Berdepan dengan pelajar peringkat tinggi ni, macam-macam
ragam ada. Sepanjang masa pulak tu.
Kalau awal semester macam sekarang ni,
rayuan maut sebab nak daftar kursus kita secara manual walaupun kursus dah penuh. Ayatnya
kenalah mantap “Saya sangat minat kursus ni…dah kerja nanti saya akan tulis
juta-juta buku untuk sebarkan kepakaran saya” gitulah lebih kurang antara
rayuan yang ambo kena hadap setiap awal semester.
“Ramai kawan saya kata kursus Dr memang bagus dan banyak
membantu dalam pengajian kami…mereka kata Dr kuliah pun mudah nak paham,”
mmmmmm kalau aku telan je pujian sebegitu, memang tak sedar diri namanya sebab
dalam kelas aku memang selalu nampak pelajar tidur. Kelasnya kalau tak 8 pagi, akan diberikan jam 4 petang. Memang masa paling sesuai untuk tutup mata. Menarik sangatlah tu
kan aku mengajar sampai ada yang masuk kea lam mimpi huhuhuhu
Ada pelajar, bila rayuan itu diterima, memang mereka akan
bersungguh datang kuliah. Tak pernah ponteng. Cemerlang dari awal hingga akhir,
dapat keputusan yang cemerlang juga. Namun sangat ramai jenis kaki merayu ni
perlu datang semula jumpa ambo untuk buat rayuan yang lain;
“Maaf Dr, saya terlupa nak buat tugasan…boleh tak saya
hantar tugasan tu minggu depan?,” haaaaaa rayuan sebegini rasa nak pelangkung
atas kepala. Dah lah muka tak pernah timbul dalam kuliah, bila dah terdesak
markah nak masuk, boleh pulak lupa nak buat ya. Bila dah bagi peluang, kerjanya
copy and paste di internet termasuk di blog ambo sendiri Grrrrrrr!!!
Bila dah dapat markah rendah, datang semula merayu “Dr.
boleh tak semak kenapa saya tak dapat A?” Amboih! Kelas tak datang, kuiz tak
buat, tugasan hantar cincai-cincai ada mimpi pulak nak A ya?
Biasanya, kuliah pertama ambo dah bagi amaran “Siapa yang
pemalas nak datang kelas, main-main buat tugasan…sila gugurkan kursus ni dan
ambil kursus lain!”
Garang tak? Ada depa nak heran? Tak ada maknanya!
Setiap hujung
semester ambo perlu bazirkan juga bil telefon singgit dua untuk telefon, sms,
wasap mana-mana golongan ini yang selalu TERLUPA nak buat tugasan. Gamaknya
semester ni kena jual kismis kot untuk elak golongan muda berpencapaian
cemerlang masa peperiksaan di sekolah ni sentiasa ingat.
Mmmmmm banyak makan semut lah tu!