Isnin, 30 Jun 2014

Benci Pandang Pertama

Ramadhan ke dua.

Orang selalu sebut tentang cinta pandang pertama. Mendapat panahan cinta saat kali pertama mata saling berpandangan, rasa pun berubah dari mata turun ke hati.

Pernah jumpa kes benci pandangan pertama? Aku pernah alaminya.

Dalam satu bengkel, aku dapati seorang peserta perempuan ni selalu bercakap sinis denganku. Suka menyindir-nyindir dan bercakap jenis pukul anak sindir menantu. Dia sedaya upaya cuba cari peluang untuk hentam aku tak kira keadaan. Baginya satu kepuasan pula bila aku terkebil-kebil tak faham dengan gelagatnya itu.

Kursus tu ambik masa beberapa hari. Aku memang tak akan bertikam lidah dengan orang-orang yang bawa aura negatif. Aku tak mahu terjangkit aura tak baik itu. Namun, dia akan sedaya upaya untuk dekati aku semata-mata nak sembur aku dengan ayat-ayat sindir pesannya itu. Apa yang boleh aku buat kecuali senyum. Jahat benar aku pada pandangan matanya, sedangkan kami tak pernah jumpa pun sebelum itu.

Sebenarnya, aku juga pelik kenapa dia sentiasa cari hal dengan aku aje. Apa salah aku pada dia kerana selama ini seingat aku itulah kali pertama kami bertemu. Dia bukannya kenal aku pun, setelah sebut namaku barulah dia jadi begitu. Anehnya, dengan orang lain dia tak ada masalah itu, hinggakan ada peserta lain menyedari sikap aneh dan peliknya itu.

Di akhir bengkel itu, dia membuat pengakuan bahawa “aku” yang dia kenal itu begitu berbeza dengan apa yang dia diberitahu. Terkejut badak sekejab. Nampak benarlah ada orang sedang menyebarkan berita tak benar tentang aku, dan dia pula dah terpedaya dengan cerita itu.

Dia minta maaf. Katanya aku tidak sebegitu. Dan dia hairan mengapa “orang itu” yang barangkali aku kenal barangkali aku tak kenal sebarkan cerita sebegitu. Dan aku pula tidak tanyakan pun siapa si pembawa mulut itu. Bukan tak mahu tahu siapa empunya angkara, tetapi aku kesian dengan dia ini yang sangat-sangat menyesali apa yang telah dilakukannya kepada aku. Dah tentu pandangannya kepada si pembawa berita dah jadi lain.

“Awak tak nak tahu ke siapa yang bawa mulut?” dia macam tahu aje apa yang bergelodak di dasar hati aku ni. 

Sebenarnya sangat sangat nak tahu, tapi waktu tu aku hanya senyum dan kata “Kalau saya tahu siapa dia, dah tentu saya akan bermusuh dengan dia…saya juga akan tanamkan hal yang buruk juga tentang dia. Benda macam ni akan berlarutan sampai bila-bila,” nasib baik setan tak cucuk masa tu.

Aku nampak matanya merah dan dia tertunduk. Ya, aku tak tahu siapa penyebar fitnah itu. Namun aku tahu, hati orang ini telah berjaya aku curi. Sudah pasti juga kepercayaan dan tanggapannya kepada si penyebar fitnah itu juga sudah berubah.

Kami berpisah dengan peluk-peluk gesel pipi. Dan kini, aku sudah lupa siapakah orang itu. Bukankah itu yang terbaik?

Apa kata, di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita jauhi sikap syak mengesyaki, buruk memburuk dan fitnah menfitnah. Dengan satu ayat sahaja mampu membawa kita lebih dekat dengan syaiton nirrajim.




Ahad, 29 Jun 2014

Dah satu Ramadhan.

 Ramadhan Pertama.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan al Mubarak, semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk jalani bulan ibadah ini sebaiknya.



Selamat berpuasa. Semoga ibadah puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga puasa menjaga kita dari perbuatan yang tidak sepatutnya.


Sempena Ramadhan yang mulia ini, aku ambil kesempatan memohon ampun dan maaf andainya ada kesilapan yang sengaja dan tanpa sengaja telah mengguris hati kalian.



Kiranya ada sesiapa yang masih lagi aku berhutang, masih aku belum bayar hutang berkenaan sama ada dengan sengaja atau kerana terlupa, silalah tuntut dengan aku ya. Insha allah akan dilunaskan dalam kadar yang segera. Manalah tahu aku TERLUPA dan terlepas pandang. Sejak umur bertambah ni, mungkin juga akibat banyak makan semut, banyak perkara aku dah lupa. Jadinya…sila ingati aku.


Sabtu, 28 Jun 2014

Ditinggalkan Kekasih Kerana Pokai

Ini memang lumrah dunia. Kat mana-manapun.

Sekiranya kalian masih ada kekasih ketika pokai tak mampu nak hidup pun, maknanya kalian bertuah. Bukan semua orang sanggup hidup pokai bersama kita.

Di BEIJING, Seorang jejaka warga China yang pernah ditinggalkan kekasihnya kerana tidak memiliki wang telah membelanjakan AS$40,000 membuat tempahan empat pawagam IMAX di sini untuk tayangan perdana filem terbaru "Transformers" pada Jumaat sebagai bukti yang dia tidak lagi pokai.

Ketika di tahun empat kolej pada 2007 dia tidak mempunyai wang untuk membeli dua tiket wayang pun. Pada hari kekasihanya meninggalkan Beijing, dia telah memberi komen yang Xiaoyun akan berada dalam keadaan yang sama sampai bila-bila.

Sejak itu dia telah bekerja keras. Akhirnya dia membelanjakan separuh daripada pendapatan bulanan untuk membuat tempahan ke atas empat panggung IMAX sebagai bukti, keputusan yang dibuat oleh bekas kekasihnya tujuh tahun lalu adalah satu kesilapan besar. Fuhhhhhh! Setengah bulan gajinya USD40 ribu hambekkkk kau! Keja apakah dia ni? Nak pi ngurat lah!!! Seee…bila dah kaya, semua orang sanggup pi ngurat dia huh u huh u 

Sebagai bukti, Xiaoyun turut memuat naikkan salinan resit tempahan kesemua panggung tersebut yang berjumlah 250,000 yuan atau $40,000 {sejak bila pula USD 40k sama dengan RM40k? Pelik sat! Errrrrr…masa tempah bayar deposit dulu je kan?}.

Xiaoyun juga telah meminta bantuan para pengguna internet supaya menyebarkan mesej yang ingin disampaikan kepada bekas kekasihnya itu dan menjanjikan tiket percuma kepada mereka. Mesejnya itu telah dihantar sebanyak 110,000 kali menjelang Jumaat.

Khamis, 26 Jun 2014

besi binaan MRT timpa kereta?


Ada terima whatsapp berikut;

Makluman..org subang nak ke KL sila lalu jln lain..jln Aport jem teruk kerana ada besi pembinaan mrt yg sedang diangkat kren jatuh atas kereta.. Kesian org yg dlm kereta cedera teruk..

Ada disertakan gambar juga, tapi tak pasti betul ke tidak. Ada kawan-kawan yang tahu tentang ni, bolehlah kongsi maklumat.






Kemas kini dari Mstar;

Seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera selepas kenderaan mereka ditimpa beberapa batang besi pembinaan Aliran Transit Ringan (LRT) di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan di sini pada Khamis.

Kejadian berlaku pada pukul 9 pagi Khamis ketika kerja-kerja mengangkat batang besi di kawasan pembinaan itu sedang dijalankan. Beberapa batang besi terjatuh di atas sebuah kereta (Honda Civic) yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sehingga mengakibatkan seorang lelaki dan perempuan yang berada di dalamnya cedera.

Sebuah van jenis Nissan Vanette yang sedang mengekori kereta berkenaan kemudian gagal berhenti dan merempuh kenderaan itu. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Sime Darby dekat Subang untuk menerima rawatan manakala pemandu van tidak mengalami kecederaan. 

 

peneroka felda dapat duit raya

Untunglah orang felda. puasa pun belum lagi tapi mereka dah tahu akan dapat duit raya tak lama lagi.

Ikut berita radio yang aku dengar agihan duit raya bakal diterima peneroka pada minggu pertama puasa.

Penjawat awam dapat bonus duit raya tak tahun ni?