Khamis, 25 Februari 2016

Bila Sentiasa Dirayu



Berdepan dengan pelajar peringkat tinggi ni, macam-macam ragam ada. Sepanjang masa pulak tu. 

Kalau awal semester macam sekarang ni, rayuan maut sebab nak daftar kursus kita secara manual walaupun kursus dah penuh. Ayatnya kenalah mantap “Saya sangat minat kursus ni…dah kerja nanti saya akan tulis juta-juta buku untuk sebarkan kepakaran saya” gitulah lebih kurang antara rayuan yang ambo kena hadap setiap awal semester.

“Ramai kawan saya kata kursus Dr memang bagus dan banyak membantu dalam pengajian kami…mereka kata Dr kuliah pun mudah nak paham,” mmmmmm kalau aku telan je pujian sebegitu, memang tak sedar diri namanya sebab dalam kelas aku memang selalu nampak pelajar tidur.  Kelasnya kalau tak 8 pagi, akan diberikan jam 4 petang. Memang masa paling sesuai untuk tutup mata. Menarik sangatlah tu kan aku mengajar sampai ada yang masuk kea lam mimpi huhuhuhu

Ada pelajar, bila rayuan itu diterima, memang mereka akan bersungguh datang kuliah. Tak pernah ponteng. Cemerlang dari awal hingga akhir, dapat keputusan yang cemerlang juga. Namun sangat ramai jenis kaki merayu ni perlu datang semula jumpa ambo untuk buat rayuan yang lain;

“Maaf Dr, saya terlupa nak buat tugasan…boleh tak saya hantar tugasan tu minggu depan?,” haaaaaa rayuan sebegini rasa nak pelangkung atas kepala. Dah lah muka tak pernah timbul dalam kuliah, bila dah terdesak markah nak masuk, boleh pulak lupa nak buat ya. Bila dah bagi peluang, kerjanya copy and paste di internet termasuk di blog ambo sendiri Grrrrrrr!!!

Bila dah dapat markah rendah, datang semula merayu “Dr. boleh tak semak kenapa saya tak dapat A?” Amboih! Kelas tak datang, kuiz tak buat, tugasan hantar cincai-cincai ada mimpi pulak nak A ya?

Biasanya, kuliah pertama ambo dah bagi amaran “Siapa yang pemalas nak datang kelas, main-main buat tugasan…sila gugurkan kursus ni dan ambil kursus lain!” 

Garang tak? Ada depa nak heran? Tak ada maknanya! 

Setiap hujung semester ambo perlu bazirkan juga bil telefon singgit dua untuk telefon, sms, wasap mana-mana golongan ini yang selalu TERLUPA nak buat tugasan. Gamaknya semester ni kena jual kismis kot untuk elak golongan muda berpencapaian cemerlang masa peperiksaan di sekolah ni sentiasa ingat. 

Mmmmmm banyak makan semut lah tu!

Rabu, 24 Februari 2016

Kad Ucapan Yang Tak Jadi Diposkan

Masa kemas pejabat Jumaat lepas, tetiba terjumpa satu kad ucapan hari lahir. Kad ucapan hari lahir yang tak jadi diposkan. Masih cantik sampulnya;

cantik bebenor tulisannya huhuhuhu
Dulu bercita-cita nak jadi doktor, tapi mata pelajaran sains semuanya ke laut luas. Akhirnya, nak ngurat doktor pun tak dapat...itu pasal tulisan macam cacing kerawit je huhuhuhu tapi, masalahnya tulisan doktor cantik-cantik belaka.

"Dikau bagai langit, kujunjung walau ke mana
Kalaupun ada ribut
atau petir pudarkan indah warna biru
biar diselubung awan hitam
atau kabus tebal
langit itu jua yang kujunjung

Selamat hari lahir, moga...
panjang umur manfaatkan usia,
murah rezeki
diberkati seluruh kehidupan
dipelihara keimanan"

Ada masanya, niat ucapkan tu dah ada. Namun, bila tak begitu sesuai untuk diposkan, makanya terlebih baik diperamkan sahaja jadi sejarah yang tidak tertulis. Tetiba tertulis pulak di entri ni kan hu huhuhu

Isnin, 22 Februari 2016

Cara Elak Jurujual, Peminta Sedekah Atau Peminta Derma

Pernah rasa tak selesa tak diganggu ditahan oleh jurujual, peminta sedekah atau peminda derma? Kalau kita baik hati nak derma seposen dua tu lainlah, tapi bila kerap sangat jumpa peminta sedekah atau peminta derma yang demand, boleh naik angin jugak tu.

Aku pernah berdepan dengan situasi tidak dipedulikan oleh tiga golongan ini, iaitu jurujual, peminta sedekah atau peminta derma. Jadinya, aku bebas lalu lalang depan mereka tanpa gangguan.

Puncanya, hanya sebab pakai slipper jepun. Yaaaa, rupanya jurujual, peminta derma atau peminta sedekah tak mandang orang-orang yang memakai sliper Jepun ni. Depa lebih pandang orang yang pakai sliper jenis K-Pop kot huhuhuhu

Ya, silalah pakai selipar jepun andai kalian nak elak gangguan daripada Jurujual, Peminta Sedekah Atau Peminta Derma. Bila dah pakai sliper jepun tu, kena terimalah hakikat jika berlaku dialog sentap sebegini.

Bernas tak cadangan ni?

Selamat mencuba!

Jumaat, 19 Februari 2016

Orang Tak Pakai Sliper Jepun Pergi Pasar

Musim perayaan Tahun Baru Cina, aku bercuti panjang dan balik kampong. Cuti yang panjangnya mengalahkan depa yang nak sambut CNY huhuhuhuhu tak apalah, tu lagi baik dari MC tipu. Ya dak?

Jadinya, sempatlah aku ke Pasar Tani yang menjadi tempat beli belah keluarga kami sejak turun temurun tu. Takat tempat itu ajelah pun tempat yang aku mampu soping pun huhuhuhu nak pergi The Curve memanglah bukan tempat orang marhaen macam aku ni. Makan pun tak mampu kot, takat masuk jamban pun mampu bayar lagi aku tang situ huhuhuhu

Disebabkan nak kena pergi kenduri sepanjang bercuti tu, aku ambil keputusan untuk beli sandal cap negera sebelah. Dalam rumah bergerak (kereta) aku tu hanya ada kasut penuh je. Rasa macam sopan benarlah pulak pakai kasut bertutup warna hitam pergi kenduri huhuhu. Dah jumpa yang berkenan di hati berwarna merah, aku terus bayar. Makanya terjadilah dialog berikut;


Jurujual: Pakai teruslah ya?
Ambo: masuk plastiklah
Jurujual: Dik, orang tak pakai slipper Jepun (flipper) mari pasar…
Macam Bata huhuhuhu mataku yang rabun rupanya huhuhuhu

Gluppp!!!
Semua dialog berkenaan telah dialih Bahasa sepenuhnya.

Ya lah kakak, ambo tak pakai slipper Jepun lagi pergi pasar. Ambo pakai flipper je. Huh! Padahal, rega sandal comey dia jual tu sama aje pun dengan slipper jepun ni. Adussssssss!!! Tak paham aku!

Khamis, 4 Februari 2016

Gear 5 Turbo Perlu Servis!



Bila kita sentiasa sahaja tekan gear 5 turbo, sampai satu ketika, enjin kena servis. Momentum sudah tidak selaju peringkat awal. Minyak pelincir dah kering kot!

Itu yang sedang berlaku. Sekalipun aku tetap nak memecut bak jet dan roket menunda ruang angkasa, namun hakikatnya aku juga manusia biasa yang mempunyai momentum yang naikturun. Sayangnya, kala aku perlu memecut laju, pada ketika itulah momentum yang ada semakin hari semakin perlahan dan hampir terhenti. Ohhhh! Sangat menyedihkan kala itu. Sangat payah untuk depaninya.

Masih banyak yang aku belum sempat buat. Masa bagaikan terlalu cemburu dan memecut lari tinggalkan aku yang masih bertatih dan tersembam sepanjang jalan; tangan mengheret, kepala menjungjung dan pada masa yang sama mahu juga kukelek entah cita-cita apa lagi. Ohhhh, tamak sungguh!

Bila mengenangkan betapa banyak perkara yang perlu kusudahkan sebelum tinggalkan dunia fana ini, motivasi melorot semula. Entah bagaimana manusia yang hebat lakukannya. Mereka hebat tinggalkan sesuatu untuk kesejagatan alam, pada masa yang sama mereka juga hebat untuk bawa bekalan ke sana. Sedangkan aku…cicir sepanjang jalan. Dunia dan akhirat. Aduhhhh la!

Mmmmm...baru Khamis. Ingatkan dah Jumaat!