Nak jadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar ilmu, maka kerap jugalah pesta buku diadakan. Terkini adalah seperti berikut;
Tempat: Kompleks PKNS, Bangi
Tarikh: 30 Jun hingga 15 Julai
Masa: 11 pagi hingga 10 malam
Banting dah lama tergantung kat tiang lampu sepanjang jalan di Bangi, tapi lupalah pula nak hebahkan. Jadi bagi sesiapa yang memang suka mengamalkan budaya membaca ni, silalah terjah PKNS Bangi. Gaji pun baru dapat kan?
Mohon maaflah, tak ada apa-apa gambar berkaitan boleh tampal kat sini. Aku sendiripun belum pergi lagi. Rasanya elok juga pergi sana, kalaupun ada masanya banyak buku-buku sekolah, buku agama yang biasa kita jumpa, namun mana tahu kali ini banyak penerbit pula ambil bahagian. Pesta buku Bangi yang lepas aku jumpa satu gerai yang jual buku-buku lama, mana tahu kali ni ada lagi, dengan koleksi buku yang lagi anggun menawan. Selamat berkunjung!
13 ulasan:
apa kata kita terjah minggu ni? aku perlu ke bangi atau kau perlu turun KL?
to Dina: mana-mana pun boleh. Aku bagi peluang ko yang setkan ;)
haa...borong ye jangan tak borong hehehe
to Jieda: Dina yang borong kot...aku teman dia borong je hu hu hu
bli n buku ape kt sana?
to C-idah;
Belum beli dan belum borong lagi. Tak pergi lagi, weekend ni baru nak pergi. Laporan terkini akan ditampal kat sini nanti, insyaAllah...
Wahhh.... tak pernah lagi pegi Pesta Buku Bangi...
Kalu ada peluang, leh gak serbu niii...
to Azieazah:
Datang lerr...dah sampai bangi tu helo2 la skit. Mana tau ada peluang boleh makan sate skali ;)
Waa ada buku-buku lama yer, erm macam menarik. Boleh lah pi week end nanti.
to Iza de bintang: Pesta buku awal tahun ari tu ada gerai jual buku terpakai. Buku yang susah nak dapat pun ada. kali ni tak pastilah pulak ada ke tidak...
Salam kunjungan. Terima kasih sudi berziarah ke blog saya
Salam kunjungan. Terima kasih sudi berziarah ke blog saya
to Sahrunizam: Wsalam. Sama-sama terima kasih. Moga saling kunjung mengunjung :)
Catat Ulasan