Memaparkan catatan dengan label harga barang naik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harga barang naik. Papar semua catatan

Khamis, 29 September 2011

Senyum Ayumu Tak Laku di Mataku



Balik kerja semalam, singgah Giant
lauk dah tak ada sekeratpun,
telur tak ada sebijipun
sayur hanya ada tomato dua biji sahaja
nak masak apa kalau tak cari sekerat dua lauk dan sayur

mula-mula naik ke foodcourt, pesan nasi goreng biasa dan neskepe ais
tak sempat makan tengahari, jadi qada jam 4.30 petang
terus sahaja ke bahagian sayur mayur dan barang basah
tarik sepeket cendawan
sebiji kobis bulat pun dah dekat RM4.50
10 biji telur ayam cari yang paling murah
dapatlah RM3.69
akhir sekali pilih paha ayam 4 ketul
agak besar juga saiznya, itu yang rasa geram nak bakar dengan lada hitam
bila timbang, cecah RM10.01 hu hu hu telan liur sekejab
akhirnya...ambil juga
kerja tonggang terbalik macam nak tongkat langit tak ingat nak mati
takat 4 ketul paha ayam pun tak kan nak berkira pula kan?
hu hu hu Cik Bintang mesti gelak kat aku tergolek-golek

Bila nak bayar, hanya 2 kaunter sahaja buka
panjang pula kena berbaris
nak tak nak, memang kena berbaris juga walaupun hanya 4 barang sahaja
(malas pulak nak ke pasar malam; malas nak keluar semula)
sebab ruang yang tak berapa nak luas
maka bengkoklah barisan tu dek panjangnya orang
kat belakang aku ada 4 orang lagi
(entah kenapa banyak pula angka 4 kali ni)

hu hu hu nak sadiskan cerita
ada seorang kakak lawa gebu cantik molek ni
sorong kereta dia yang penuh barang kat depan aku
ingatkan beratur lorong sebelah
katanya dia beratur barisan yang sama
aku pun toleh belakang, angka 4 orang tu dah bertambah lagi
macam mana dia boleh beratur depan aku
sedangkan orang lain yang datang kemudian beratur belakang aku
katanya juga aku datang lagi lambat
padahal, dah lama aku berdiri situ hingga line dah sepanjang tu
(sejak bila pula aku reti ghaibkan diri dari pandangan umum?)

setahu aku,
kakak yang beratur 2 dari belakangku
datang dari arah sama macam dia
dah terkial-kial cari jalan untuk beratur belakang aku
kenapa kakak tu tak beratur belakang dia
kalau dia sampai lebih awal?

mukanya yang comel ayu gebu putih melepak itu juga
dah bertukar jadi masam mencuka getah naik harga
walaupun pakai lipstik warna pink yang tebal
tetap nampak tak cantik pula bila dah tambah dengan jeling tajam
orang-orang yang beratur belakang aku pula
buat-buat tak tahu
buat-buat tak pandang

Agaknya,
muka lawa putih gebu melepak dan berlipstik tebal dia itu
laku tak di mataku?
Haaaaaaaaaa tau pun!
Mana ada lakunya...
lainlah kalau dah hensem kacak macho mengalahkan Mr.Bean
hu hu hu tolong gelak ya...sila gelak
aku memang tengah stress giler tiap kali muka dia
muncul di ruang mata. Huh!

Selera aku nak bakar paha ayam dengan black paper
lari entah ke mana...

Jumaat, 23 September 2011

Selamat Tinggal Kipas Udang!


Hah! apa dah jadi?
semalam pergi cari barang dapur di econsave
tak jumpa pun kicap kipas udang
punggah sos lain yang semuanya dah berbaki dalam botol
yang tak boleh tak ada selain kicap
dah tentu sos black paper dan sos tiram
tak ada dua jenis sos ni
rasa macam tak lengkap je masak
cewaaaaaaaaahhhhh tukang masak tersohor tak heranpun pasal benda ni
aku je dok kalut kalau tak ada
macam rasa dah lari sikit

hujung minggu depan
anak buah kepada adik ipar aku bakal tumpang bermalam di rumah
beras dah berbaki dalam bekas
cukup untuk dua kali tanak je lagi
huh! 5kg jugak aku makan sepanjang puasa lepas
hujung minggu meriah je berbuka dengan adik dan adik ipaQ
siap masak untuk sahur sekali
segan pulak kalau jadi macam hari tu
adik kepada adik ipaQ datang rumah
masa lunch lauk dah siap segala tapi beras tak cukup
kalut kerah adik ipaQ pi beli beras belakang rumah

memanglah dekat ajepun
tapi segan jugak dengan tetamu
jadinya, tak mahu bersesak hujung minggu beli barang
maklumlah masih ramai buat rumah terbuka
hingga bersesak econsave atau Giant
makanya aku pergi malam semalam
ingatkan kuranglah orangnya
rupanya ramai jugak
huh! habis tu tak kan nak balik semula
beli je lah apa yang patut macam dalam senarai
tapi hingga akhirnya...kicap manis kipas udang tak ada

siang tadi, masa balik kerja
singgah Giant nak skodeng kicap kipas udang
dan beberapa barang lain yang belum beli
namun akhirnya,
aku balik dengan membawa botol kicap manis Jalen
Yup! Dina dah letak status di FB dulu
kenaikan harga kicap kipas udang yang melambung-lambung
mengalahkan harga Dinar Emas
ada ka patut botol kecil RM5.69
botol besarnya RM7.99
kicap ke apa ni?

Selamat tinggal kicap manis kipas Udang
aku hanya golongan marhaen yang suka makan kicap manis
dengan telur goreng mata kerbau
kalau harga dah cecah hampir RM6
aku memang tak mampu
selera nak makan kicap pun dah padam

Selamat datang ke dalam hidupku Kicap Manis Jalen
inilah kedua kalinya aku makan kicap Jalen
harapnya akan setia sampai bila-bila
selagi harganya tak melambung macam Dinar Emas!

Rabu, 18 Mei 2011

Semua Barang Naik, Hujanpun Malas Nak Turun

Ismail Sabri Yaakob kata
harga Ron 95 akan disemak mulai bulan depan
semenjak dua menjak ni
acap juga harga petrol naik
akan diikuti dengan kenaikan harga barang lain
gula naik 20 sen pun
macam-macam barang lain naik
kuih sepotong naik 20 sen
macamlah sepotong tu guna gula 1 kg
teh tarik segelas juga naik 20 sen
macamlah segelas teh tarik tu guna gula 1 kg

Zahid Hamidi kata
kerajaan diminta kaji beban rakyat sebelum naikkan Ron 95
golongan marhaen macam aku
dah tak mampu ke Pasar Malampun
apalagi gedung berbintang-bintang
nak beli ikan, ikan naik harga
nak beli ayam, ayam pun serupa
nak beli telur,
betul ke telur itu asli?

belanjawan negara 2012 lambat lagi
apalagi nak mimpi nak berangan dapat hingga dua bulan
teruskanlah!
apalah sangat takat berangan kejar biri-biri je
mimpi memang indah
apalagi kalau bersama Ady Putra
kalaupun ada bonus
bukan semua rakyat Malaysia penjawat awam

 
gula dah naik harga
Rom 95 pun akan naik juga bila-bila masa
darahpun boleh naik
apalagi bila musim kian hangat
ahhhhh hujanpun malas nak turun
usah pula nanti
hujan juga turun naik!


PSSSSST: selepas siap tulis entri ini…hujanpun turun dengan syahdu. Ohhhhhh aku suka. Bestnya dapat tidur malam ni tapi…kerja aku sangat Sangat SANGAT banyak belum siap. Sila abaikan bantal dan selimut! Adehhhhhh!