Jumaat, 30 September 2011

Kek Coklat Basah: Pahit, Rentung, Keras dan Tak Berapa Nak Basah


Bukan selalu buat kek coklat basah ni
dah terlupa pula bahan-bahannya
dah lama teringin nak makan
tapi tangguh-tangguh
minggu lepas belasah je buat
tetiba terlupa pulak sukatan tepung gandum
akhirnya pakai sebat je
kesudahannya: KERAS dan tak basah
sangat menderita

Setelah tanya semula tuan empunya resipi
baru ingat semula bahan digunakan
haaaaa tu la, siapa suruh berlagak tak tulis mana-mana
macamlah tak tau PELUPA tahap DEWA

walaupun kali kedua buat
dengan resipi yang betul tapi tangan terlebih lah pula
campak banyak sangat neskepe
tak ikut sukatan hu hu hu
akhirnya: pahit!
Adussssssssssssssssss! nak kena mahirkan semula ni
kang lupa lagi...payah!

Jadinya, nak elak lupa lagi lain tahun
aku nak tampal kat sini ajelah resipi Kek Coklat Basah (Moist)
yang aku paling suka tu
nanti-nanti kalau aku lupa
boleh aje rujuk sini kan?

Kek Coklat Basah Hangit Rentung Versi Anyss hu hu hu


Bahan-bahan Kek Coklat Basah (Moist)
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1 cawan minyak mazola (jagung)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh neskepe
1 sudu baking powder
1 sudu serbuk penaik
4-5 biji telur
secubit garam
sedikit vanila (kalau suka)

Cara Membuat Kek Coklat Basah (Moist)

ayak tepung gandum bersama baking powder dan serbuk penaik.
masukkan gula, serbuk kono, neskepe, garam
masukkan susu cair, minyak mazola dan air suam.
pukul telur hingga kembang dalam bekas yang lain
kemudian tuang ke dalam adunan tadi
masukkan serbuk vanila.

masukkan semua adunan tadi dalam loyang pembakar
bakar selama lebih kurang sejam dengan suhu 150 darjah Frenheight
cucuk kawasan tengah kek dengan lidi untuk uji dah masak atau belum
kalau tak melekat apa-apa di bilah lidi
maknanya dah masaklah tu
kalau masih ada cecair di hujung lidi
tambah masa untuk bakar
bakarlah hingga masak.

4 ulasan:

azieazah berkata...

Kalu buat dibulan posa, yang hangit tu dah bleh ngap masuk mulut budak tak posa. hehehe

Nanti buat kasi perfect, bleh tumpang mengendeng.

anyss berkata...

Azieazah: hu hu hu bila nak gendeng habaQ je...dah boleh buat hu hu hu lupa sbb lama tak buat je ;) ------> cara orang TAKBUR cakap hu hu hu

Unknown berkata...

Salam kak anyss, sy tak faham la cara2 nk buat kek tu. Sbb akak tulis macam ney
Cara Membuat Kek Coklat Basah (Moist)

ayak tepung gandum bersama baking powder dan serbuk penaik.
masukkan gula, serbuk kono, neskepe, garam
masukkan susu cair, minyak mazola dan air suam.
pukul telur hingga kembang dalam bekas yang lain
kemudian tuang ke dalam adunan tadi
masukkan serbuk vanila.

masukkan semua adunan tadi dalam loyang pembakar
bakar selama lebih kurang sejam dengan suhu 150 darjah Frenheight
cucuk kawasan tengah kek dengan lidi untuk uji dah masak atau belum
kalau tak melekat apa-apa di bilah lidi
maknanya dah masaklah tu
kalau masih ada cecair di hujung lidi
tambah masa untuk bakar
bakarlah hingga masak.
*maaf sbb copy*
Bole tak akak tulis guna nom ? Cntohnya, mula2 masukkan itu, kemudian masukkan itu sehingga itu, sy nk buat kek guna resepi akak anyssn tapi tak faham, harap kak bantu saya

anyss berkata...

Myea Bakh: terima kasih dengan kunjungan. Akak akan siarkan entri baru resipi kek ni dengan lebih comey (bukan comot gini) petang nanti. Moga2 kek Myea jadi cantik dan sedap!