Jumaat, 19 Februari 2016

Orang Tak Pakai Sliper Jepun Pergi Pasar

Musim perayaan Tahun Baru Cina, aku bercuti panjang dan balik kampong. Cuti yang panjangnya mengalahkan depa yang nak sambut CNY huhuhuhuhu tak apalah, tu lagi baik dari MC tipu. Ya dak?

Jadinya, sempatlah aku ke Pasar Tani yang menjadi tempat beli belah keluarga kami sejak turun temurun tu. Takat tempat itu ajelah pun tempat yang aku mampu soping pun huhuhuhu nak pergi The Curve memanglah bukan tempat orang marhaen macam aku ni. Makan pun tak mampu kot, takat masuk jamban pun mampu bayar lagi aku tang situ huhuhuhu

Disebabkan nak kena pergi kenduri sepanjang bercuti tu, aku ambil keputusan untuk beli sandal cap negera sebelah. Dalam rumah bergerak (kereta) aku tu hanya ada kasut penuh je. Rasa macam sopan benarlah pulak pakai kasut bertutup warna hitam pergi kenduri huhuhu. Dah jumpa yang berkenan di hati berwarna merah, aku terus bayar. Makanya terjadilah dialog berikut;


Jurujual: Pakai teruslah ya?
Ambo: masuk plastiklah
Jurujual: Dik, orang tak pakai slipper Jepun (flipper) mari pasar…
Macam Bata huhuhuhu mataku yang rabun rupanya huhuhuhu

Gluppp!!!
Semua dialog berkenaan telah dialih Bahasa sepenuhnya.

Ya lah kakak, ambo tak pakai slipper Jepun lagi pergi pasar. Ambo pakai flipper je. Huh! Padahal, rega sandal comey dia jual tu sama aje pun dengan slipper jepun ni. Adussssssss!!! Tak paham aku!

11 ulasan:

norhidana berkata...

maksudnya apa ek... org pegi paso pakai selipar apa? hehehe

kalau akak ok je pakai seliper jepun pi pasar hehehe...

anyss berkata...

Norhidana: maksudnya kena pakai lawa2 la pi pasar, kasut 2 inci ke...kurang2 pakai le hushpupy bukannya slipr jepun huhuhu

Kakzakie Purvit berkata...

Dia tak tahu ada selipar yg kelihatan selipar jepun tapi rege lebih mahal dari selipar yg dia jual tu.. Innocent betul:)

anyss berkata...

Kakzakie: hanya johari yang mengenal maniam seadanya huhuhu

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Hihihi tak kenal seliper dengan flipper tu Anieyss sebab dia tak jual hahaha :D

anyss berkata...

Norhayati: asal bunyi ujung tu sama, kira adik beradik kot huhuhu

anyss berkata...

Norhayati: asal bunyi ujung tu sama, kira adik beradik kot huhuhu

makcikkantin berkata...

makcik pun kadang pakai juga slipper cap fipper ni gi pasar, gi sopping, gi makan...ikut sedap masatu lah

anyss berkata...

Makcikkantin: sejak tak boleh pakai kasut tumit tinggi ni, ambo curi2 pakai fipper kat opis kecuali masa meeting & kelas. Harap2 tak tertangkap : D

mak encik | SZ berkata...

flipper ni la glemer skrg .. pilihan anak4 ku kak...

anyss berkata...

Mak encik: akak jual sliper tu dtg dr belah thailand sana...tadak flipper kot tang sana huhuhu