Khamis, 26 Mei 2011

Skim Rumah Pertamaku

Skim itu yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2011 memberi peluang kepada golongan muda berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri untuk membeli rumah.

Skim tersebut memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah. Golongan muda berumur 35 tahun ke bawah boleh memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.

Skim ini berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad. Ia diharap akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat.

Apa tunggu lagi, jom ramai-ramai beli rumah. Lagipun, kalau beli rumah, boleh rebat cukai sebanyak RM10 ribu tau. Bukan mudah nak dapat cari jalan untuk dapatkan rebat macam tu, ramai yang ngelat bayar cukai tau!

Masalahnya, di Bangi ni, mana ada lagi rumah yang harganya bawah RM220 ribu tu. Mmmmm buka khemah ajelah gayanya!

10 ulasan:

arituarini berkata...

belum cuba lg ni...nnt nak cuba..bleh ke tak dpt..

Zoel berkata...

Nampak macam bestkan skim tu? Tapi ramai yang masih merungut sebab proses nak apply-bukan boleh men appy saje..

Maiyah berkata...

assalam..

mmg x mudah tp jgn berhenti berusaha ;)

faizalnizam berkata...

rumah mahal2 sekarang. mmg betul. kalau dekat town mana la nk dpt rumah 220K. lain la kalau kawasan yang tak berapa nak town sgt. tp at least skim tu boleh la membantu sedikit sebanyak daripada takde langsung.

Ann Huda (Ate) berkata...

Di Bangi tiada lagi rumah berharga RM220 ribu??? Hmmm..tiada yg tidak naik di dunia ini. Yang peliknya iman selalu pulak menurun ;( (sekadar takjub dg diri sendiri yg merasai kenaikan semua benda kecuali iman di hati ini)

eelobor berkata...

itu bangi, kat gombak pun dah tak jumpa la akak dia wehhhhh

anyss berkata...

ArulchelseA: kalau layak, baik cuba. sementara peluang masih ada...

zoelisme: selamat datang. ok jugak bila proses dia rumit sikit, bukan apa...ramai sangat orang tak layak dilayakkan untuk dapat sesuatu yang bukan hak dia. Kalau susah nak apply pun payah juga...

anyss berkata...

maiyah: wsalam. betul tu...bukan semua orang layak. bagi yang cukup syarat, kena usahalah sikit.


Fyzal: selamat datang. Harapnya dapat membantu...jangan pula nanti ada pihak yang salah guna peluang pula. Peluang bukan selalu ada...

anyss berkata...

Ann Huda: Hujan pun tak pernah naik jugak hu hu hu

area Bangi, paling murah rumah 260k. Itupun dah pupus...buka khemah ajelah nampaknya kita ya ;)

anyss berkata...

Eelobor: kena undur ke Janda Baik kot ;)...jom beli umah di JB...suasana tenang, udara bersih, jin bertendang pun ramai ;)