Khamis, 28 Julai 2011

Apa Boleh Dibeli dengan RM10 Hari Ini



Ini kisah hari Selasa lepas
hari pasar malam di negeri Bandar Baru Bangi ni
disebabkan belum sarapan
walaupun dah jam 5 petang
(kalaulah niat puasa kan elok!)
aku menapak juga ke pasar malam
berbekalkan RM10

nekad dalam hati
hanya sejumlah ini sahaja akan dibelanjakan
untuk hari ini. Nekad!
dan juga beli barang basah beberapa hari
sebelum puasa
Dapat tak?

Boleh ke bawa RM10 ke pasar malam
dan berangan nak beli macam-macam keperluan
hingga seminggu?
macamlah tak tahu harga petrol dah naik
letrikpun dah naik , melompat-lompat bil rumah aku bulan lepas
harga barangan dapur juga dah naik
hanya hujan sahaja malas nak turun
lalunya, masih lagi berangan?

Ok, kita tengok siapa yang KENAAAAAAAA!

mula-mula tawaf pasar malam
nak beli makanan tapi tak tau nak beli apa
singgah di gerai nasi kerabu
ramai orang kerumun
nampak macam sedap
terliur benar tengok solok lada dan daging bakar
bila nampak lalatpun turut kerumun
tak jadi beli
Ampun! aku memang cerewet!

singgah gerai jual mehun sup
adik tu buat-buat tak nampak aje
maklumlah muka memang nampak macam makcik klener
yang tak ada duit...memang tak adapun, bajet RM10 je hari ni
tak jadi beli
terus ke bahagian barang basah
nampak rambutan segar dan elok
RM6 untuk dua kilo
tak cukup nak beli benda lain pulak
rambutan tidak mengenyangkan
lagi tambah dugal isi perut adalah
dah lah belum makan apa-apa lagi hari ini
kecuali air kosong

intai-intai sayur
paling murah 50 sen
itupun dua batang sawi je pun
ambil je lah seikat
cukup kot untuk 3 hari
ambil juga cili padi, tak sedap kalau tak ada rasa pedas
dah seringgit untuk satu piring
kemudian singgah tempat jual ayam
ambil suku ekor ayam yang kecil dah Rm3.90
(entah ayam entah burung gamaknya!)

sambil balik, singgah gerai mehun sup lain pulak
yang tak ada lalat
melayang RM3.50 untuk sebungkus
bila makan baliknya
masih ada ruang longgar boleh diisi lagi dalam perut
kira punya kira
masih berbaki RM1.10
persoalannya: dengan dua batang sawi
dan suku ekor anak ayam itu
berapa kali boleh aku masak untuk isi tembolok?

Mmmmm kena puasa Rejab sebelum Ramadhanlah nampak gayanya kan!
Itulah aku
yang berjaya belanjakan bawah RM10 di pasar malam
paling berprestej di dunia
Salam 1Malaysia!
Errrr bajet 2012 nanti, gaji aku naik tak?
tak pun, boleh dapat bonus dua bulan gaji tak?
Isssshhhh! sampai bila aku nak makan behun kicap je ni!

2 ulasan:

dina berkata...

aku kalau bawak RM10 pegi psr malam beli ice blended ain dah 3.50, beli nuget/benda goreng 2 cucuk dah 2.00, pehtu kang dia nak beli kotiaw goreng lak... 3.50 lagi... tengah2 jalan kang nak beli air soya (ice blended nak simpan minum kat umah) dah singgit... pokoknya xcukup!

anyss berkata...

Dina: Ain pun tak cukup 10 hengget tu ek? hu hu hu makmur betul negara kita kan la la la ------> macam kat paris lak, sepinggan nasi baru 20 Euro la la la