Jumaat, 31 Julai 2015

Adab Berjiran

Kehidupan kita tak terlepas dari berinteraksi dengan jiran sebelah menyebelah. Kalau rumah budak-budak bujang, biasanya aku jarang bertegur sebab jarang dan bertembung pun. Apa kata kita ulangkaji adab tatatertib berjiran;



Aku bernasib baik berjiran dengan jiran yang baik-baik belaka. Sama ada memang berhubung baik, saling berkongsi juadah dan bertegur sapa selayaknya. Tak adalah jiran-jiran yang suka bergosip dan bergaduh, kalau adapun yang suka menyendiri buat hal masing-masing macam aku, tidak pula mewujudkan suasana tak tenteram kepada jiran yang lain.

Hu hu huhu malanglah jika ada jiran-jrang yang suka buat masalah dan wujudkan suasana tak tenteram seperti pasang muzik yang kuat, bergaduh dan hubungan yang bermasalah, apalagi bergaduh berguling-guling. Jom kita dengar pengalaman orang lain tentang jiran-jiran mereka;

Jiran 'Kurang Adab'



Macam-macam cerita tentang jiran memasing.

Dah siap entri ni, ambo tetiba rasa sangat bersyukur dikurniakan jiran-jiran yang mabeles baiknya. Sape nak berjiran dengan aku? Huhu huhu hu

Khamis, 30 Julai 2015

Serpihan MH370 ditemui di Pulau Reunion?





Gempar!!! Lebih gempar dan mengejutkan banding pembubaran ckbinet yang dilakukan Najib Razak dua hari lepas. Tenggelam terus cerita Najib tukar menteri, Najib gugurkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.

 Betul ke serpihan Pesawat yang ditemui di Pulau Reunion itu milik MH370? Sila google sendiri untuk melihat gambar serpihan pesawat yang ditemui terdampar di Pulau Reunion tersebut.

Ramai mengatakan SERPIHAN pesawat yang ditemui di barat Lautan Hindi pada Rabu kelihatan seperti sebahagian daripada pesawat Boeing 777, iaitu model pesawat sama milik Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 yang hilang setahun lalu.

Masih lagi isteri, namun kita mengharapkan misteri ini terungkai dengan segera.


Beza Lelaki Bujang dan Dah Kahwin

Nak tahu apa perbezaan antara lelaki bujang dan lelaki yang dah ada hubungan dan berkahwin? Jom tengok video ni;

GUYS: single V.S. in a relationship!



Ada apa-apa komen? H uhu huhu

Alahai, nak gelak ada...nak kagum pun ada. Kalaulah benar realitinya begitu, ambo sangat kesian dengan mereka ni. Tetiba terdera mengalahkan bibik.

Janganlah rasa terdera. Orang kata, kalau sayangkan pasangan dan nak dia orang sentiasa cun cantik manis lawa dan anggun, kenalah berkorban sikit. Kalau bau bawang dan kena sental baju kan dah tak jelita huhuhuhu

Aku nak sambung gelak sat! Apa kata tengok video di bawah sementara aku gelak;



Mmmmm dah dapat ilmu dari Ustaz Kazim? Sebelum kahwin dan selepas kahwin? Tak mahu lah komen, senderey mahu ingatlah!!

Rabu, 29 Julai 2015

Masjidil Haram Dahulu hingga Kini

Masa kecik dahulu, hanya mampu tengok gambar gambar kaabah dan masjidil haram di kalender sahaja. Manalah ada video bagai.

Masa arwah tok ayah balik dari Mekah naik kapal laut, aku masih ingat lagi masa itu musim hujan (banjir). Arwah tok ayah turun kapal di singapura, kemudian naik keretapi. Kami budak-budak ni tunggu kat rumah aje sebab kan hujan. Lagi pun manalah ada banyak kereta macam sekarang ni. Tak muat nak ikut. Lagi pun sapa nak bawak budak comot ikut sama kan kan kan.

Salah satu barang yang arwah tok ayah beli adalah kamera plastic. Kat dalam tu ada gambar kaabah, masjid-masjid di mekah sana. Dalam lima keping aje pun gambarnya. Manual aje. Kena pusing satu punat untuk tengok gambar lain. Itu pun dah terkagum benar aku melihatnya.

Kalau arwah tok ayah masih ada, aku sangat yakin arwah mesti kagum tengok kaabah yang ada sekarang. Tengok betapa luas dan besarnya masjidil haram sekarang ni. Jom kita tengok rupa masjidil haram dahulu hingga kini;

Masjidil Haram Dahulu hingga Kini



Semoga setiap dari kita dimurahkan rezeki untuk sentiasa berkunjung ke sini.

Selasa, 28 Julai 2015

Keajaiban Angkasa Lepas


Angkasa Lepas memang indah. teramat cantik. Kalaulah kita berpeluang untuk nikmatinya selalu...mmmmm tetiba je teringin nak berada di puncak bangunan tertinggi, Burj Khalifa di Dhubai sana. Boleh teropong bintang.



1. Matahari lompatan malaikat
2. Bulan dan bintang membentuk “Mata Tuhan”
3. Ledakan bintang (nebula) membentuk “tangan Tuhan”
4. Rangka manusia di planet Merkerius
5. Awan hijau berhantu
6. pembentukan planet baru
7. makhluk asing mengorbit bumi

Indah tak? Tapi bab rangka dan makhluk asing tu...mmmm tak mau komen lah. Aku nak tengok yang indah-indah sahaja, nak hidu yang wangi-wangi aje

Isnin, 27 Julai 2015

Peristiwa di Bumi Dirakam dari Angkasa

Masa sekolah dulu, aku dok berangan naik ke angkasa lepas dan rakamkan banyak pemandangan cantik di bumi. Namun, sebab tahap genius aku ni tak adalah tinggi sangat, makanya mata pelajaran sains aku tak boleh cari makan. Makanya, terkandaslah impian aku nak jadi ahli sains, doktor dan angkasawan huh u huhu nasib baik sekarang ni nak jadi doktor tak payah aliran sains pun boleh. Doktor lain lah tapi, doktor yang tak boleh bagi ubat.

Bumi ni indah sangat, tang indah laaaa…tang musnah tu dah tak indah dah. Jadi nikmatilah sebelum hilang keindahannya tu dek tangan-tangan yang rakus. Berikut adalah 7 fonomena yang berlaku di bumi yang dirakamkan dari angkasa lepas.



1. Aurora di langit autralia
2. Banjaran Himalaya
3. Tsunami 2004
4. Lapisan batu di gurun sahara
5. Awan beku bersinar pada malam hari di Tibet
6. Badai Caterina di US
7. Sarang Labah-labah besar

Walaupun berlaku tsunami atau badai taufan seperti Katerina, namun dilihat dari angkasan, sangat indah. Aku lihat dari kaca mata seni ya, bukannya bermakna hilang sudah kemanusiaan. 

Dan semua ini juga membuatkan kita tak mampu nak nafikan betapa hebatnya ciptaan Allah.

Jumaat, 24 Julai 2015

Proses Pembersihan Masjidil Haram

Bila tengok video proses pembersihan masjidil haram, aku yang belum pernah berpeluang untuk jejak kaki di tempat mulia ni tetiba rasa sedih. Entah bilalah nak boleh jejak kaki kat sana. Teringin sesangat tapi…mmmm bila fikirkan “tetapi” tu, terdiam lah sekejab. Mungkin belum jodoh untuk jejak kaki di sana walaupun korea dah jejak, Paris dah sampai, Belanda dah kayuh basikal, German dah bermandi hujan. Bangladesh yang sesak tu pun dah pijak. Mmmmmm

Jom tengok video bagaimana proses pembersihan masjidil haram dilakukan.



Nak tengok lebih detail, boleh tengok dokumentari proses pembersihan masjidil haram berikut;

The Cleaning Of Masjid Al Haram [Documentary]



Belum puas hati? Okeh…ni lebih panjang. Boleh tengok bermula dari ketibaan Raja Arab Saudi. Bahasa arablah tapi huhuhuhu tetiba nyesal tak masuk skolah pondok masa kecik dulu;



Hu huhu teringin nak masuk dalam kaabah tu…nak tengok tak macam mana keadaan dalam kaabah tu? Masa kecil-kecil dulu, aku ingatkan kaabah tu satu batu hitam yang tepu. Dah besar baru tau kat dalam tu ada ruang. Jom kita lihat ruang dalaman kaabah;



Aku syak video ni dirakamkan secara curi sebab banyak kali keluar kaler merah tutup dengan tangan hu huhuhu apapun, terima kasih kepada orang yang rakam ni. Dengan rakaman rahsia inilah aku berpeluang menyaksikan suasana dalam kaabah walaupun belum berpeluang lagi jejak tanah haram.

Semoga masih ada peluang untuk jejak kat di sana.Masjidil haram dahulu dan sekarang banyak bezanya.

Nak lap air mata sat!

Khamis, 23 Julai 2015

Penampakan Aneh Di Google Maps

Sekarang ni semua dah mudah hasil kecanggihan teknologi, hingga kadang-kadang aku terfikir, selamatkah setiap pergerakan hidup kita. Yaaaa la, kalau tengok google maps la, google image la google drive la, google navigation la…macam-macam aplikasi boleh guna sekarang ni untuk tengok dunia yang selama ni kita tak Nampak.

Jangan tak tahu, tangki rumah sendiri pun boleh Nampak kalau google. Cer google tak percaya.

Sejak diperkenalkan banyak aplikasi google ni, banyak juga ditemukan hal-hal aneh dan pelik. Berikut adalah penampakan aneh dan pelik yang dikesan dalam google maps;


1. Penampakan Pembunuhan
2. Kawasan rahsia Milik Rusia
3. Penampakan Hantu
4. Penampakan Piring Terbang
5. Pelangi Di pesawat
6. Penampakan Pesawat Raksasa
7. Firefox Cropcircle

Semasa awal-awal google perkenalkan aplikasi mereka, ada juga kecoh tentang terakamnya banyak perkara tak terduga seperti gambar kanak-kanak sebelum dia meninggal yang jasadnya ditanam di di bahagian rumah sewa mereka. Malah, di negara orang putih yang tak berapa nak kesah tentang malu tu pula TERakam pasangan sedang melakukan seks.

Mmmmmm walaupun google banyak membantu aku, namun ada ketikanya aku mula rasakan tak begitu selesa. Mana kita tahu privasi mula tergugat. Nasib baik boleh check bumbung rumah je. Namun, bila nombor kereta pun besar gabak boleh dikesan, ada ketikanya terasa tak selamat jugak. Takut apa pun tak tahu. Cuma yang aku tahu, ada jugak kes jenayah boleh dikesan hanya secara online.

Mmmmmm kita ambik yang positif dah la ya…jangan dok salah guna pulak.

Agak-agaknyalah...aku tengah drive sekarang ni ada orang boleh teropong tak?

Rabu, 22 Julai 2015

Adab Menyambut Tetamu (Ustaz Hafiz Mustafa Lubis)

Musim raya kan? Dah jadi amalan kita untuk saling ziarah menziarahi dengan sanak saudara dan jiran tetangga.

Sebagai tuan rumah, kita juga ada adabnya bila menyambut tetamu;



Aku ni bukanlah tuan rumah yang baik, maklumlah jarang menyambut tetamu. Rumah yang jarang orang datang bertamu tu rumah yang kurang dilimpahi rahmat dan rezeki, ya dak?

Mmmmmm bila dah kurang upaya ni, rasa sangat tidak berupaya untuk menerima tetamu. Dengan rumah yang tak kemas dan sepah, dengan siapkan hidangan walau seringkas dapat, ada ketikanya aku jadi segan nak terima tetamu. Ya lah, tak kan nak mintak tetamu pulak pergi masak. Lain lah tetamu tu memang dah biasa kan.

Sunnah utamakan tetamu yang;

1. Orang yang lebih dewasa
2. Orang yang lebih berkedudukan
3. Orang yang lebih berilmu dan hafazan
4. Dan lain-lain, sila dengar sendiri ya…

Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang memuliakan tetamu.

Selasa, 21 Julai 2015

Kelebihan Melayan Tetamu

Nama pun raya kan. Dah pasti akan ada saling kunjung berkunjung. Selain adab melayan dan menyambut tetamu ataupun adab menjadi tetamu, kena juga tahu kelebihan melayan tetamu. jom kita ulangkaji tambah ilmu tentang kelebihan melayan tetamu;



Semoga kita akan melayan tetamu dengan lebih baik. Semoga kita boleh memuliakan tetamu sepertimana dilakukan Abu Talhah.

Isnin, 20 Julai 2015

Elakkan Buat Perkara Ini Musim Raya

Perkara yang TIDAK seharusnya dilakukan ketika ziarah menziarahi Musim Raya

Hu huhu huh u aku syak adik ni baru belajar buat video. Tak adalah terus sangat, hanya aku mengharapkan “perkara TIDAK” yang dimaksudkan dalam video ni lain…tapi bila tengok video ni huhuhuhu kelakar habis.

Jom tengok perkara-perkara yang Tidak sepatutnya kita lakukan semasa menziarahi sanak saudara sepanjang musim perayaan ni;



Pandai adik-adik ni berlakon kan kan kan

Huhuhuhuhu walaupun tips ni memang sesuai dengan mereka. Ni versi orang dewasa;



Hu hu hu huhu mulut, kemain komplen rumah orang ek keh keh keh

Ahad, 19 Julai 2015

Adab Berhari Raya

Musim raya ni, ada baiknya kita telaah sikit sebanyak tentang adab-adab yang boleh diamalkan semasa berhari raya. Jom kita dengar apa kata Ustaz Asri;



Peringkat awal video ini ada ustaz Asri sebutkan tentang Lailatul Qadar. Antara pengisian video ini adalah hukum sembahyang hari raya dan adab-adab dilakukan pada hari raya seperti mandi, berwangi-wangian dan bersugi. Memakai pakaian yang cantik-cantik, tidak semestinya baru, tetapi Rasulullah S.A.W larang kita pakai pakaian yang lain dari orang. Lain-lain tu dengar sendiri lah yaaaaaaa

Semoga kemeriahan raya tahun ini bukan setakat makan dan minum sahaja, tetapi juga kita turut eratkan hubungan persaudaraan dengan saling kunjung berkunjung.

Sabtu, 18 Julai 2015

Anugerah Aidilfitri

Jom hiburkan hati dengan lagu ceria Anugerah Aidilfitri nyanyian Siti Nurhaliza


Jumaat, 17 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015


Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin



Dikesempatan ini, ambo mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ini, rakan-rakan, kenalan taulan dan mohon maaf zahir batin andai ada antara isi blog, perkataan yang digunakan atau komen-komen yang menyinggung perasaan semua.

Mohon maaf zahir batin.

Jangan lupa hulur-hulur duit raya ya ;)

Di manapun berada, semoga berbahagia di hari mulia ini.

Khamis, 16 Julai 2015

Lagu Raya Versi Kelate

Jarang berlaku dalam sejarah sepanjang sambut raya. Mungkin ini lagu raya pertama versi Kelantan dihasilkan.



Kalau hasil pertama, kira boleh lah kan. Tapi untuk masa depan, aku lebih menuntut “keaslian”. Sampai bila nak hidup dengan lagu-lagu saduran walaupun banyak lagu dikir saluran yang dihasil, dirakam dan dinyanyikan agak merdu didengar. Untuk kekal sentiasa dikenang, kena juga ada keaslian, seperti Halim Yazid nyanyikan puisi Aziz Deraman berikut;



Kalau nak dapatkan puisi asal dalam bahasa Malaysia, sila ke enteri Temani Tidurmu dalam Lena beradu.

Rabu, 15 Julai 2015

Persiapan Raya

Dah tentu semua dok kelam kabut sibuk dan dok berkemas melakukan persiapan raya. Mana nak kemas rumah, nak sapu sawang, nak masak bagai. Apapun yang dilakukan, semoga kemeriahan sambutan raya aidilfitri tahun ni tidak berkurang sekalipun harga petrol memang dah naik.

Tak lupa juga yang tengah bersesak tersangkut dalam kesesakan jem berbatu-batu tu, silalah tingkatkan kesabaran. Raya tanpa jem bukan raya namanya. Ya dak?



Cer tengok wajah ayah dan mak, walaupun kalut dan penat…ceria je nengokkan anak cucu dan balik. Riuh rendah!!!

Selasa, 14 Julai 2015

Air Mata Darah

Filem pendek tentang Keselamatan di jalan raya dimana pemandu itu sendiri harus stabil dan bebas dari sebarang gangguan yang berbahaya. Air mata darah yang membawa maksud penyesalan yang disebabkan kemalangan yang berpunca dari tindakan bahaya isteri semasa suaminya sedang memandu.

Keselamatan Jalan Raya (Short Film)



Pada musim perayaan ini, kemalangan biasanya meningkat. Silalah berhati-hati semasa memandu. Semoga selamat sampai di kampong halaman dan beraya bersama keluarga tercinta.

Isnin, 13 Julai 2015

Seminggu Sebelum Raya

Dah nak raya kan?

Dah banyak kali juga aku tengok rakaman ni. Satu puisi dideklamasikan oleh Sabri Yunus, pernah disiarkan di TV3. Bahasa digunakan dialek Kelantan, kalua ada masa aku akan translet. Kalua adalah…tapi tak tahu bila lah tu.

Puisi Raya oleh Sabri Yunus - Seminggu Sebelum Raya



Bila dengar puisi ni, mmmmm nak komen pun payah. Tak komen pun payah juga. Ada juga yang aku tak setuju walaupun banyaknya memang setuju lah.

Namun, itulah realiti yang terpaksa kita telan.

Ahad, 12 Julai 2015

Koleksi Lagu Raya Aidilfitri Siti Nurhaliza Terbaik 2015

Insha allah, hari ni mula gerak balik ke kampong halaman di negeri paling miskin nun di Kelantan sana. Walaupun kami miskin, walaupun petrol naik, walaupun kena bersesak tengah hutan sana, kami masih juga berusaha sungguh-sungguh untuk balik kampong beraya bersama mek ayah dan kaum keluarga. Tapi kami tak tidur hotel. Kami berhimpit je dalam pondok buruk kami tu.


Bagi bersemangat sikit, jom kita nyanyi lagu raya. Berikut adalah Koleksi Lagu Raya Aidilfitri Siti Nurhaliza Terbaik 2015


Doakan perjalanan kami selamat dan dijauhkan aral melintang.

Kepada yang balik kampung dengan memandu, sila berhati-hati sepanjang perjalanan. Usah berlumba, usah terburu-buru memecut, kampung halaman tu tak lari pergi ke mana. Ingatlah orang yang tersayang yang menanti dengan gembira.

Sabtu, 11 Julai 2015

Selamat Berlebaran

Dah banyak lagu-lagu raya kita dengar, yang biasa-biasa sahaja. Kalau dengar lagu-lagu raya dendangan Situ Nurhaliza pun, bila kumpul semua dah muat satu album.

Memang banyak lagu raya yang sentiasa menjadi kegemaran yang sentiasa dikumandangkan errata tempat. Sama ada lagu-lagu raya berbentuk gembira dan ceria ataupun lagu-lagu raya yang mengundang rasa sedih dan walang pun ramai juga yang suka.

Bab lagu raya ni, kalau tak dengar lagu-lagu dendangan P.Ramlee, Saloma, Fazidah Joned, Syarifah Aini, Aman Shah, Rafeah Buang, Siti Nurhaliza, M. Nasir dan ramai lagi, macam tak sah raya pulak kan. Apa kata kita dengar pula lagu lebaran yang lebih lama ni;

Selamat Berlebaran Oslan Husin



Macam mana?

Mmmmmm aku memang suka benda-benda klasik ni. Maklumlah, tuan diri pun dah tergolong dalam golongan klasik jugak huhuhu huhu

Jumaat, 10 Julai 2015

Tips Balik Raya kepada Penunggang Motosikal

Kepada adik-adik yang menunggang motosikal untuk balik kampung berhari raya, mohon tungganglah dengan hati-hati dan selamat. Berikut adalah tips keselamatan jalan raya kepada penunggang motosikal.

Video Kempen Keselamatan Jalan Raya



Hati-hati di jalan raya ya, semoga selamat berjumpa keluarga tersayang.

Khamis, 9 Julai 2015

Lahir Atas Dulang Emas

Sebuah filem pendek arahan Wong Zhen Hai dari Singapura, Shuai Ge (帅哥)

Zhi Xiong tinggal bersama datuknya. Kerja sekolah yang perlu disiapkan menyebabkan dia mengetahui tentang kisah ibunya, seorang pelacur.



Agaknya, apa perasannya kalau kita berada di tempat Zhi Xiong?

Banyak perkara dalam hidup ni, adalah terlebih baik untuk kita tak tahu dari tahu. Biarpun nampak macam bodoh je kalau tak tahu, namun kita tidak dianggap cerdik pun bila tahu sesuatu perkara sebegini. Lagi berkecamuk minda adalah. Lepas tu mulalah nak tambah masalah dengan alasan stress dan terjebak dengan gejala sosial.

Mmmmm tak jadi kat kita senanglah cakap kan.

Kepada pembaca yang sama kisahnya dengan Zhi Xiong, berusahalah bertindak secara matang. Kita tak pernah minta pun lahir dalam sebuah keluarga yang pincang sama ada sosial atau ekonominya. Semua orang nak aje lahir sempurna atas dulang emas. Namun bukan semua orang bertuah.

Persoalannya, orang yang lahir sempurna atas dulang emas itu terpenuh bahagiakah dia? Mmmm soal bahagia hanya hati yang menentukan. Kepuasan tiap orang itu berbeza.

Rabu, 8 Julai 2015

Ayah, Bagi Balik Tangan Adik!

Cantik tak Hassan lukis?

Ini adalah Filem Pendek (KORBAN), jom tengok!



Aku ada jumpa beberapa versi cerita sebegini didramakan atau dijadikan filem pendek. Ceritanya tentang anak conteng kereta, kena rotan berbirat. Bekas tang kena rotan di tangan tu bengkak, berlaku jangkitan, hingga akhirnya tangan anak perlu dipotong.

Dalam cerita pendek di atas, aku nampak bapak dia balun tang lain tetapi tangan pulak yang kena potong huhuhuhuhu

Maafkanlah dia. Depa first time buat pilem kot ni...tak pun hasil kerja budak-budak mascom yang kena hantar tugasan. Tak sempat nak teliti.