Ahad, 27 Februari 2011

Rakyat Malaysia di Libya Dibawa Pulang

Tindakan negara kita yang cepat menghantar sebuah pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk operasi menyelamat dan membawa pulang 190 rakyat Malaysia di Libya memang sangat patut. Kita tahu kosnya memang tinggi, tapi itulah namanya tanggungjawab negara kerana "Rahyat didahulukan". Bukan macam Ghadaffi...sanggup bedil, bom rakyat sendiri.

Situasi semakin mendesak. Walau bagaimanapun, pesawat C-130 itu masih menunggu untuk mendapat kebenaran mendarat daripada pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli. Nasib baik pesawat C-130 itu kebetulan berada di Eropah untuk tugasan. Boleh terus sambar rakyat Malaysia yang berada di sana.

Lihatlah betapa pentingnya negara kita aman. Kalau kacau bilau, bukan sahaja ekonomi akan merudum, hilang nyawa dan kucar kacir, tapi...nak mimpi pun payah. Ingat tu...jangan sesedap rasa je nak berarak hulu hilir perjuangkan entah apa-apa yang hanya untungkan pihak tertentu sahaja...mmmm apa yang aku tengah leter ni ya?

Apapun, sama-samalah kita kekalkan keamanan negara. Erggggggg ngantok lah!

PsssT: Orang Malaysia memang suka berpesta di lebuhraya kan? Duit syiling pun jadi...beras lagilah seronok. Mmmmm aku tengah bayangkan bermandikan yogourt...huh! awet muda tu. Baring-baring atas yourgt sambil makan ;)

6 ulasan:

ADLIL RAJIAH berkata...

kalau mandi kek best tak?? huhu
Saat Aku Kau Pilih

eelobor berkata...

Alhamdulillah, jika langkah segera telah di ambil. Khabarnya negara2 lain lebih awal lagi mengeluarkan rakyat mereka di situ.

sangat2 bersetuju bahawa pentingnya keamanan sesebuah negara. pikir2 dan sama2 kita renungkan.

hindari musuh dalam selimut

Cetusan berkata...

llaa kita baru nak belayar LIBYA

Cetusan berkata...

Sembur sabun je, jgn tembk luka

azieazah berkata...

Semoga semuanya selamat.

Negara kita juga yang best...

anyss berkata...

Jiji: kalau kek panas, tak bes ;)

Eelobor: bukan semua orang suka negara kita aman. Ada jugak rakyat kita yang suka kucar kacir dan buat onar hu hu hu

Zz: Tak ajak pun pi Libya...nak ikutttt! Bukan tembak guna air kumbahan ke?

Azieazah: betul tu. Kalau tak best, kenapa ramai orang serbu kan...macam2 orang ada