Ahad, 8 Disember 2013

Pagi 3 Kereta Lamborghini Terbakar, Petang Kemalangan Maut 6 Kenderaan


Tengahari kelmarin dah tersebar gambar kebakaran 3 Kereta Lamborghini dalam kemalangan di Kilometer 259 arah utara Lebuh Raya Utara Selatan dekat Seremban.

Semua kereta itu milik rakyat Singapura yang berada dalam konvoi lima buah Lomborghini ke Kuala Lumpur. Salah satu kereta itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya menyebabkan dua lagi kereta berlanggar dalam kemalangan pada kira-kira pukul 9.57 pagi.

yang hitam tu nampak seksi kan?

Nahas itu menyebabkan kesemua tiga kereta lomborghini itu terbakar. Nasib baik tidak ada yang cedera dalam kemalangan itu kerana semua pemandu dan penumpang berjaya menyelamatkan diri keluar dari kereta. Petangnya tersebar video kebakaran Kereta Lamborghini itu di Facebook.

Petang semalam aku terbaca di FB tentang kemalangan antara kancil dan Grand Livina di Kota Bharu menyebabkan kematian tiga orang termasuk seorang bayi. Tengah malamnya terbaca lagi tentang kemalangan membabit enam kenderaan di Km244.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke selatan.



Tiga termasuk bayi maut dalam kejadian jam 4.45 petang itu. Pemandu bas persiaran warga Singapura Ahmad Zaki Kassim, 33, dan Rasidah Abdul Latip, 30, yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak Rasidah yang berusia 10 bulan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka. Suami Rasidah, Khairul Nazri Yusof, 34, dan seorang penunggang motosikal berusia lingkungan 30-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Kemalangan berlaku apabila sebuah lori tangki dari Seremban menuju selatan dipercayai hilang kawalan dan berpusing, kemudian kemudian merempuh kereta Myvi yang dinaiki Rasidah bersama suami dan anak mereka serta dan sebuah teksi.
kereta myvi penyek antara dua lori...subhanallah!

Kereta Myvi yang dipandu Khairul Nazri terperosok di belakang lori tangki itu sebelum dirempuh pula sebuah teksi. Tiga kenderaan lain iaitu sebuah lori 16 tan, sebuah bas persiaran dan sebuah motosikal yang mengekori dari belakang turut merempuh lori tangki itu.

Bas persiaran yang tidak berpenumpang dipandu Ahmad Zaki, melanggar bahagian badan lori tangki berkenaan sebelum lori lain yang membawa bahan binaan dan sebuah motosikal turut melanggarnya.

Komen aku: DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Aminnn.

Kepada rakan-rakan yang melakukan perjalanan musim hujan ni, sentiasalah berhati-hati. Semoga perjalanan anda selamat.


Jumaat, 6 Disember 2013

Aku Tau La Aku Bukan Bawak Lamborghini!


Balik kerja dah nak jam 9 tadi. Perut memang lapar, kali terakhir makan jam 4 minum kopi puteh dengan 3 ketul kuih bakar sebesar ibu jari yang berharga 50 sen seketul. Buka mulut pun tak perlu luas sangat untuk disumbatkan benda tu ke dalam mulut. Maka bersyukurlah Malaysia masih aman.

Dalam kepala dok fikir nak singgah mana isi perut. Dah banyak kedai makan di bangi ni aku dah boikot dek pelbagai sebab. Termasuk Tat nasi Ayam, walaupun nasi ayam tu sedap.

Kat depan Institut Kehakiman bangi tu, sebuah Kancil tiba-tiba keluar dengan laju di tempat yang tak patutpun dia keluar. Jalan tu ada susur keluar…memang tak patut dia keluar ikut situ…muncungnya dah benar-benar menghala ke depan hingga terkeluar dari garis putih tengah jalan tu.

Aku yang tak sangka akan ada kereta keluar menonong tang situ…dengan lajunya pula, terpaksa tekan hon panjang. Aku jarang tekan hon di jalan raya…bila aku dah tekan memang akan panjang. Setengah minit. Tekan sekuat-kuatnya. Kalau boleh nak guna hon lori untuk bunyi yang lebih KUAT biar serata alam boleh dengar.

Aku sedar kereta aku tak sebesar lori 16 tayar untuk kau Nampak. Bukan juga Lamborghini mahal yang orang gerun untuk langgar. Kalau begitulah gayanya engkau bawak kereta, Lamborghini pun boleh hangus terbakar. Tak percaya? Pi je lah tengok kat merata alam…hari ni tersebar gambar 3 kereta Lamborghini terbakar di lebuh raya Utara Selatan dekat seremban. Video Lamborghini terbakar di seremban tu pun ada juga. Malas aku nak tampal kat sini…kalian gugel sendirilah ya.

Silalah ikut undang-undang jalan raya ya walaupun kereta aku tu kecik je, tapi akupun bayar cukai jalan.

Komen aku: itu tuan punya kancil memang tak ada lesen memandu kot, masuk bulatan pun macam tak sekolah. Ke dia takut aku kejar?

Tapi, kalau memang kena gesel tadi…turun dari kereta perkara pertama aku akan buat adalah: TAMPAR muka itu tuan kancil dulu sebelum cakap apa-apa!

Rasa lapar tetiba sirna. Tidur je lah. Esok je kita sambung makan ya…


Jangan Politikkan Isu Banjir


Saja je letak tajuk tu…tu kan ayat yang selalu menteri sebut-sebut “jangan politikkan isu bla bla bla…”.

Tak ada siapa nak ditimpa musibah. Tak ada! Tanyalah sesiapapun, tak ada siapa nak susah. Namun bila sesuatu ujian itu melanda, ia bukan sahaja menguji orang-orang yang terlibat dalam kejadian itu, tetapi juga menguji orang lain di sekelilingnya. Termasuk kita. Ya…termasuk kita!

Balik dari bengkel di hotel setengah bintang semalam, aku terus masuk pejabat selesaikan beberapa perkara yang terdesak (setelah ponteng dua acara BESAR paginya…aku bukannya penting sangat, jadinya bila aku taka da tak jejaskan sesiapa huh u huh u). sambil buat kerja, dengar THR GEGAR online kat computer.

Bukan nak promosikan THR GEGAR tu…tapi stesen radio ini sahaja yang merangkumi kawasan pantai timur, jadi semua kejadian di negeri kami mudah nak tahu. Sambil dengar bual repek DJ nya yang bukan main lagi bertikam lidah sesama sendiri (DJ Zura & DJ Shah), ada panggilan masuk.

Awalnya aku memang tak ambil pot sangat…biasalah ramai orang suka telefon radio kan? Tapi…bila telinga dengar suara pemanggilnya tu lain macam je…semua kerja yang aku tengah buat terhenti bila dia sebut;

“Sejak semalam kami belum makan…bekalan makanan memang tak ada,” ada getar suara yang tertahan cuba akak tu sembunyikan.

Dia tak payah cakap banyak-banyak…satu ayat itupun dah berjaya buatkan pipi jadi basah. Subhanallah! Ya Allah, berapa banyak nikmatmu yang kami dustakan?

Nak tengok gambar-gambar banjir terkini di Pantai Timur termasuk Kuantan, bolehlah jengah ke Pray 4 Pantai Timur dan 1 Juta Pahang. Tahanlah hati bila ke pagi tersebut, juga ada maklumat terkini tentang banjir walaupun tak adalah cepat sangat kemaskininya. Mungkin sebab banyak kawasan masih lagi terputus bekalan letrik.

khabar dari sukarelawan banjir di Kuantan...


Aku kagum dengan ramai rakyat Malaysia yang pakat ramai-ramai kumpul dana dan berusaha keras bawa sumbangan kepada mangsa di Kuantan dan Trengganu. Di Bangi sendiripun ramai kelompok berbuat begitu sama ada diwarwarkan di FB ataupun melalui SMS. Mereka hebahkan dan senaraikan pelbagai jenis keperluan yang diperlukan selain makanan.

Walaupun ada kumpulan tidak begitu peduli dengan ujian yang menimpa orang lain kerana sibuk dengan agenda sendiri untuk menjadi lebih senang dan kaya, namun sebenarnya masih lagi ramai rakyat Malaysia yang prihatin dan turut berduka dengan musibah yang berlaku. Mereka tetap juga nak menolong walaupun ambil masa. Maklumlah, nak kerah team bukan mudah. Masing-masing pula ada komitmen sendiri.

Masa dengar berita radio dalam perjalanan cari makanan tengahari tadi, aku dengar ucapan wakil dari Parit Raja yang berbunyi “Ingatlah…kita sedang diperhatikan. Apa sahaja yang kita lakukan orang melihatnya…”

Ya…banyak mata melihat. Ramai orang memerhati. Banyak hati mula tersentuh.Video banjir di Kuantan;



Apa sahaja yang kita buat, walaupun tanpa suara kedengaran tentang apa yang kita buat itu…semua hati tetap berbicara.

Akhir kata, pesan aku yang tak pernah sudi nak jadi menteri ni… janganlah politikkan isu banjir huh u huhu hu Doakanlah mereka. Kirimkanlah biarpun hanya pakaian terpakai. Kalau ada rezeki lebih, carilah stok susu untuk bekalann kanak-kanak kat sana.Semoga ganerasi mesa depan itu bakal mengubah suasana dunia Malaysia yang kita tempuh sekarang ni.

Komen aku: Berita terkini mengatakan lebih 2500 mangsa banjir di Kelantan telah dipindahkan. Gelombang kedua banjir juga sedang melanda Pahang berikutan hujan lebat turun tidak berhenti. Pasukan menyelamat menjumpai mayat seorang remaja yang lemas di sungai Isap




Khamis, 5 Disember 2013

Autumn In My Heart di Abai Village, Korea


Entri sebelum ni tentang korea:

Entri kali ni tentang Abai village, Korea yang menjadi lokasi penggambaran drama bersiri Autumn In My Heart. Ya lah, Pulau Nami (Namimara Republic) yang terkenal sebab Winter Sonata tu dah pergi, alang-alang dah sampai Seoraksan National Park (OeSeorak), lansung ajelah singgah kat sini.

Selepas puas merayau dan bergambar dengan pohon-pohon cantik di Seoraksan National Park (OeSeorak), kami ambil teksi ke kampung Abai. Abai Village ialah perkampungan nelayan yang menjadi lokasi pengambaran drama Autumn In My Heart sezaman dengan Winter Sonata. Meletup-letup jugalah drama tu dan mengurai-ngurai air mata penontonnya pada waktu tu… haha poyo jer kan.

Errrrr….kalau tengok sekarangpun masih juga menuntut pembaziran air mata. Cer tengok kalau tak percaya h huh u hu

Ada banyak lagu dijadikan OST untuk drama Autumn In My Heart, antaranya;



Makanya, kami ambil peluang untuk alami sebahagian daripada pengalaman dalam drama tu...alang-alang dah sampai Korean kan...apa lagi, haruslah mencuba!

Kami naik teksi dan berhenti betul-betul di tebing ini;

turun je dari teksi, kami Nampak sungai ni...

ada peta kawasan Sockcho kat tebing sungai tu...bayangkan dari gunung sana jumpa laut hu hu hu

sepatah haram tak faham hu huhuhu

Add caption

pandangan dari tebing belah sana (dari atas bot)

dari sanalah kami datang...dah Berjaya seberang!

Jommmmmm mulakan pengalaman baru;

kagum tak dengan pakcik ni?


Kami turut rasai pengalaman naik bot (Gaetbae boat) tarik ala heroin drama tu dan berusaha juga menarik tali sauh berkenaan. Wow! Sekali seumur hidup kot pengalaman tu!

Gaetbae boat at Abai village dirakamkan pelancong Thailand kat sini…errrr kami dah kekeringan bateri untuk ramam segala. Tambah pula hari gelap nak hujan dan gelap nak malam juga…



Mereka masih tampal gambar-gambar dari drama tu;


Terjelir lelah itu ajushi hu hu hu hu

itu perempuan baju biru mula menyebok berangan macam heroin Autumn in My Heart




Mereka masih tayangkan drama bersiri ni di kawasan bawah jambatan tu. Kalau nak cuci mata, boleh tengok dua tiga episode akhir yang meruntun hati ni. Pastikan ada tisu untuk lap air mata dan air idung ya. Dulu tengok, dah bengkak-bengkak mata, kali ni tengok tetap cuci mata juga huh u huh u ;




Nak lagi banyak air mata, boleh tengok yang ni…




Kat tebing belah sana (bawh jambatan) kita boleh tengok mereka dirikan patung dan pondok telefon merah ni;




Banyak gambar kami peluk si hensem ni dan sengaja lindungkan heroin tu hu hu huhu

Inilah rupa jambatan tu...kat bawah ni lah depa letak skrin TV dan tayangkan siri Autumn In My heart tu;






Haaaaaa kat seberang jalan di atas tu kita akan Nampak kedai ni;




Lupa pulak naknak ambil gambar bahagian hadapan kedai. Masa ni bateri memang nyawa-nyawa ikan dah, guna ajelah mana gajet yang ada. Kami jalan-jalan juga kawasan sekitar tapi dekat-dekat situ je.

blogger lain tulis boleh makan, tapi...kami Tak Lalu nak makan hu hu huhu

kedai nI digunakan untuk siri yang lain...tak perasan pulak siri mana satu

comey je gerai ni...tapi tetap tak berani nak makan...


Sekejab sahaja kami di sini sebab kejar masa. Lagipun hari dah lewat. Perjalanan masih jauh. Nak teroka keseluruhan kampong Abai memang tak sempat. Kalau ada basikal, boleh juga kayuh huh u huh u lagi pula memasing dah capek panjat gunung. Mood nak meneroka dah ke laut hingga dah malas nak ke tebing belah laut sana. Kalau jalan kaki rasanya makan 10 hingga 15 minit juga tu.

geram je nak buat sambal sotong hu huhuhu


ikan masin, sotong masin bla bla bla masin hu hu hu hu



Melilau sekitar bawah jambatan seketika, kami akhirnya ambil teksi ke stesen bas terdekat.


Beli tiket balik ke Seoul jam 5.30 petang dengan bayaran 18100 won. Naik bas jer demer tiga orang tu terus tido sampailah ke Seoul sekitar jam 8.00 malam. Daku? Terkebil-kebil dalam gelap cuba jugak dok mengendap luar tingkap untuk tengok pemandangan sepanjang perjalanan walaupun yang lebih banyak Nampak hanyalah kelam dan gelap. Ohhhhhh! Daku bukannya boleh tidur kalau berada dalam perjalanan kecuali dah teramat capek. Maknanya, masih belum penatlah tu kan?

Kalau dah penat, mana mungkin kami sempat lagi cari ikan bakar di Seoul. Ikan bakar???? Ya…ikan bakar di Seoul yang bukan sahaja sedap tapi murahhhhhhhh berbanding kat tempat yang biasa orang lain pergi makan. Lain entri akan tulis sebab entri ni pun dah jadi sangattttttttttttttttttttttttt panjang! Itupun dan pecah dua hu huhuhu

Terjawab tak macam mana nak pergi ke Gunung Seorak dan kembali semula ke Seoul pada hari yang sama? Kalau nak tahu macam mana caranya, kena baca dari awal lagi perjalanan Soeraksan dari Seoul, pergi ke Abai Village, kemudian balik semula ke Seoul. Dua entri untuk menjawab satu persoalan hu hu hu hu ...





Rabu, 4 Disember 2013

Kuantan Lumpuh Akibat Banjir

Sejak beberapa hari lepas, jumlah hujan yang turun memang banyak…kita kat Bangi ni pun boleh rasa. Setiap hari memang hujan, matahari malu-malu je nak muncul. Mendung sepanjang hari.

Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang dan Terengganu yang dijangka berterusan sehingga esok. Hujan yang kadang kala sederhana akan berlaku di Kuala Krai, Kelantan; Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran di Pahang serta Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu.
 

masa kecik dulu, musim hujan begini kami perlu sabit rumput untuk kambing...
 
 
Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah. Amaran hujan lebat peringkat kuning juga dikeluarkan di Jerantut, Pahang; Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu; Tumpat, Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Bachok di Kelantan; Sik, Baling dan Padang Terap di Kedah serta Hulu Perak, Perak.

Hujan itu dijangka berterusan hingga esok dan boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah. Amaran peringkat Kuning bermaksud tidak kritikal, yang melibatkan hujan yang kadang-kadang sederhana dan lebat. Peringkat Jingga juga tidak kritikal dengan hujan sederhana dan lebat yang berterusan, manakala Peringkat Merah bermaksud amaran peringkat tertinggi dengan hujan lebat yang boleh membawa banjir teruk.
 
Semoga mereka tabah dengan ujian sebegini...
 
Bekalan elektrik di bandar kuantan juga hampir pulih sepenuhnya hari ni apabila TNB memutuskan bekalan elektrik di sekitar bandar Kuantan berikutan air yang naik secara mendadak di dua Pencawang Masuk Utama TNB sejak petang Selasa. Tindakan tersebut dilakukan untuk menyelamatkan pencawang daripada mengalami kerosakan lebih teruk.

Kerajaan negeri Pahang juga sedang berusaha untuk menjaga kebajikan rakyatnya yang dipindahkan akibat banjir kali ini dengan menjadikan beberapa kem tentera sebagai pusat pemindahan baru mangsa banjir di Kuantan bagi memastikan setiap pusat pemindahan selesa dan tidak terlalu ramai. Pihak tentera juga ditugasakan untuk memasak dan membantu mangsa banjir.

Komen aku: Berita petang tadi menyatakan keadaan banjir di Kuantan semakin buruk. Beberapa batang jalan di Kuantan telah ditutup akibat banjir. Sehingga jam 5 petang tadi seramai 19,750 mangsa dipindahkan di 98 pusat pemindahan yang membabitkan 4,828 keluarga.

Penduduk Kuantan paling tinggi dipindahkan dalam banjir kali ini iaitu 12,007 mangsa di 69 pusat pemindahan, Rompin 3,982 mangsa di 13 pusat pemindahan, Pekan 2,750 mangsa di sembilan pusat pemindahan, Maran 1,005 di enam pusat pemindahan dan Jerantut enam mangsa di satu pusat pemindahan.

Sama-sama kita berdoa semoga keadaan banjir akan pulih dalam waktu terdekat. Semoga mereka yang terlibat dengan banjir juga banyak-banyak bersabar dengan ujian sebegini. Kita tahu, berkata memang mudah, hulurkan simpatipun mudah berbanding melaluinya, tetapi doa dan simpati dari rakyat Malaysia meringankan beban emosi mereka.
 
nak dapatkan info dan maklumat terkini tentang banjir, bolehlah jenguk di blog Why Always Us ni…