Jumaat, 9 September 2011

Misteri Kaki Disepak Tengah Malam

Hari Jumaat yang mulia begini...kita kongsi cerita seram pulak
saje nak ubah mood minggu raya
yang mabuk dengan ketupat dan lemang
aku mabuk minum ubat batuk hu hu hu

Dah baca entri seram aku tentang hantu?
ada tiga entri berkaitan Cerita Hantu Masa di Asrama Sekolah

nanti aku tambah lagi koleksi cerita seram di asrama sekolah ni
yang aku tahu
tapi kali ini nak cerita tentang pengalaman aku
ketika bermalam di pejabat

bermalam di pejabat?
apa ke jadahnya sampai bermalam bagai di pejabat?
Perasan kerja kuatlah tu kan?
apa nak heran, aku ni kan blogger syok sendiri yang perasan hebat

disebabkan aku ni merempit dengan kapcai buruk aje
ada masanya banyak perkara menghalang untuk balik rumah,
lalunya lebih selamat kalau tidur sahaja di pejabat
pertama: hujan turun dengan lebat tak berhenti sampai tengah malam
kedua: kerja terlalu banyak perlu aku guna talian internet
dek terlalu kusyuk di pejabat
waktu sangat lewat untuk merempit balik
dan tak begitu selamat dah nak balik
waktu itu aku tak tahu pun ada talian percuma
boleh dapat dari Streamyx di belakang rumah
langkah terbaik untuk dua keadaan ni:
tidur aje di pejabat
sebab itu bawah meja aku tu
ada toto dan bantal segala
apalah sangat dengan pakaian tukar lain
penuh satu beg pun hu hu hu

satu kali aku kena siapkan kerja
ikut masa ditetapkan, masa itu pula singkat
kena guna internet segala
asalnya nak balik jam 9 malam sahaja
akhirnya dah kusyuk ralit buat kerja
tak sedar jam dah 11 malam
kerja nak buat masih banyak
aku putuskan untuk tidur di pejabat sahaja
dan meneruskan kerja tersebut
setelah bersiram segala
[sangat-sangat bersyukur  bilik air kami dilengkapi
dan sesuai untuk aktiviti mandi manda segala]

hampir jam tiga pagi mata dah tak boleh nak buka
sangat mengantuk
walaupun dah tutup lampu
cahaya kat situ masih terang kerana aku buka bidai
lampu di bahagian belakang betul-betul depan tingkap

siap baca apa yang patut termasuk 3 Kul
aku mula tutup mata
saat itu bagai ada suara mendengus di telinga
terasa tiupan angin panas juga di leher
macam ada orang bernafas di situ
aku buat-buat tak tahu sahaja
kemudiannya terasa kaki aku disepak
aku nampak sendiri kaki aku itu bergoyang @ gerak
sekali sahaja masalahnya
mungkin mata salah nampak
namun gerak itu memang terasa di kaki
aku hanya kata
tido la...esok nak kijo lagi nih
tak payoh dok ganggu ore buleh ko?”
hu hu hu hantu tu paham bahasa kelantan rupanya!

Peristiwa itu tetap jadi misteri hingga kini
namun, bukan aku seorang pernah kena ganggu
En Mat pernah dilihat mengamuk menebas belakang pejabat kami
gara-gara dia diganggu malamnya
dia juga kaki tidur di pejabat hu hu hu
Patutkah aku panggil Mazidul mencari hantu di belakang pejabat aku ni?
 

4 ulasan:

eelobor berkata...

hahahahha.....beranim bena demo setaro nih

anyss berkata...

Eelobor: anok tok dekar...sajer je kalu nakottt. Patutnya anok tok guru lagi tak takut...baco ayat jah, terbakooo semua hantu la la la

azieazah berkata...

Weyyy demo jangan buat memain weyyy.. Seriau kita!

anyss berkata...

Azieazah: Opsssss! dia nak kawan je tu hu hu hu