Isnin, 11 Julai 2011

Video Bersih 2.0 di Kuala Lumpur



9 Julai dah berlalu dua hari. Sejak tarikh itu hingga Ahad malam (masa aku buat entri ni: nampak sangatkan aku buat entri memalam untuk tayang sensiang), talian internet masih lagi sangat perlahan. Mungkin sebab semua orang serbu dan online untuk cari maklumat terkini pasal hal-hal panas yang berlaku di negara kita ni.

Sambil cari maklumat dan tengok video sepanjang Bersih 2.0 ini, aku kumpulkan juga video berkenaan untuk tatapan kalian. Semuanya boleh tengok di Youtube, tapi bukan semua orang rajin nak tengok setiap video yang dimuatnaikkan di situ. Jadi, aku tampal kat sini untuk tatapan kalian yang malas sikit nak geledah semua koleksi di youtube tu. Nak buat macam mana, hari ni tetiba terrajin pulak nak buat khidmat masyarakat. Jom kita lihat Video Bersih 2.0 di sekitar Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.

Sekitar Pudu Raya


KLCC


Jalan Petaling


Dataran Merdeka


Stadium Merdeka


KTMB Kuala Lumpur


Jalan Tun Perak


Pasar Seni


Kita dengar Kenyataan Media oleh Ketua Polis Negara berkenaan aktiviti dan tangkapan yang dibuat ketika Perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur, Malaysia.


Akhirnya, inilah yang Orang Luar faham tentang Malaysia bila berlaku BERSIH


Inikah Malaysia yang kita nak?


Sampai sekarang, aku masih lagi tak faham apa tujuan BERSIH ni? Adakah mereka nak bersihkan Kuala Lumpur dari sampah sarap yang berlonggok? Hapuskan tempat pembiakan aedes? Tingkatkan mutu udara kuala Lumpur yang agak tercemar untuk hidung aku sedut?

Ada tak sesiapa yang boleh fahamkan kepala otak aku yang tak berapa nak cerdik ni, apa yang BERSIH nak tuntut sangat-sangat tu? Bagi aku faham sikit (Peringatan: aku ni kalau tak faham memang sampai tahap bebal, jadi sila terangkan dengan panjang lebar dan lebih jelas. Kalau tak faham aku akan bertanya sampai faham).

Alfatihah dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lepas. Sama-sama kita doakan rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang dirahmati. Gosip-gosip belakang tabir tentang kematian Allahyarham Baharudin Ahmad ini boleh di baca di blog Hafiz Rahman.

1 ulasan:

eelobor berkata...

saya secara peribadi bersetuju dengan tuntutan bersih tersebut namun amat2 menentang secara keras berhubung cara perlaksanaan perhimpunan haram yang mana banyak keburukan berbanding kebaikan.

umumnya sudah mengetahui apa yang bakal berakhir apabila melanggar arahan pihak berkuasa & berwajib. motif utama untuk menghantar memorandum tapi tercapaikan matlamat tersebut?

akhirnya.... siapa di pergunakan siapa?