Selasa, 20 September 2011

Menanti Oktober 7 Dengan Debar Harap


7 Oktober dah makin dekat
ada apa ek? dah tentulah pembentangan Belanjawan @ bajet 2012
semua orang macam tak sabar je dok tunggu
semua orang? huh! macamlah betuk statement tu

kebelakangan ni, makin dekat dengan oktober
makin ramai pula yang singgah kat blog aku
sebab nak cari maklumat pasal Belanjawan 2012
pasal kenaikan gaji kakitangan awam,
penyelarasan gaji untuk tahun 2012, malah
bonus untuk kakitangan awam juga
(yang ni meriahnya carian tu sebelum raya lalu).

dari semua kata kunci tentang kakitangan awam,
kenaikan gaji, penyelarasan gaji, bonus dan sebagainya
paparkan betapa besarnya harapan mereka
untuk dapat berita baik dari Belanjawan 2012 yang bakal dibentangkan nanti.

taraf hidup dah makin tinggi
harga barangpun melambung-lambung naiknya
pergi pasar malam, takat bawa sepuluh ringgit
perut kucing kurus berpenyakit kusta pun tak dan kenyang
apalagi perut aku yang memang dah makin boncit
selepas Aidilfitri dek banyaknya makan semasa rumah terbuka

sama-samalah kita tunggu
Belanjawan 2012 adakah cemerlang untuk golongan marhaen
macam aku
ataukah hanya untuk teruskan besarkan lagi kantung
golongan mewah sahaja
Tak salah mengharapkan ehsan pemimpin tertinggi
membela keselesaan hidup kita semua
setelah mereka kita pilih
dan kita bayar juga cukai tafsiran setiap tahun
ada masa aku terfikir juga
sejauhmana 1 Malaysia dilaksanakan
dan turut mengheret masyarakat negara kita
nun jauh di pedalaman sana
masa masih terlalu awal untuk menilai
hanya aku harapkan, nilainya bukan seperti moto yang lain
hanya disebut tetapi sukar dilaksana

Bila Bahasa Inggeris diwajibkan lulus dalam SPM
hati aku terus terkenang anak-anak pedalaman
pastinya menjadi beban untuk mereka
seperti mana aku (walaupun aku bukan asal pedalaman)
yang tak reti bahasa Inggeris
yang gagal bahasa Inggeris masa SPM dulu
nak buat macam mana
memang bebal nak faham bahasa penjajah itu
(Errr...Malaysia pernah dijajah ke?)
kalau bahasa Budu aku memang hebatlah
sejak kecil lagi hirup budu pakai strow
itu yang fasih mengalahkan Mr.Bean
(Err...apa kaitan Mr. Bean dalam ini cerita?)

Eh, aku kena berhenti tang ni je
sebelum lagi melalut entah merapu meraban tulis pasal apa tah
sama-samalah kita tunggu 7 Okhtober depan
untuk hayati Belanjawan tahun 2012
harapan aku, memanglah tinggi kalau naik gaji
sebabnya, setiap tahun aku bukanlah manusia terpilih
yang akan alami kenaikan gaji melintang menegak membujur lalu
melainkan melintang patah ajelah
nasib baik aku kerja bukan nak kejar semua tu
tapi kalau ada, alangkah NIKMATnya
tahun depan bolehlah tempah BOEING
tak payah sesak tiap kali nak balik raya
KECUALIlah kalau bawak macam MR.Bean bawak helikopter
Mr. Bean lagi! hu hu hu

1 ulasan:

Unknown berkata...

selamat pagi annys..
sama2 kita tunggu ya..
sebagai peniaga k.ayu pun tak sabar menanti

terro adikku pakai strow time makan budu.
dan bab helikopter tu.. entry nie dekat betul dengan entry ww k.ayu pagi nie.. hehehhehe