Memaparkan catatan dengan label pesta buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pesta buku. Papar semua catatan

Khamis, 28 Januari 2010

Marilah Mari...Kita membaca

Sebelum balik, tetiba masuk emel ni. Jommmmmmmmm lah keringkan poket lagi bulan ni ;)

Sempena pembukaan sekolah penggal pertama 2010 dan sambutan hangat daripada pengunjung pada tahun 2008 dan 2009, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad melalui anak syarikatnya iaitu Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) dengan kerjasama Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) untuk kali ke-3 akan menganjurkan jualan gudang buku dan majalah. Maklumat adalah seperti di bawah:


Tarikh: 27 Jan 2010 - 7 Feb 2010
Masa : 10 pagi - 6 petang
Lokasi: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.,
No. 1 & 3, Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Cheras, Kuala Lumpur


Buku-buku yang dijual pada hari tersebut merangkumi lebih 4000 judul dalam pelbagai siri seperti motivasi, keluarga, kewanitaan, masakan, fesyen, novel, kanak-kanak dan juga buku akademik untuk tadika, sekolah dan universiti. Manakala majalah-majalah pula merangkumi majalah Al-Islam, Hai, Harmoni, Kawan, Mangga, Mastika, Pemikir, Saji, Umph, URTV, Wanita dan Remix.


Sempena jualan gudang ini, pihak penganjur menawarkan diskaun sehingga 70 peratus. Oleh yang demikian, dijemput semua pihak sama ada pelajar sekolah, kolej, universiti, guru, ibu bapa dan semua masyarakat untuk hadir pada hari jualan tersebut. Bagi kemudahan pengunjung, selain penjualan tunai, pembayaran melalui kad kredit juga disediakan.


Selain dari produk buku dan majalah, terdapat juga penyertaan daripada syarikat telekomunikasi terkemuka, Celcom, Chemical Company of Malaysia (CCM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang membuka gerai jualan dengan harga istimewa.


Sebagai nilai tambah kepada jualan kali ini, pihak penganjur menyediakan beberapa hadiah untuk dimenangi oleh para pengunjung seperti cabutan bertuah dan pembeli bertuah. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan jualan tersebut, sila hubungi pejabat UP&D di talian 03-92856577 atau 03-92853860.


Untuk maklumat lanjut, sila layari:


http://www.upnd.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=67:jualan-gudang-kumpulan-utusan-2010&catid=1:berita-upad&Itemid=56

Rabu, 1 Julai 2009

Pesta Buku Bangi

Nak jadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar ilmu, maka kerap jugalah pesta buku diadakan. Terkini adalah seperti berikut;
Tempat: Kompleks PKNS, Bangi
Tarikh: 30 Jun hingga 15 Julai
Masa: 11 pagi hingga 10 malam
Banting dah lama tergantung kat tiang lampu sepanjang jalan di Bangi, tapi lupalah pula nak hebahkan. Jadi bagi sesiapa yang memang suka mengamalkan budaya membaca ni, silalah terjah PKNS Bangi. Gaji pun baru dapat kan?
Mohon maaflah, tak ada apa-apa gambar berkaitan boleh tampal kat sini. Aku sendiripun belum pergi lagi. Rasanya elok juga pergi sana, kalaupun ada masanya banyak buku-buku sekolah, buku agama yang biasa kita jumpa, namun mana tahu kali ini banyak penerbit pula ambil bahagian. Pesta buku Bangi yang lepas aku jumpa satu gerai yang jual buku-buku lama, mana tahu kali ni ada lagi, dengan koleksi buku yang lagi anggun menawan. Selamat berkunjung!

Jumaat, 20 Februari 2009

Pesta Buku Bangi



Balik dari jogging petang semalam aku ternampak satu banting di sebelah PKNS tentang Pesta Buku Bangi yang diadakan bermula 18 Februari hingga Mac 2009. Asalnya nak balik rumah terus sebab dah penat sangat berjalan selama 2 jam, tapi bila ternampak banting berkenaan, langkah kaki melencong ke arah PKNS tersebut.

Bagi sesiapa yang nak melabur dalam bidang ilmu, bolehlah pergi ke kompleks PKNS Bangi untuk beli buku. Potongannya hingga 30 peratus sahaja yang aku nampak setelah melilau beberapa minit di sana. Janganlah harapkan macam Pesta Buku Antarabangsa di PWTC setiap April tu, tapi kira bolehlah untuk dapatkan buku-buku bacaan yang diterbitkan beberapa penerbit.

Ada satu tapak tu disewa oleh penjual buku-buku terpakai. Agak bagus juga. Ada beberapa judul buku yang aku berkenan dan nak beli tetapi disebabkan aku pergi jogging dan sekadar singgah sahaja di PKNS tu, jadi tak bawalah duitnya. Buku-buku terpakai ini terdiri daripada pelbagai jenis buku ilmiah, novel-novel dan juga majalah-majalah. Novel Saga umpamanya, terdapat dalam dua versi cetakan. Menarik tu....
Semasa menyebokkan diri untuk snap sana sini di kawasan pesta buku tersebut, tiba-tiba aku tersnap gambar YB tersohor di Bangi ni...YB Shafie Abu Bakar. Mmmmm nak pergi ucap salam dekat-dekat pun tak berapa nak sesuai. Maklumlah baru balik dari jogging. Semerbak baunya...

Bangi bandar Ilmu. Jadikan amalan membaca sebagai amalan kita sekeluarga. Selamat menambah ilmu!