Jumaat, 15 Julai 2011

Isnin Nan Porak Peranda

Ini cerita hari Isnin. Entri yang tertunda sebenarnya. Ampun, tajuknya nampak macam ada gempa bumi sedangkan, aku yang tak cukup tanah nak berlari.
Semalam, (Ahad) penat gilerrrrr. Orang gila pun tak penat serupa itu la la la. Mmmmm dah mulalah tu nak lencongkan cerita bagi panjang lebar dua puluh empat hasta kan...

Selepas siapkan kerja yang tak siap sepenuhnya pun petang semalam (kalau nak tunggu kerja tu siap, sebulan lagipun belum tentu siap sayang oiiii!), aku mulakan operasi membungkus beberapa jenis kerepek yang ditempah. Lebih kurang jam 9 paginya, Mas kat Serdang tu sms tanya bekalan kerepek bawang dan kerepek ubi lada hitam. Permintaan segera, esok! Bermakna, aku kena hantarkan kepadanya selewat-lewatnya malam ini juga.

Memanglah stok ada tetapi masih belum dilakukan operasi membungkus. Masing-masing kerja, mana nak sempat buat operasi bawah tanah sebegini selalu. Kami lebih produktif pada hujung minggu. Namun, bila pembeli nak pada tengah minggu, tak kan kami nak suruh tunggu minggu depan pula. Bantut selera orang nak makan!

Sebenarnya, aku tak sangka pun yang Mas ni sangat cepat bergerak. Baru sahaja hantar berkarung-karung besar kerepek ubi dan meruku sehari sebelumnya, (5 jenis, dalam 70 pack lebih kurang), dah pun minta bekalan baru. Dia minta aku hantarkan 10 paket kerepek bawang, 10 paket kerepek Dhal dan 5 paket kerepek ubi lada hitam. Lebih kurang berkarung jugalah. Selebihnya aku simpan untuk jualan di pejabat aku juga. Senang sikit kalau dah ada dalam bentuk paket macam tu...orang nak aje, dah boleh angkut esoknya ke pejabat tanpa perlu kelam kabut buat operasi packing kerepek ni semua.

Masa mulakan kegiatan subersif menambah pendapatan dari kerja sampingan sebegini (tak bolehlah sangat nak harapkan bonus untuk kakitangan kerajaan semata-mata setiap kali belanjawan tahunan diumumkan kerajaan sahaja, kena usaha lebih sikit untuk tambah sumber pendapatan. Sekarang ni, semua benda naik harga, kalau tak ada pendapatan sampingan, sempit jugak hidup walaupun mulut sendiri je aku nak bagi makan la la la aku ni dah mula belajar tamakkan harta dunia ni hu hu hu ) dengan menjual keropok ikan. Alaaaaa keropok keping ikan yang orang Kelantan dan Trengganu dok heboh sangat tu...yang tu lah. Masa balik kampung, aku beli 2-3 kilo keropok keping tu, kemudian goreng dan jual kat budak-budak sekolah. Keropok ikan ni berkhasiat tau...banyak protein. Sambutan budak-budak tu sangat menggalakkan sampai tak cukup tangan aku nak goreng dan letak semula kat kedai tu. Siap adik-adik tu pesan mintak digorengkan lagi hu hu hu meriah je permintaannya ek?

Kerepek Bawang Rembow yang rangup...yummy! kruk kruk!

Aku hantar kat kedai ni sekali seminggu je, setiap Isnin. Hari Ahad tu aku mulalah bersilat kat dapur goreng keropok. Seronok sangat bila sambutannya meriah begitu. Kalau ada sesiapa yang berniaga di kantin sekolah, nak juga aku pergi letak. Budak-budak sekolah makan keropok ikan tak apa kan? Makanan sihat kan? Ada tak sesiapa yang berniaga di kantin sekolah sekitar Bandar Baru Bangi kat sini? Sila angkat tangan dan order keropok ikan siap goreng dari aku hu hu hu

Aku sebenarnya sangat suka tengok orang kita maju dalam dunia perniagaan. Ramai-ramai kaya macam arwah Datuk Sosilawati Lawiya pun tak apa. Aku ni payah sikit, memanglah minat berniaga tapi aku lebih suka dengan kerja aku sekarang ni. Takat ni lah, esok lusa tak tahu lagi macam mana. Lagi pula tak ada bakat nak niagapun.

Aku pernah bagi idea jual keropok ikan ni kat seseorang, malah aku bekalkan keropok ikan tu. Lebih 5kg aku bagi kat dia (bagi dahulu untuk diusahakan, bila dah habis jual baru bayar balik harga keropok tu, sampai sekarang belum terima lagi bayarannya. Bermakna, belum habis lagi lah ek?). Dia tu lebih mudah lagi sebab emaknya mengusahakan kantin sekolah. Memanglah tak ramai pelajarnya, dua tiga ratus orang sahaja, tetapi potensi tetap ada. Kalau seorang pelajar beli sekali dalam masa seminggupun, hasilnya tetap ada. Tak perlu lagi cari pelanggan lain merata. Hingga sekarang, aku tak tahu apa jadi dengan perusahaan itu. Dan aku mengharapkan, operasi keropok ikan asalnya itu akan lebih berkembang. Moga-moga lebih maju sekarang ni. Moga-moga. Kalau tak maju juga, nak buat macam mana. Bukan semua orang ada bakat untuk berniaga. Akupun tak ada bakat juga...saje je gatal nak buat sama.

Memanglah bila nak mulakan perniagaan, mesti ada modal. Namun, kalau nak tunggu modal juta-juta rupee baru nak mulakan, macam TESCO segala...nak bela ikan perlu belasah terus 20 kolam, nak bela lembu perlu ada ladang (ayah aku kat kampung tu bela lembu bermula satu ekor sahaja, dia ikut contoh mat jenin. Kemudian bertambah sedikit demi sedikit hingga pernah cecah 10 ekor. Untuk dia yang suka-suka bela lembu, sepuluh ekor itu sudah terlalu banyak bagi aku. Anak-anak dah kerja, tak perlupun dia bela lembu, namun naluri petaninya sangat tinggi. Kena juga bela untuk elak dari sakit; Nak raya Aidiladha, semua orang cari dia nak beli lembu...macamlah dia buat ladang!) sampai bilapun kita tak akan bergerak dari titik sedia ada kalau hanya nak mula dengan kapasiti paling besar. Sampai bilapun kita tak akan mulakan sesuatu. Sebabnya, modal bukanlah masalah kita seorang. Masalah semua orang yang terjebak dalam dunia perniagaan.

kerepek bawang dan kerepek ubi lada hitam. Tidak termasuk kerepek Dhal. masa ni belum bungkus lagi kerepek Dhal.

Aku hanya mahu mulakan apa yang pernah aku cadangkan caranya kepada seseorang itu. Mulakan dengan hanya jual keropok ikan goreng sahaja. Kemudian, naik setingkat demi setingkat. Aku gagahkan pula jual kerepek dhal. Seterusnya kerepek ubi kayu masin. Kerepek pisang abu. Kerepek ubi kayu pedas kering. Opak. Kerepek bawang. Hingga akhirnya semua itu aku senaraikan untuk jualan sempena musim perayaan Aidilfitri nanti.

Promosi Kerepek Pra-Ramadhan yang aku buat seminggu dua ni agak membanggakan juga sambutannya. Kalau untuk hari raya, aku siapkan ikut berat 300g, 500g dan 1kg, tetapi untuk promosi jualan kerepek dan meruku pra-Ramadhan ini, aku buat bungkusan yang lebih kecil iaitu lebih kurang 200g sahaja dengan harga RM4.

Semuanya. Sudah sedia untuk penghantaran! Fuhhhhhh! Kerja keras kan.

Untuk promosi yang tak berapa nak berjalan itupun (tak sempat nak promosipun, apalagi berjalan!), aku dah lenguh jari jemari nak packing segala, lalunya bagaimana kalau kita usaha sungguh-sungguh. Tumpukan sepenuh usaha dan tenaga buat betul-betul. Mesti akan berjaya juga akhirnya. Betul tak Kak Ayu?


Kepada rakan-rakan yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi, Teras Jernang, Sungai Tangkas, UKM, Sungai Merab, Sungai Ramal, kajang, semenyih, Putrajaya, Nilai 3 dan Nilai, sudah boleh membuat tempahan untuk Aidilfitri nanti. Siang tadi (Isnin), kerepek bawang dah mula naik harga. Ramadhan belumpun datang, kerepek dah mula naik harga. Adussssss!

kepada yang nak buat tempahan, bolehlah email di annieyss@gmail.com atau kerepekrembow@gmail.com. Waktu tempahan terhad berdasarkan stok. Selagi boleh dapat stok, walaupun kena beratur tunggu di dapur, masih lagi boleh diterima tempahan. Namun, kalau dah tak ada stok di tempat yang aku selalu ambil tu (situ je paling sedap, walaupun harga mahal sikit dari tempat lain. Aku juga dah rasa di semua kilang lain yang berhampiran, tetapi rasa tak menakjubkan sangat.), kira tak adalah walaupun di kilang lain masih ada stok. Kami mementingkan kepuasan pelanggan. 

7 ulasan:

Amie berkata...

selamat tengahari anyss,
sukanya kita tengok perniagaan org2 kita ni... teringin nak rasa keropok dhal!

beautiful_rose berkata...

wah....sedap ni dapat makan sambil tgk tv...jadi snak =p

Wattie berkata...

Salam ziarah dan ukhwah,
Wahhh...bestnya bila bisnez dpt sambutan

anyss berkata...

Amie: Baru mencuba...mana tahu untung sabut. Takat ni permintaan boleh tahan juga, tapi kena usaha keras sikitlah.

Saya suka kerepek ubi pedas kering. Rasa nak tanggal hihi dok mengunyah ;)

anyss berkata...

beautiful Rose: Selamat datang. Memang pun...tak sedar habis sebalang kunyah

anyss berkata...

beautiful Rose: Selamat datang. Memang pun...tak sedar habis sebalang kunyah

anyss berkata...

Wattie: Wsalam dan selamat datang. Baru mula sebulan dua ni je, takat ni alhamdulillah...ada juga sambutan. Harapnya lebih laju sempena Syawal.