Isnin, 12 September 2011

Hari Isnin, Tapi Rasa Macam Ahad Lak

Yaaaa, dah Isnin!
hanya hati aku yang rasa macam Ahad
masih nak berlingkar bermalasan dalam rumah
sambil makan tart nenas tersohor;

sumber gambar:Azieazah

semalam angkut 5 pack tart
macam tahun sudah juga, makan tart lepas raya
terima kasih Kak Azieazah, jauh hantar tartnya
lepas jugak kempunan tart yang simpan sepanjang tahun
walaupun tart ni boleh dapat sepanjang tahun
sekali sekala je anak tekak yang meroyan mengada
boleh dimanjakan
kalau tak….hu hu hu mau gamaknya seguni sebulan!

Bila Isnin datang dan hati rasa masih lagi macam Ahad
ohhhhh itu dah nampak petanda pada aras bahaya!
seminggu mamai berlesu diri buat pejabat macam bapak sendiri punya
masih belum cukup?
Huh! bila nak gerak gear TURBO ni?
Alahaiiiii!


Tiada ulasan: