Jumaat, 18 November 2011

Graduasi Pada Hari Terakhir Sesi Persekolahan


alhamdulillah, masa bang subuh berkumandang di bumi Semenyih
aku baru emelkan kerja yang sepatutnya kena hantar dua hari lepas
ohhhhhh! sila jangan ikut perangai kelam kabut ni
hingga terbabas hari 
Errrr….bukan selalu ke buat macam tu hu hu hu
macam manalah nak jadi pekerja cemerlang kalu gitu
ya tak?
dah tu, bila boss tak nak naikkan pangkat
moncong panjang sedepa pulak kan hu hu hu

semalam, keputusan peperiksaan UPSR 2011 telah diumumkan
lencun basah berjeruk bermandikan peluh
aku menunggu di sekolah angah
tak pergi, kesian pulak kat dia
dah lah kena tinggal dek ayah dan ummi
ada makcik seorang pun liat nak pergi dan
kongsi suka duka terima keputusan peperiksaan pertama
dalam hidupnya

jadinya, biarpun aku tersangat banyak kerja nak kena siap
nak kena hantar cepat juga kerja tu
aku gagah juga pergi sekolahnya
dan alami suasana riang ria duka nestapa
kanak-kanak ribena dan mak bapak ribena juga
ramai anak-anak tak kesah sangatpun pasal keputusan tu
berseronok dengan kawan-kawan untuk dua hari terakhir persekolahan
(namun, ada juga yang terlolong tak puas hati dengan keputusan mereka
ahhh...baru UPSR dik, akak dulu tak sedarpun dah TERPERIKSA,
sedar-sedar dah dapat keputusan hu hu hu)
malah, aku nampak mak bapak mereka yang terlebih berdebar dan tak sabar menunggu
jam dua belas baru dapat keputusan dari cikgu di kelas masing-masing
lebih kurang 26 orang sahaja murid sekolah ni dapat 5A
73 orang lagi 4A 1B
Angah? Taklah tersenarai dalam 26 orang itu
tetapi melayang jugalah duit bonus aku hujung tahun nanti
anak-anak buah aku memang dah tahu
makciknya ni akan menyumbang seratus ringgitbagi setiap A 
yang mereka kutip dalam peperiksaan penting sebegini
tahun ni…ohhhhhhh agak kempis jugalah poket aku hu hu hu 
(tak bolehlah aku joli beli telefon baru ek...)

Pada hari terakhir sesi persekolahan ini
sekolah angah adakan hari graduasi
huh! masa aku sekolah dulu, mana ada benda alah begini
kenapalah sekarang ni nak kena ada?
berapa juta kali dalam hidup nak graduasi ni hu hu hu
anggap ajelah itu pernyataan cemburu seorang makcik
yang akan kehilangan masa qada tidurnya
dan kekempisan poket juga biarpun dapat bonus
hujung tahun nanti hu hu hu

jadinya, hari ini…
aku akan sama-sama dengan ibu bapa yang lain
yang ada anak-anak sekolah tahun enam
ke sekolah angah untuk tengok dia graduasi
bukan senang nak ada pengalaman ni kan?
bukan semua orang boleh ada pengalaman ni kan?
nak harapkan anak aku akan graduasi ketika tahun enam
lambat sikit nak harap sebab 
nak cari calon untuk bapak kepada anakpun
tak sempat hu hu hu

6 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

alahai. bila la calon bapak nak mari ni kan? heheh~

anyss berkata...

GB: tu la pasal...entah bila nak melintas hu hu hu -----> ngendap GB kot2 ada abang yang baik masih solo la la la

azieazah berkata...

Rajin rajinlah pegi graduasi anak menakan. Mana tahu ada jodoh bertemu si bujang yang juga rela terpaksa tengok anak menakan juga di majlis graduasi? Ahaks! so sweet kan?

anyss berkata...

Azieazah: hu hu hu sweetttttttt, tapi...tadak nampak pun macam yang masih solo, kecuali bujang 3 hu hu hu

dengaX citer masih ramai orang bujang di Malaysia ni, mana tah depa ni dok nyorok...yang ngaku bujang 3 ni jugak yang menonjolnya lebih2

azieazah berkata...

Hehehehe sadis sungguh statement tu. Benar juga. Tapi kelakar lak. hahahaha

anyss berkata...

Azieazah: Errrrr ek? penat tau main sorok-sorok -----> yang tak berkenaan tu pulak yang selalu melintas kiri kanan. berjerebu la l a la