Memaparkan catatan dengan label perhimpunan bersih 2.0. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perhimpunan bersih 2.0. Papar semua catatan

Selasa, 24 Julai 2012

BERSIH 2.0 dah Tak Haram???


Untuk rakyat marhaen yang tak lah berapa tinggi manapun mengaji
errrrr itu bukan bermakna sijil aku tu sijil palsu ya
sijil tu aku dapat sebab belajar macam nak rak tonggang terbalik
siang malam macam tak cukup dunia nak kejar
bukannya bayar sijil tujuh lapan ribu, dalam seminggu dah bergelar graduan
namun belum tentu lagi reti pasal hal-hal perundangan
menteripun boleh terbabas salah faham, apalagi aku
yang berasal dari negeri paling miskin, dulu sekolah atap je

errrr sebenarnya, BERSIH 2.0 dah Tak Haram ke?
Sekejab haram, sekejab tak haram…mana satu betul ni?
Tak faham aku!

Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan perintah Menteri Dalam,
Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai 2011
yang mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram
Hakim Datuk Rohana Yusof berkata, beliau membenarkan petisyen
14 ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S Ambiga
untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan:
“BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar”

Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana memutuskan
“keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram
dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan @ mengambil kira fakta yang tidak relevan.
"keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya.

alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966,
seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri
(responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah
dalam tempoh beberapa hari, "Adalah tidak munasabah
bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang
untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud
memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai,
dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.

Ohhhhhh! Itu ayat undang-undang…aku tak berapa nak faham
ilmu aku tak berapa nak cukup mentafsirkan tiap patah kata tu
kena tanya orang yang lebih layak ya…
ada sesiapa kat sini yang mampu menterjemahkan
laras bahasa undang-undang ni dengan lebih mudah difahami?

Pada 8 Julai tahun lalu, Ambiga dan 13 ahli memfailkan permohonan
semakan kehakiman bagi membatalkan perintah Hishammuddin
yang mengisytiharkan gerakan itu sebagai pertubuhan haram dan
menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (KPN)
dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Selain memohon perintah certiorari untuk
membatalkan pengisytiharan perintah itu, mereka juga mahukan satu deklarasi
bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan.
Rohana berkata, walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0
adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan
sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu,
kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.

mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam
menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0
pada 28 April lalu tertakluk kepada syarat ditetapkan pihak berkuasa.
keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak
yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan
tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.
Selain itu, tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon
walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu
selepas menteri membuat pengisytiharan.

"Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan
yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011,
kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian,
jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana.
Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad berkata,
beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dulu
sebelum mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara.

Jadi, keputusannya dah tak haram ek?
Mmmmmm apa-apa je lah labu…asalkan tak terpesong akidah,
ubah ajelah berapa kali nak ubahpun
tapi kalau dah pesongkan akidah hingga boleh sebabkan murtad
jangan dok buat pasai…kang sekeh kepala baru tau!

Pertubuhan BERSIH 2.0 tu yang tak haram ya....adusssss!





Isnin, 11 Julai 2011

Video Bersih 2.0 di Kuala Lumpur



9 Julai dah berlalu dua hari. Sejak tarikh itu hingga Ahad malam (masa aku buat entri ni: nampak sangatkan aku buat entri memalam untuk tayang sensiang), talian internet masih lagi sangat perlahan. Mungkin sebab semua orang serbu dan online untuk cari maklumat terkini pasal hal-hal panas yang berlaku di negara kita ni.

Sambil cari maklumat dan tengok video sepanjang Bersih 2.0 ini, aku kumpulkan juga video berkenaan untuk tatapan kalian. Semuanya boleh tengok di Youtube, tapi bukan semua orang rajin nak tengok setiap video yang dimuatnaikkan di situ. Jadi, aku tampal kat sini untuk tatapan kalian yang malas sikit nak geledah semua koleksi di youtube tu. Nak buat macam mana, hari ni tetiba terrajin pulak nak buat khidmat masyarakat. Jom kita lihat Video Bersih 2.0 di sekitar Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.

Sekitar Pudu Raya


KLCC


Jalan Petaling


Dataran Merdeka


Stadium Merdeka


KTMB Kuala Lumpur


Jalan Tun Perak


Pasar Seni


Kita dengar Kenyataan Media oleh Ketua Polis Negara berkenaan aktiviti dan tangkapan yang dibuat ketika Perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur, Malaysia.


Akhirnya, inilah yang Orang Luar faham tentang Malaysia bila berlaku BERSIH


Inikah Malaysia yang kita nak?


Sampai sekarang, aku masih lagi tak faham apa tujuan BERSIH ni? Adakah mereka nak bersihkan Kuala Lumpur dari sampah sarap yang berlonggok? Hapuskan tempat pembiakan aedes? Tingkatkan mutu udara kuala Lumpur yang agak tercemar untuk hidung aku sedut?

Ada tak sesiapa yang boleh fahamkan kepala otak aku yang tak berapa nak cerdik ni, apa yang BERSIH nak tuntut sangat-sangat tu? Bagi aku faham sikit (Peringatan: aku ni kalau tak faham memang sampai tahap bebal, jadi sila terangkan dengan panjang lebar dan lebih jelas. Kalau tak faham aku akan bertanya sampai faham).

Alfatihah dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lepas. Sama-sama kita doakan rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang dirahmati. Gosip-gosip belakang tabir tentang kematian Allahyarham Baharudin Ahmad ini boleh di baca di blog Hafiz Rahman.