Jumaat, 4 Februari 2011

Nak Letak Tajuk Apa Ek?

Musim Cuti dah Sampai, Walaupun Hanya 2 Hari

Bila musim perayaan, semua tempat akan sibuk. Pergi pusat beli belah penuh orang, pergi bank juga penuh orang. Lari pergi Tabung Haji, ramai tak orang?

Ini cerita hari Rabu lepas. Huh! Masa menunggu hanya 1 jam 51 minit sahaja. Ohhhhhh!


Kebetulan tak sempat sarapan walaupun dah jam 2.15 petang. Selesai isi borang dan ambil nombor, terus ke kedai makan berdekatan. Selesai sebat sepinggan nasi goreng dan neskafe ais, hanya 15 nombor sahaja bergerak.

Jengah seketika ke kedai buku. Apa nak cari tak jumpa. Datang balik Tabung Haji. Masih belum banyak nombor berganjak. Tak ada pilihan lain, berdiri sahaja di dalam Tabung Haji yang sempit. Berbanding di luar, panas di bahagian dalam tidak sepanas di luar.

Lima minit kemudian, seorang jejaka yang hensem hatinya serahkan nombor berikut padaku;


Alhamdulillah. Aku hanya perlu tunggu 5 orang sahaja lagi di hadapan. Terima kasih adik nan hensem ;) Hensem tak semestinya pada rupa...lagi penting pada hati...


Bila musim perayaan sebegini, ramai ambil peluang untuk tinggalkan rumah beberapa hari; balik kampung, bercuti atau menikmati keindahan erti hidup sebelum perlu berkerja semula minggu hadapan. Bagaimana dengan keselamatan rumah yang ditinggalkan?

Aku pernah tulis tentang Keselamatan Rumah di Musim Perayaan, ada beberapa cadangan di entri tersebut.

Aku juga tinggalkan Bangi walaupun tidak begitu jauh langkahnya. Namun, pada musim perayaan sebegini…ada baiknya singgah seketika jumpa Pak Sedara, beritahu rumah akan kosong selama beberapa hari;

Mereka akan selalu buat rondaan di kawasan perumahan kita. Dan aku dibekalkan dengan senarai nombor berikut untuk dihubungi kalau-kalau ada masalah nanti;


Baiknya Pak Sedara aku kan?

Jadinya, jangan dok gedik nak panjat pagar rumah aku tu ya…Pak Sedara sentiasa dok intai tau!

15 ulasan:

Unknown berkata...

salam malam sabtu annieyss

kak pun kena macam kamu..tapi di bangunan imegresan, sambung permit pembantu rumah...

penat tunggu...peeh...jenuhlah nk CNY

gadisBunga™ berkata...

baik ada makna kottt....huhuhu~

Cetusan berkata...

ye ye.juta2 dlm ac

azieazah berkata...

Selamat bercuti ANNYS, moga selamat walau di mana jua berada...


Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

Murni Alfathunnisa berkata...

Mujur ada orang yang hensem hati nya kan...susah woo nak cari..jenuh nak menunggu giliran tuu

eelobor berkata...

tabung aji pun dah boleh kuar atau bank-in kat mesin sekarang kan?

caluk@cencaluk berkata...

dpt byk limau tak he he

Anaasuria berkata...

salam anyss,
hehe, tu memang rejeki terpijak orang bagi nombor. memang kat mana2 tbaung haji pun cenggitu.. apa kata buat akaun kat bkr or bank islam yang boleh link dengan akaun tabung haji, senang nak masuk duit, and lagi senang nak kuar duit. hehehe.. tak yah beratur, bole buat kat ATM jer.. heheh..

indah.com berkata...

tajuk tu kesibukan musim perayaan. Tajuk blog saya ' jom melawat sekolah anak2 orang asli. sila jengah. saya follow awak

indah.com berkata...

memang musim cuti di mana2 pun sibuk. kalau Langkawi sibuk gila. semua hotel penuh. ada yg tidur dlm kereta. kereta sewa naik harga. mcm tu org melayu berniaga

anyss berkata...

Citarasa Rinduan: kalau musim perayaan memang macam tu...semua orang serbu

GB: Errrrr...dia bawak anak, salah hari cik adik sayang bagi bantal tido di sofa ;)

anyss berkata...

Zz: betul! betul! betul! juta2 rupiah....dah pun ranap hu hu hu

Azieazah: terima kasih. Tak jauhpun dari Bangi walaupun beza negeri ;)

anyss berkata...

Siti Murni: selamat datang. Orang ensem hatinya dah lama pupus hu huhu

Eelobor: Bolehhhhhhhh. Kalau guna kad, lagilah cepat akaun kosong hu hu hu

anyss berkata...

Caluk: Errrr dapat pisang je

Aanas: wsalam. Sebab tu panggil dia ensem ;)

elakkan ada ATM untuk tabung haji...karang lagi lajuuuuuuuuuuuuuuu keluarnya dari masuk hu hu hu ----> sedar diri pulak tu kan hu hu hu

anyss berkata...

indah: semua ambil peluang cuti panjang untuk bersama kelurga. waaaaa bestnye kan kalau boleh cuti sambil nyelam2 ;)