Khamis, 31 Oktober 2013

Antara Aku Dan Kita, Ada Beza Tak?

 
Aku pernah buat ujikaji kat blog ni, mungkin ada yang perasan…mungkin juga tidak.

Perasan tak? Sedar tak? Kepada yang tak perasan sangat ujian tu, boleh tengok entri aku tentang kita selalu anggap diri kita je bagus. Kemudian bandingkan pula dengan entri Perangai tak senonoh.

Boleh Jumpa Tak Bezanya?


Bezanya hanya penggunaan kata ganti diri “kita” dan “aku” sahaja.

Walaupun bezanya sekecil itu, tapi tanggapan pembaca sangat besar. Boleh perasan tak?

Bila guna kata ganti diri “kita” walaupun kemudiannya letak juga “Aku” dalam kurungan, namun Nampak macam situasi berkenaan berlaku di sekeliling. Berlaku di mana-mana.

Bila guna kata ganti diri “Aku”, pembaca ingat kejadian berkenaan adalah berkenaan dengan perangai aku sebagai tuan punya blog. Makanya, terlihat macam perangai aku tu tak begitu senonoh sikit kan?

Kenapa aku gunakan “kita” dan “aku”?

Bila ceritakan tentang sesuatu yang buruk, adalah lebih baik kita tidak merujuk secara terus kepada empunya diri seperti “pak Ali”, “Mak Mertua si Semaun” dll. Bila letak nama, ibarat kita meletakkan kesalahan itu kepada seorang sahaja sedangkan perangai negatif itu boleh kita jumpa kat mana-mana sahaja. Tak pepasal jatuh fitnah atau menuduh orang pulak. Mana tahu nama yang kita tulis itu wujud di dunia nyata. Rasa hati dia pulak!

Kenapa guna “aku”? Sebab itu lebih mudah dari letak nama orang lain. Hanya risikonya, pembaca akan menjadikan perkara negatif itu sebagai sebahagian daripada penilaian terhadap diri kita. Ya lah…bila baca blog bukannya kita kenal tuan punya penulis tu terutama yang tak pernah tampal muka di blog macam aku ni. Penilaian dibuat berdasarkan tulisan yang dibaca.

Dengan dua kata ganti diri itupun dah boleh buat pelbagai tafsiran kepada penulisnya, apalagi dengan sebegitu banyak perkataan yang kita tulis. Jadi, silalah berhati-hati bila menulis entri walaupun kita menulis blog sendiri. Besar kesannya.
 
 
 

Rabu, 30 Oktober 2013

Autumn In My Hearts



Antara daunan mapel yang berguguran, biarkan kurawat lelas yang kau tinggalkan...


puaskah lunyaikan hati ini menjadi serpihan, berterbangan bak debu
kala semilir angin berpuput lerailah bungkah rasa...



Selasa, 29 Oktober 2013

Solat Musafir dalam 30 Minit Ustaz Don


Hari ni nak belajar tentang Solat Musafir. Kuliah hari ni edisi 30 minit Ustaz Don yang hensem dan kelakar tu. Jom kita…eh, moga-moga kuliah hari ni memberi kita ilmu baru ataupun ingatkan semula mana-mana ilmu yang kita dah ada tapi ada masanya kita terlupa. Maklumlah, tuntut ilmu tu semua masa sekolah dulu lagi…selagi tak guna, bukan mudah nak perangat semula kan?

Jadi, macam mana nak ringankan amalan solat dan puasa, terutama solat.


Ustaz Don - Solat Musafir 1



Diakhir perbincangan dinyatakan bahawa tidak ada tempoh waktu musafir untuk membolehkan kita kita lakukan solat musafir (jamak dan Qasar) menurut mazhab Maliki dan Hambali.


Ustaz Don - Solat Musafir 2





Ustaz Don - Solat Musafir 3





Ustaz Don - Solat Musafir 4




Panjang lebar penerangan Ustaz Don ni…siap dengan suara latar lagi hu h u huh u hilang mengantuk dengan telatah ustaz ensem ni.

Alhamdulillah, berkongsi ilmu kita. Moga-moga ada manfaatnya.


Isnin, 28 Oktober 2013

Solat Jamak Dan Qasar Bila Musafir



Bila kita bermusafir, selain dari kita perlu pelajari cara solat dalam kapal terbang, kena juga dalami ilmu tentang solat jamak dan qasar. Jom kita ingat-ingatkan semula tentang Solat Jamak Dan Qasar masa musafir ni…maklumlah, dah lama tak merantau, mengembara, berpetualang ni…

Jamak = himpunkan solat, kerana kesulitan
Qasar = pendekkan solat, kerana musafir


Solat semasa sakit, sukar dan musafir dalam seminar di USM Kubang Kerian;



Adab-adab semasa musafir, doa-doa, syarat-syarat solat jamak dan qasar,



Solat ketika musafir oleh Hassan Din Al Hafiz;




Penerangan oleh Ustaz Azhar Idrus tentang solat ketika musafir;




Kiraan jarak musafir lebih kurang 90km atau 56 batu boleh lakukan solat jamak dan qasar.




Tempoh masa boleh melakukan Jamak dan Qasar menurut Imam Shafie:



Menurut mazhab Imam Shafie: Tempoh dianggap lama adalah 4 hari atau lebih, tidak termasuk hari sampai dan hari kembali. Selepas tempoh 4 hari, ianya sudah dikira bermukim.

Tidak ada tempoh waktu musafir untuk membolehkan kita kita lakukan solat musafir (jamak dan Qasar) menurut mazhab Maliki dan Hambali.


Kekeliruan tentang Solat Jamak Dan Qasar oleh Ustaz Fathul Bari



Solat Qasar hanya setelah melakukan perjalanan.

Persoalan Jamak dan Qasar akhirnya perlu merujuk kepada kebiasaan dan keadaan. Kalau naik jet pergi kerja di Shah Alam, boleh Qasar tak berbanding kayuh basikal atau berjalan kaki? Gitulah perumpamaannya.

Rasulullah S.A.W pernah Qasar selama 18 hari di Mekah. Dalam peperangan Tabuk, 16 hari Qasar solat.

Jamak dan Qasar boleh dilakukan bila alami kesukaran dalam perjalanan @ bermusafir sepanjang perjalanan walaupun dua tahun jika tidak berniat untuk menetap di situ.


Penerangan DR. MAZA tentang SOLAT JAMAK & QASAR;




Panduan Solat Jamak Dan Qasar




Cara Solat Jamak Dan Qasar




Mintak tolong ya…sila jangan jamak dan qasar untuk solat subuh.

Errrr…terpanjanglah pulak entri ni. Tak apa…asalkan semua kekeliruan telah terungkai.
 
 

Ahad, 27 Oktober 2013

Solat dalam Kenderaan



Bila bermusafir, amalan wajib tetap kena laksanakan terutamanya berkaitan solat. Dalam Islam, banyak perkara dalam hal ibadat diringankan ketika kita bermusafir.

Takutlah kamu kepada Allah sekadarnya kemampuan kamu…ingat tu! Masalahnya nak atau tidak aje.


Solat Di Atas Kapal Terbang



Dalam video ni diterangkan macam mana cara nak tayamun dan solat dalam kapal terbang, solat secara duduk, imam baca surah yang panjang, solat dengan berkasut, pakaian perempuan yang meleret di atas tanah digunakan untuk solat, guna pakaian dry cleaning untuk solat, cara ambil wuduk bagi musafir yang pakai kasut but.


Tidak ada istilah solat hormat waktu ya… menurut Dr. MAZA (dan pendapat beberapa orang ilmuan lain,);



Cara wuduk dan tentukan kiblat dilakukan imam Ahmad di tempat yang tidak diketahuinya.


Cara wuduk dalam kapal terbang



Cara wuduk dan tayamun dalam kapal terbang.

Bagaimana? Mudahkan Islam tu?

Nak solat tidak semestinya kena ada set telekung solat yang cantik berbunga-bunga warna pink, tak perlu kena tunggu ada lori Syabas dulu ya untuk ambik wuduk macam pili bomba…pakai kasut but getah aras lututpun boleh. Dalam hutan pun boleh walaupun tak ada mukana, gunakan sahaja pakaian seharian kita asalkan menutup aurat dan bersih.

Kalau tak ada sejadah boleh tak? Sejadah yang kita beli dari Parsi itu harganya lebih seratus, sayang pulak kalau nak hampar di atas tanah di taman. Risau pulak materialnya dari sutera itu rosak huh u huhu siapa suruh beli yang mahal-mahal kalau sayang… sujud saja atas tanah. Atas rumput pun boleh asalkan tak ada najis. Ada berani?

Silalah berani!