Selasa, 13 September 2011

Penjawat Awam Bersara Umur 60?

Dah pasti ada pro dan kontra
baiknya: kita manfaatkan tenaga kerja mahir untuk latih
pekerja tak mahir
hingga semua pekerja di Malaysia ni mahir-mahir belaka
tak payahlah import tenaga kerja luar
jimatlah kos kan?

yang tak baik tetap ada
umur sebegini, ada yang dah kurang warasnya
bukan nak mengata dan mewajarkan suasana
tapi berlaku depan mata
semata-mata nak rebut peluang “kontrak” selepas pencen
macam-macam cara buat
cucuk sana sini
fitnah merata tempat
orang yang patut dapat dek kerana “kepakarannya”
tak dapat pun
tapi orang yang tak tau pakar apa tu pulak
yang dapat
tetiba dia jadi pakar cucuk dan fitnah pulak!

kalau tanya aku sendiri,
umur macam tu (kalaulah panjang  umur aku)
aku nak menikmati hidup dah
buat apa yang aku suka yang tak sempat nak buat
sebelum tu
kalau jumlah pencen yang aku terima tu besar
jauh sikitlah langkah
bulan Ramadhan boleh puasa di Mekah
boleh tawaf keliling dunia juga
jelajah tempat-tempat menarik serata alam
kembali mencari diri yang mungkin separuhnya hilang
dek leka mengejar dunia
atau robek terkena tempias sihir sang mak cik

kalau aku ada peluang nikmati pencen itu
aku nak aje rehat-rehat kat rumah
online sepanjang masa
atau berkebun keliling rumah tanam segala mak nenek pokok
berdusun menunggu durian  gugur
panjat rambutan bila dah masak.

kalaupun kepakaran aku (pakar ke aku?) diperlukan
boleh aje buat kat rumah separuh masa kan?
tak payahlah sepenuh masa
meja dan kerusi pun dah bosan tengok muka aku
apalagi makhluk lain
kalau ada yang rindupun
mungkin kawan-kawan malam yang suka sepak kaki itu ajelah pun
kotlah!

sempat capai impian tu tak?
Ke dah JALAN lebih awal?

Eloklah bincang dulu bab tambah masa pencen ni
bagi peluang pulak orang muda majukan negara
bukan seronok mana pun kerja lama-lama
macam nak tongkat langit pulak dah
kan seronok main dengan anak cucu kat rumah
ye tak?


PsssT: Pembakaran terbuka di Sumatera punca jerebu di negara kita ek? Patutpun batuk aku tak hilang walaupun dah telan 2 botol ubat batuk. Ada kaitan eh?

PsssT: Hari ni bermula UPSR hingga Khamis ni. Seorang anak buah aku dudukinya. Setiap tahun, untuk UPSR, sesiapa dari anak buah yang dapat A untuk setiap subjek akan aku hadiahkan RM100. Kalau dia dapat 5A bermakna, melayanglah RM500. Agak-agaknya, tahun ni aku akan hilang RM500 tak? Alamak! kena bilang syiling dalam tabung ni...hu hu hu  Aduhaiiiii! siapa suruh janji kan?

7 ulasan:

eelobor berkata...

kesian orang bawah susah la nak naik pangkat. rasanya umur persaraan yang awal dulu iaitu genap 55 tahun lebih rasional kut.....

anyss berkata...

Eelobor: Mek kata "nak tongkat langit" kijo mapuhhhkang, macam tak ingat nak mati nih hu hu hu

aliza berkata...

ada orang memang jiwanya kerja... siang kerja malam kerja, kat opis kerja kat rumah kerja dan rasa x senang kalau x kerja...

Sharinginfoz berkata...

setuju ngan eelobor, tak perlu le 60 bagi chance graduan isi kekosongan lainlah kalau yang berumur tu khidmatnya masih diperlukan bukan untuk semua orang

anyss berkata...

aimaniman: selamat datang...baguslah jiwa suka kerja, majukan negara

anyss berkata...

Sharinginfoz: Yup...bukan untuk semua orang, juga bukan politikkan isu untuk dapat apa yang dia nak. Tak elok tamak ;)

anyss berkata...

Diana: bukan semua orang nak pencen awal, ada orang nak kerja sampai mati. Sanggup pulak tu buat apa sahaja untuk dapatkan kontrak...sampaikan, saya jadi hairan "apa sebenarnya yang dia cari dalam hidup ni? belum cukup lagikah apa yang dia ada?" hu hu hu