Dah lama aku tulis pasal benda ni, namun entah kenapa tak pernah jadi entri dalam blog ni. Kenapa perlu takut menjadi diri sendiri? kenapa nak jadi orang lain?
Menurut DUA pakar pembedahan plastik terkemuka di Beverly Hills, seorang wanita yang sempurna tahun ini akan mempunyai mata seperti Anne Hathaway, bibir Scarlett Johansson, pipi January Jones, bentuk muka Halle Berry dan hidung seperti Natalie Portman.
Bagi lelaki pula, pipi Leonardo DiCaprio, kulit Neil Patrick, hidung Jude Law, mata Hugh Jackman, bentuk wajah Jon Hamm, bibir Ashton Kutcher, rambut George Clooney dan tubuh Mark Wahlberg menjadi dambaan pelanggan lelakinya.
Ciri wanita sempurna 2011 adalah seperti berikut:
PENELOPE Cruz: Tubuh sempurna
TAYLOR Swift: Rambut sempurna
ANNE Hathaway: Mata sempurna
NATALIE PORTMAN: Hidung sempurna
SCARLETT Johansson: Bibir sempurna
HALLE Berry: Dagu sempurna
JANUARY Jones: Pipi sempurna
Perlu ke jadi orang lain? mengapa nak menyesal jadi diri sendiri?
Psssst: Sentiasa bangga menjadi diri sendiri, walaupun kulitku gelap bak Dayang senandung, badan berpanau bak Malim deman, Mata besar bak Kajol, hidung penyek bak cekodok terhempas, bibir moncong bak flower corn, muka bulat bak Tempayan Budu…hu hu hu syukur alhamdulillah. Paling kurang aku masih ada diri. Ada orang, bukan sahaja tak berpeluang jadi sendiri…tak ada diripun untuk dapat peluang. Ohhhh apa yang aku melalut ni?
7 ulasan:
Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang di beri semulajadi
salam anyss....
betul tu....buruk ker cantik ker...ttp itu yang terbaik untuk diri kita...kita ini sebenarnya cantik dengan cara kita sendiri...
Jgn wat gimik ek. Terlampau ter byk. Tercantik. Ter box off . Malu o ..jadi mat gimik.. Terramai follower,
mek ter.
Bila org kelantan je gimik. Haha
Betul, setuju sangat..
Tak perlu jadi orang lain kan..
Jadi diri sendiri sudah cukup kot..
HUhuhu..
Terima seadanya kan.. *Bersyukur
Entry Terbaru: Ketahui Apa Yang Berlaku Di Tahun Kelahiran Anda
Teknologi dan kemajuan, antara penyumbang orang semakin ingin mengubah fitrah diri...
Make-over yang Over...!
Eelobor: Aminnnnn idung penyek pun tak pe kan...asal panadai wat jemput2 pisang kapas ;)
Rosnanie: wsalam. Betul. Kalau terlebih comel kang lain pulak jadinya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita
Zz: errrr TER emo dah zz ni kan ;)
d_Tieah: betul! betul! betul! (sila tiru suara ipin upin) hu hu hu sudah semestinya! Tak payah nak jeles dengan kelebihan orang sebab kita tak tahupun kalau ada orang jeles dengan kelebihan kita ;)
Mok Yang: Make over dengan simply Sity pun dah terlebih comel dah kan...tak payahlah sampai ubahsuai segala macam ayam nak kena panggang ;)
Catat Ulasan