lain, boleh cuba kicap lemak manis JALEN.rasanya hampir sama dgn kipas udang, tapi taklah 100%. yang penting SEDAP dan harga lebih murah..hehe