Hari ini hari Maulidur Rasul, rasul junjungan kita Muhammad S.A.W. Namun, entri ini masih lagi tentang 14 Februari, namun bukan tentang sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day. Malas dah nak tulis tentang benda alah tu. Ramai blogger dah tulis, termasuk aku juga di Kempen Jerat Valentine’s Day dan Sambut Hari Kekasih.
Ramai ingat 14 Februari sebab Hari Berkasih Sayang. Sebab Valentine’s Day. Sebab kena beli atau terima hadiah. Sebab semua orang meraikannya ramai-ramai, sebab satu dunia mengagungkannya.
Kenapa ramai yang tak ingat bahawa pada tarikh 14 Februari inilah, kita telah kehilangan seorang wira negara? Seorang pejuang yang sanggup pertaruhkan nyawanya demi tanah tumpah darah kita nan tercinta ini? Mengapa tidak ada orang pun mengenangnya?
Tiada orang jugakah yang hulurkan alfatihah tanda terima kasih tak terhingga kepadanya?
Tak nak cerita panjang, nanti jadi macam kuliah sejarah perang dunia ke dua pulak. Jadinya, silalah nikmati kisah pejuang kita ini. Kisah Leftenan Adnan.
Juga terdapat di sini:
Walaupun animasi, ada banyak benda yang kita boleh pelajari;
The Battle of Bukit Chandu (Pasir Panjang)
Sesekali, apa salahnya kita belajar sejarah. Itupun tujuannya semua pelajar diwajibkan ambil mata pelajaran sejarah. Baru tahu akar umbi bangsa dan negara. Biar kita tahu sejarah bangsa, barulah kita tahu mana letaknya diri.
Barulah kita akan lebih hargai apa yang kita ada. Ya tak? Nanti taklah ada malaun yang sanggup gadai negara hanya kerana kepentingan sendiri sahaja.
Biarpun 14 Februari yang itu telahpun lama berlalu, apa salahnya, kita sama-sama hulurkan doa dan alfatihah kepada wira ini.
Aminnnnnn. Moga rohnya dicucuri rahmatNya.
PsssT: moga-moga maulidur Rasul kali ini kita dapat "sesuatu" lebih dari tahun-tahun sebelumnya.
5 ulasan:
Ingat2 lupa. .pasir panjang rupanya Johor
alamak...terlepas pandang la pulok. terima kasih kerana mengingatkan saya. Al-Fatihah buat pejuang negara.
Salam dear, tak tahu pun pasal leftenan Adnan yg pergi pada tarikh tu. Semoga rohnya dicucuri rahmat..Alhamdulillah nampaknya makin ramai org sedar ttg Valentine's day ni..
Salam dear, tak tahu pun pasal leftenan Adnan yg pergi pada tarikh tu. Semoga rohnya dicucuri rahmat..Alhamdulillah nampaknya makin ramai org sedar ttg Valentine's day ni..
ZZ: Errrr yer Johor...tempa yg ZZ suka pergi tu ;)
Eelobor: Kebetulan teringat...tu pun telewat sehari
TK: Wsalam. Ramai yang tak tahu pasal ni, harap2nya selepas ni akan lebih ramai orang tahu. Sama2 kita sebar-sebarkan agar wira negara sebegini tidak dilupakan.
Catat Ulasan