Jumaat, 27 Mei 2011

Bukan Kita Seorang Nak Masuk Syurga

Sempena hari Jumaat yang mulia, kukongsikan rasa ini dengan semua;

Bukan Kita Seorang Nak Masuk Syurga

 
kenapa perlu memandang negatif
dengan kebaikan yang orang lain lakukan
mereka juga nak buat pahala
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang yang baik budi
masih ramai lagi yang budiman

kenapa perlu memandang negatif
dengan pertolongan yang orang lain hulurkan
mereka juga nak buat pahala
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang yang baik hati
masih ramai lagi yang dermawan

kenapa perlu memandang negatif
dengan baik budi yang orang lain lakukan
mereka juga nak buat pahala
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang yang budiman
masih ramai lagi yang tinggi insaniahnya

kenapa perlu memandang negatif
dengan sopan santun yang orang lain lakukan
mereka juga nak buat pahala
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang yang penyantun
masih ramai lagi yang beradap budaya

kenapa perlu memandang negatif
dengan sedekah yang orang lain lakukan
mereka juga nak buat pahala
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang yang dermawan
masih ramai lagi yang ikhlas memberi

kenapa perlu memandang negatif
dengan pemberian yang orang lain lakukan
mereka juga nak buat pahala
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang yang baik budi
masih ramai lagi yang tulus menghulur

Boleh tak, kalau tidak memandang negatif
dengan setiap kebaikan dan pemberian yang orang lain lakukan
mereka juga mendapat hidayahNya
seperti kita
nak juga masuk syurga
macam kita
bukan kita seorang hambaNya yang taat
masih ramai lagi insan lain yang sanggup berjuang
menegakkan Islam yang kita cintai.

Boleh tak
usah memandang negatif kepada orang lain?
Boleh tak
beri peluang kepada orang lain juga
mendapat pahala
kerna bukan kita seorang ingin masuk syurga.


~~Anyss~~
18 Mei 2011
Bandar Baru Bangi



6 ulasan:

kella berkata...

iya... alangkah baiknya jika kita sama sama berkongsi kebaikan.. agar semuanya dapat banyak pahala.. agar ramai umat islam kita yang dapat masuk syurga.. insyaAllah...

Cetusan berkata...

betul 100%, pandai cik anyss,
janji saya tak buat lagi.

"sembunyi jari kiri..."

eelobor berkata...

biarkan aje si luncai dengan labunya

anyss berkata...

Kella: selamat datang. Dunia tak perang kalau semua orang berbaik sangka

anyss berkata...

ZZ: apa yang betul? Apa yang ZZ dah buat? Kenapa dengan jari kiri?

anyss berkata...

Eelobor: kalau luncai tu terjun sensorang je tak apa jugak...kalau dia ajak Pak Dogol, Wak Yah, Mat jenin, Pak Kaduk sekali...kang huru hara tu ;)