Rindu sangat nak makan benda ni
payah nak jumpa kat sini
biasanya aku sebat sampai puas hati
bila balik kampung sekali sekala
balik kampung hari tu
tak sempat nak rembatpun
tak berpeluang
Banyak kali pergi rumah Cik Bintang
lepak-lepak sambil makan kerepek ubi yang rangup dan sedap
tapi hati masih juga terkonang-konang
kesedapan Tapai Ubi Kayu Goreng
hanya jeling-jeling penuh kemanjaan sahaja
tapai ubi kayu dalam peti ais
Comot je nampak, tapi...yummy je untuk tekak aku la la la
dah tak tahan sangat-sangat
aku goreng sendiri tapai ubi kayu ni
walaupun rupanya tak secantik mana
rasa tak sehebat mana
untuk sementara waktu ni...anak tekak boleh dok diam sekejab
boleh mengidam benda lain pulak
ye tak?
Adoiiiiiii mana nak cari ubi kayu ni???
napelah anak tekak aku ni suka sangat benda-benda yang remeh nak buat?
Ada sesape pandai buat bingka ubi kayu yang sedap tak?
Ada tak?
Nak buat untuk aku tak?
Nak la! nak la!
yang sedap sahaja ya (demand la pulak!)
Errrr...nak kena pergi tanam pokok ubi kayu dahulu ya kawan-kawan
nanti nengok jadi ke idaknya aku godek-godek ubi kayu tu
jadi bingka
ataupun sebenarnya jadi keluli
yang keras dan bersedia untuk dilepaskan ke angkasa
hingga singgah di bulan
Opssssss! sebelum aku merapu meraban lebih panjang
baik aku pergi tanam ubi kayu dulu ya
Errrr sebenarnya letih tak tertahan nak celik mata dah ni
esok cerita bahana apa menyebabkan aku rasa macam
nak tidur je sampai esok
babai!
4 ulasan:
bingka ubi...sedap lama tak makan.tapi pertama kali dengan tapai ubi goreng.kalau tapai ubi saja biasa makan.macam mana rasanya ya?
Pisau belati: Selamat datang.
Kalau tanya tekak saya, memang la lagi sedap dari goreng pisang, tapi itupun bergantung kepada orang yang goreng tu pandai ke tak. Kalau dia pandai goreng pisang (yang sedap), guna cara yang sama untuk goreng tapai ubi kayu ni...sangat sedap!
tp kerepek ubi mmg terbaik..he..he..
woh duye?
Catat Ulasan